Tahun ni sempat juga design 3 kad raya 2021. Tak dapat nak ambil order lebih dari itu sebab masa tu masih dalam fasa siapkan tempahan sampul duit raya hipster. Alhamdulillah semalam dah settle semua tempahan final batch. Tempahan dari Singapore pun dah selamat sampai. Tahun ni jauh sikit sampai Singapore pergi dia.
Cerita pasal design pulak, sebenarnya tahun ni macam tahun sebelumnya juga. Disebabkan COVID-19 semuanya berubah. Mood tu jangan cakaplah, turun naik. Pernah sampai satu tahap tu, lansung tak boleh generate idea. Mujurlah customer memahami.
Kadang tu saya suggest pada customer gunakan apps lebih mudah. Tapi mereka cakap, guna apps tak sama dengan tempah. Apps tak boleh buat apa yang dia nak. Okay, faham disitu.
Mostly yang biasa tempah setiap tahun blogger Shida, blogger Anum dan Oppie si kucing comel. Setiap tahun mesti Oppie ada baju raya baru. Bukan Oppie yang tempah, owner Oppie yang tempah. Terkejut pulak kalau kucing yang tempah, kan?
Cerita pasal design pulak, sebenarnya tahun ni macam tahun sebelumnya juga. Disebabkan COVID-19 semuanya berubah. Mood tu jangan cakaplah, turun naik. Pernah sampai satu tahap tu, lansung tak boleh generate idea. Mujurlah customer memahami.
Kadang tu saya suggest pada customer gunakan apps lebih mudah. Tapi mereka cakap, guna apps tak sama dengan tempah. Apps tak boleh buat apa yang dia nak. Okay, faham disitu.
Mostly yang biasa tempah setiap tahun blogger Shida, blogger Anum dan Oppie si kucing comel. Setiap tahun mesti Oppie ada baju raya baru. Bukan Oppie yang tempah, owner Oppie yang tempah. Terkejut pulak kalau kucing yang tempah, kan?
Kad hari raya Shida Radzuan
Macam biasa saya akan design ikut warna tema biru, warna favourite Shida. Katanya nak sama dengan warna blog sekarang. Design terpulang pada saya katanya lagi. Okay baiklah. Saya gunakan elemen songket untuk background, tambah elemen ketupat dan masjid. Tambahan elemen lain untuk memenuhi ruang kad. Alhamdulillah shida setuju dengan idea design kad raya tu.Kiriman kad hari raya Shida radzuan sudah pun saya terima hujung bulan lepas.
Kad hari raya Oppie
Tempahan kad raya oppie dari ownernya zaza. Setiap tahun tak pernah missed tempah kad raya dan juga sampul duit raya hipster. Design kad raya oppie tahun ni tema warna dia agak vintage dan design simple je sebab background dia dah sarat dengan corak kucing-kucing.Tempahan design depan dan belakang. Printing kad raya saya tempah pada Shida.
Kad hari raya Anum
Blogger Anum rajin juga tempah design kad raya. Design juga dia serahkan pada saya. Saya pilih tema hijau dan coklat baru matching dengan gambar yang diberikan. Letak elemen lampu gantung, ketupat dan corak mandala untuk lebih menarik.Tahun ni anum tempah sekali kad raya digital berserta musical dengan simple animation. Buat masa ni saya hanya terima order ikut masa dan kemampuan. Kalau urgent order memang saya tak ambil. Idea bukan boleh datang begitu saja. Bukan macam beli barang, bayar terus dapat. Tak tak! Ianya bergantung pada mood dan juga idea. Susah bukan? Tapi itulah realitinya.
Cuma bila tengah free dan ada idea baru saya ambil untuk urgent order. Begitulah cerita dia.
baca juga : koleksi ucapan hari raya
Sama macam tempahan saampul duit raya. Saya dah berikan masa 7 hari waktu bekerja tak termasuk sabtu ahad. Tapi masih ada yang ingat, bayar je dua tiga hari dah boleh dapat. Oh no! Salah jangkaan tu. Disebabkan ianya handmade, adakalanya tangan perlu rehat sebab kita manusia perlukan rehat juga. Kita bukan robot.
Pernah juga push diri buat tanpa henti. Sekali bila sakit bahu dan jari jemari, lansung kerja tak jalan. Kenalah ambil pengajaran dari situ. Ambil order mana termampu. Mana yang nak order nak cepat memang saya tak ambil dah. Lagi lagi nak tutup due date pos laju ni. Nanti kalau saya terima juga, lambat dapat saya juga kena maki berbakul-bakul.
Mencari rezeki dalam masa yang sama kesihatan kena ambil peduli juga. Bukan menolak rezeki, kena tahu tahap kemampuan kita dan menjaga kualiti juga. Saya sangat hargai mereka yang sentiasa menghargai hasil kerja saya dan berpuas hati. Alhamdulillah...
Terima kasih semua yang pernah tempah design dan tempah sampul duit raya. Tradisi kiriman kad raya sebagai pengganti diri masih diteruskan cuma sekarang lebih kepada kad hari raya digital.
Terima kasih semua yang pernah tempah design dan tempah sampul duit raya. Tradisi kiriman kad raya sebagai pengganti diri masih diteruskan cuma sekarang lebih kepada kad hari raya digital.
Semua cantik. Mana tahu satu masa kelak kak PC pulak kan.. ke depan tiada sapa tahu. Aamiin.
ReplyDeletecantik hasilnya
ReplyDeletecantik nyaa.... jealous tgk org creative mcm ni
ReplyDeleteOkay...next year nak tempah kad raya. Susah nak cari kad raya sekarang... harganya pun RM 3.50 sekeping paling murah.
ReplyDeleteBetul2 k ret pun dh lama x htr kad raya.. Berpuluh tahun dh x cr kad raya n beratur beli stem hehe.. Mood nak menulis kad pun kena cr blk haha.. Dan kena plk selongkar alamat2 kengkawan yg ntah wujud lg ke idok hehe
ReplyDeletePape pun kita puas hati ngan sampul duit raya awak 🤣🤣🤣 ok thn depan order lagi
ReplyDeleteKagumlah. Cantik-cantik design, Fiza.
ReplyDeleteBetul tu, apa-apa pun kesihatan kita kena utamakan. Jangan push badan kita di luar kemampuan.
Berbakat Fizah ni. Semoga terus sukses perniagaan grafik Fizah. :)
ReplyDeleteCantik kad raya
ReplyDeleteTerima kasih suka sgt.. Hihi tq
ReplyDeleteCantik-cantik reka bentuknya.. Tahun depan ingatkan saya, nak tempah juga.. Hihi
ReplyDeleteCantikkkkkkkkkknyaaaa design kucing tuu! Geramm kita nengokkk hehehehe
ReplyDeletecantikk..kad raya tema kucing, first time tengok..
ReplyDeletewahhhh patutlah cantik! kak az yang design :D awesome!!!
ReplyDeleteBerkualiti dan tebal sampul raya. Bagus Fiza pentingkan hasil terbaik dan idea.
ReplyDeleteMoga berjaya. Comel pula tengok kad raya gambar kucing.
tgn org berseni ni mmg cantik2 hasil kad rayanya
ReplyDeletecantiknya kad raya yg fiza design ni :)
ReplyDeletecantik. next time ade rezeki boleh amik order lebih sikit..
ReplyDeletewaahhh boleh order lagi tak?
ReplyDeleteNice.. siap digital... teringin pulak order kad gitu.. next year jela.. huhu
ReplyDeleteSemua design yg menarik
ReplyDelete