Responsive Ad Slot

Slider

Pengalihan Pepasangan Meter TNB

Seminggu lepas tengah husband dok cuci kereta, datang 2 orang naik motor hulurkan sekeping kertas. Notis pemberitahuan pengalihan pepasangan meter TNB. Percuma! Betul ke percuma husband tanya lagi. Betul percuma katanya.

Nak ceritalah sikit, rumah ni design rumah lama. Meter dia bukan direct terus dari pagar dah nampak. Dia kena masuk dalam pagar rumah juga kalau nak tengok bacaan sebenar meter. 

Saya memang jarang buka pintu pagar kalau sorang kat rumah. Tak kisahlah TNB ke apa. Courier datang pun saya jengah dari pintu suruh letak atas tembok rumah je. Safety first orang kata. Apa apa jadi susah sebab sorang sorang kan. Lainlah kalau ada orang. Ampunkan saya tak memudahkan kerja.

Boleh je ambil bacaan anggaran dan kami pun bayar tiap tiap bulan ada kalanya lebih sikit walaupun tak dapat bil. Tapi kalau lebih dari 3 bulan, staff TNB akan datang on weekend untuk check semula bacaan. Memandangkan sekarang dah boleh check guna aplikasi myTNB, lagi mudah.

Dah apply dan inform melalui aplikasi dan email juga supaya staff tak perlu datang check. Satu hari sampai dia punya pegawai datang sekali sebab berkali kali staff datang rumah tak dapat check tepat. Husband pun dah jelaskan dah apply dan inform melalui segala sistem yang ada. Dorang tak dapat ke dorang tak check entah.

Sebelum ni 2-3 kali gak bagitau tapi tak tahulah tak nak faham atau tak nak layan. Berkali kali gak dorang cakap, boleh nak alihkan tapi kena bayar lah. Siap nak bagi contact sub contractor yang in charge alihkan meter TNB ni.. Bukan murah, RM180 macam tu. Memang taklah kami nak bayar untuk alihkan meter TNB tu. Biarlah, janji kami bayar bil sudah.

Itu yang macam agak percaya tak percaya je bila kata percuma je. Aikkk..sebelum ni kemain berkeras ada bayaran. Okay setuju je lah. Bukan rumah kami je, jiran jiran yang meternya masih kat tepi dapat surat yang sama. 

Notis Pengalihan Pepasangan Meter TNB

Disebabkan dia kata nak datang isnin atau selasa, husband pun terpaksa offday jugalah. Tunggu punya tunggu, dorang datang hari isnin. Lebih kurang 2jam macam tu, siaplah kerja pengalihan pepasangan meter TNB. Selama tu kena tutup lah elektrik sekejap selepas dia siapkan tapak papan tu.

Pengalihan Pepasangan Meter TNB

Tapi nampak buruk lah pulak lepas dah alihkan tu. Ketepi sangat ke tingkap dia pasang. Masa dorang pasang pun kami monitor dari dalam sliding door je. SOP kan. Tapak meter lama nampaknya kena touch up lah. Nasib baik jugak ada lebih lagi cat ni.  Satu kerja pulak nak mengecat kat situ. 

Musim panaslah sedang elok lah kalau nak buat kerja mengecat pun, kan!


17
( Hide )
  1. Haah sekarang bacaan dah melalui online. Smart meter.
    Hehe tidak payah bayar mungkin buat satu taman dan memudahkan kerja kemudian hari.

    ReplyDelete
  2. Seperti rumah emak saya di kampung, meter di dalam rumah.

    ReplyDelete
  3. Ooo k ret kena meter air.. Tetiba ada meter. Baru luar tembok ni ha...
    X tau bila masa diirg pasang sbb kit ammg sentiasa je ada kt rumah kan.. Tau2 si aqeem pasan ada meter br luar rumah.. Pelik btul laaa.

    ReplyDelete
  4. Kat kampung kalau staff TNB datang, dia terus cek sebab rumah memang takde pagar.

    ReplyDelete
  5. Dekat aje pindahnya
    tepi tingkap pulak tu

    ReplyDelete
  6. Memang kena cat kat tempat lama meter tu hahaha, obvious sangat warna putih kat situ :D

    ReplyDelete
  7. Baru dapat suratnya semalam. terfikir juga macam mana dia nak pasang kalau kat rumah bujang ni Huhu :)

    ReplyDelete
  8. oh boleh pulak dia alih2 eh, baru tau ni hehe

    ReplyDelete
  9. nk kena cat cepat tu fiza.. sakit lak mata menengoknya.. hehehe

    ReplyDelete
  10. Ada meter di luar rumah ada di dalam. Seeloknya selenggaran bila dh nampak uzur. Takut apa2 terjadikan

    ReplyDelete
  11. kena cat la jwbnya bg cantik..mhl juga caj tu ye..idokla byr..nasibaik dpt free

    ReplyDelete
  12. PKP ada banyak masa boleh la cat mengecat. Hehe

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah Freeeeee..tu yang best, kak, ini lebih memudahkan dorg ke check bacaan..nicer.... hoho... Haa, sedang elok ngecat time gini.. cepat kering.. tapi kt tempat saya, beberapa harini hujan aje..

    ReplyDelete
  14. tukar versi baru jela ehh. alhamdulilah

    ReplyDelete
  15. Kalau tak kena bayar okaylah.. Bila kena bayar mahal, baik biar je kan Fiza..
    Lagipun dah ada apps.. mudah je nak check penggunaan..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu