Header Ads

Menu 2 Syawal, Gojuchang Rice Bowl Dan Bubur Pedas Marrybrown

1 Syawal dan puas makan nasi impit dan rendang. Macam biasa 1 Syawal, raya kedua dia dah mula rasa kurang berselera makan rendang dan nasi impit. Pagi dan tengahari semalam je saya makan hidangan raya. Makan malam tadi beli Pizza je. 

Kononnya nak masak lontong goreng lebihan nasi impit yang ada tapi bahan-bahan tak cukup pulak. Okay, malas nak fikir sebab mood tak okay. Semalam sakit bahu dan belakang sampai susah nak lelap. Padahal mata rabak mengantok tapi susah betul nak lelap. Sudahnya tampal panaflex patch panadol tu dan koyok biasa. Barulah rasa lega sikit. 

Tak sempat lah nak mengarang entry seketul dua dan nak edit gambar raya. So hari ni kita order je lah makanan. Sehari lepas ada order food by foodpanda tapi restaurant cancelled sebab tak ada rider nak hantar. Dok tunggu juga refund, haritu sehari je dah dapat. Kali ni lama pulak. Mungkin cuti raya kot.

Merajuk lah dengan foodpanda. Kita order food delivery by grab food pulak. Teringat ada beberapa orang blogger review  Gojuchang Rice Bowl Marrybrown. Makanya, saya pun order lah.  Gojuchang Rice Bowl Marrybrown dua mangkuk dan bubur pedas semangkuk.

Gojuchang Rice Bowl Marrybrown

Tengok dari segi rupa dan nama Gojuchang tu sedia maklum lah pedas rasa dia. Tapi bagi seorang pempedas macam saya, pedas tu masih lagi tahap tak pedas sebenarnya. Pedas tak menyengat. Saya ingatkan betul betul pedas. Rupanya tak! 

Ayam dia sedap rangup dan sos gojuchang tu sedap. Adalah rasa manis sikit kot? Ke? Portion nasi dia tersangatlah banyak. Pindah letak dalam pinggan memang banyak. Sumpah kenyang makan. Jenis tak makan banyak boleh bahagi portion untuk 2 kali meal.

Gojuchang Rice Bowl Marrybrown x 2 = RM21.90

Bubur Pedas Marrybrown

Alang alang dah order makanan, order sekali lah Bubur Pedas Marrybrown. Bubur dia standard bubur dan didatangkan dengan sebekas chilli oil kot yang jenis kering sikit. Bubur dia ada isi ayam goreng yang boleh tahan banyak juga. Bubur agak tawar dan sesuai sangat makan dengan chilli pedas tu. 

Level pedas dia lebih sikit daripada gojuchang. Sedap!

Food delivery ni kalau sambal ke kuah ke tak sah kalau tak menjejes. Memang comotlah segalanya kan. Itu biasa. 

Bubur pedas x 1 = RM5.50

Bila lama terbaring semalam, harini dah blur tak tahu nak mulakan dari mana. Dah biasa buat kerja. Bila rehat kejap macam cuti lama sangat pulak. Adeh!


15 comments:

  1. Sedapp tu. Menu raya kedua ni nasi dagang my mom masak

    ReplyDelete
  2. Wah memang feveret ni.

    Tapi rasanya Texas Chicken pernah buat set Korea sebijik macam ni dulu.

    ReplyDelete
  3. selalunya raya kedua orang mmg akan cari nasi. saya pon dah tak lalu makan nasi impit, lemang, rendang bagai dah. semoga fiza sihat seperti sedia kala..

    ReplyDelete
  4. Saya suka deduaaaa.. bubur pedas tu mmg selalu makan... sedapppp... ayam tu.. pedas jugak bg sy..sebab pernah rasa yg agak agak manis sikit ayam korea..huhu.... tp bubur tu mmg pedas lagik ler... both are my favourite... huhu

    ReplyDelete
  5. Lama tidak makan bubur pedas.
    Terima kasih buat ulasan gochujang rice bowl itu. Tidak payah beli sebab tidak pedas. Haha.

    ReplyDelete
  6. Teringat bubur mcd pulakkk hahaha. Hari hari makan kfc, naik jemu dah kak fiza :')

    ReplyDelete
  7. wow menuuu diaaa memang menggoda ehh..

    jemput join GA di blog :
    https://www.sitiyangmenaip.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html

    ReplyDelete
  8. Kalau bahan tak cukup, elok beli sajalah kan Fiza.

    ReplyDelete
  9. Foodpanda mahal. Akak pun dah uninstall. Baik beli direct dari kedai je. Hehe.. Nampak sedap bubur pedas dan gojuchang rice. Akak dah lama sangat tak makan marrybrown. :)

    ReplyDelete
  10. Menarik jugak ni. Femes pulak Marrybrown sekarang ni ye

    ReplyDelete
  11. alamak! nmpk sedaplah! tp tu laa MB xde kt tmpt sy ni

    ReplyDelete
  12. alamak..nampak sedap la....area rumah akak ni kan..foodpanda memang susah nak masuk la..nth kenapa..

    ReplyDelete
  13. wah bibimbap, sedap tuh.. Selamat Hari Raya, kak Fizah..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.