Header Ads

Tips Resipi Kentang Goreng Rangup Homemade

Ikut selera tekak, nak makan simple simple je janji kenyang. Kebetulan nampak satu video ni kat instagram explore. Tips kentang goreng rangup homemade. 

Nampak macam menarik je cara penyediaan kentang goreng rangup tu. Tapi macam biasa saya olah dan masak ikut selera saya. 

Tips Resipi Kentang Goreng Rangup Homemade

Resipi kentang goreng rangup homemade

Bahan bahan
3 biji kentang saiz sederhana
Tepung bestari
Garam
Minyak
Air

Cara penyediaan
  • Kupas kulit kentang, basuh dan potong panjang panjang macam kentang goreng.
  • Didihkan air atas dapur dan rebus kentang bersama sedikit garam dan minyak.
  • Setelah masak, angkat dan toskan. Pastikan kentang tak terlalu lembik atau boleh boleh buat half cook.
  • Taburkan tepung bestari pada kentang yang dah direbus masak tadi
  • Panaskan minyak dan goreng garing sehingga kekuningan. Angkat dan toskan minyak.

Dengan menggunakan kaedah rebus dulu dapat memastikan kentang betul betul masak dan lebih singkat penggunaan masa untuk menggoreng. Better rebus lama daripada goreng lama, kan?

Kentang Goreng Rangup

Sumpah sedap bila goreng kentang guna tepung bestari. Saya guna tepung bestari pedas. Tepung bestari kan tepung serbaguna. Nak guna pun senang. Ada orang suka bancuh dengan air. Tapi saya lebih suka taburkan terus dan make sure kentang bersalut dengan tepung sebelum goreng.


22 comments:

  1. Ha k ret pun suka guna tepung bestari goreng ayam hahaa..

    ReplyDelete
  2. Sedap kalau dpt bt sendiri. Mkn panas2 cicah sos

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap je. Saya pun suka makan kentang goreng..

    ReplyDelete
  4. Wah.. Thanks for sharing. Boleh buat nanti time PKP. Duduk rumah makan jela

    ReplyDelete
  5. Ok boleh cuba ni. Rebus dulu, baru goreng. TQ Fiza for sharing.

    ReplyDelete
  6. Haah akak pun baca tips rebus dahulu baru goreng untuk dapat luaran rangup dalam good but.
    Tapi rebus tidak perlu sampai kentang lembik sangat, separuh masak ok. Lagi satu jangan buang kulit.

    ReplyDelete
  7. Tepung bestari memang viral. Ramai suggest pakai tepung tuuu. Boleh lah cuba nantiiii, buat kunyah kunyah sambil tengok drama hehehe

    ReplyDelete
  8. Lapar2 niii. Nampak kentang pon menyelerakan yee.hehe

    ReplyDelete
  9. Mak sy pun guna tepung bestariiii.. favourite!

    ReplyDelete
  10. Tepung bestari memang sedap! Gorenglah apa saja gunakan tepung tu, dah tak payah fikir nak bubuh apa lagi heheheee.

    ReplyDelete
  11. kena cari tepung bestari nampaknya ;-)

    ReplyDelete
  12. Sedapnyaaa...kalau kukus bleh tak agakmya kentang tu Fiza? lepas tu baru salut dengan tepung bistari

    ReplyDelete
  13. Fries mcm ni lg sedap..dr beli hat siap tu..kan fiza 😁😁

    ReplyDelete
  14. Salut apa pun dengan tepung bestari memang jadi sedap.. hehehe..
    Selalu terus goreng je, nanti nak cuba rebus dulu baru goreng..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.