SOP Hari Raya Aidilfitri 2021 (PKP, PKPB, PKPP, PKPD)

SOP Hari Raya Aidilfitri 2021 telah pun dikeluarkan  dan diumumkan oleh Menteri pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob semalam (4 Mei 2021) dalam sidang media. Nampaknya semakin susah nak hadam SOP yang kejap kejap berubah ni. 

PKP, PKPB, PKPP, PKPD semua ni pun netizen dah naik muak nak dengar rasanya. Entahlah..masing-masing dah malas nak ambil tahu sebenarnya. 
  • Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
  • Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
  • Perintah Kawalan PergerakanPemulihan (PKPP)
  • Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 

Nak tak nak kena jugalah ambil tahu sikit SOP Hari Raya Aidilfitri 2021. Tak pasal-pasal kena saman. Sebagai rakyat marhaen yang bukan golongan kayangan mahupun bangsawan, kena lah follow SOP yang telah ditetapkan. 

SOP Hari Raya Aidilfitri 2021
sumber : MKN SOP


Takbir raya di masjid/surau

PKP, PKPB & PKPP : Dibenarkan mengikut ketetapan pihak berkuasa Agama negeri.
PKPD : Tidak dibenarkan
*Amalan takbir dari rumah ke rumah adalah tidak dibenarkan di semua kawasan.

Solat sunat hari raya di masjid/surau

PKP, PKPB & PKPP : Dibenarkan dengan jumlah kehadiran serta penyertaan jemaah lelaki, wanita dan kanak-kanak mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.
PKPD : Tidak dibenarkan

Ziarah hari raya

PKP : Dibenarkan pada 1 Syawal sahaja. Kehadiran tetamu adalah tidak melebihi 15 orang.
PKPB : Dibenarkan padaa 1 sehingga 3 Syawal sahaja. Kehadiran tetamu terhad kepada 20 orang.
PKPP : Dibenarkan 1 sehingga 3 Syawal sahaja. Kehadiran tetamu tidak melebihi 25 orang.
*pada saatu-satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal.

Ziarah tanah kubur

PKPB & PKPP : Dibenarakana tidak melebihi 6 orang bagi saatu lot/petak kubur serta tidak lebih 30 minit.
PKP & PKPD : Tidak dibenarkan

untuk maklumat lanjut dan semakan sop terkini, boleh rujuk website Kementerian Kesihatan Malaysia

18 comments:

  1. Replies
    1. آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

      Delete
  2. Alhamdulillah..solat sunat hariraya dibolehkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. kena pergi awal tu sebab limited quota.

      Delete
  3. Kita belum menang kan kak fiza. Moga moga semua rakyat Malaysia patuh SOP yang ditetapkan. Tak kisahlah menteri ke artis ke rakyat marhaen ke. SOP tertakluk untuk semua.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dapat jugak merasa raya bersama keluarga di norma baharu. cuma tak meriah sebab tak buat kek dan kuih muih raya. :D

    ReplyDelete
  5. Sekurang-kurangnya sudah boleh ramai sedikit berbanding tahun lepas.
    Oh lawat kubur pun ada SOP.

    ReplyDelete
  6. senang nak rujuk sini. thnx akak

    ReplyDelete
  7. Pelbagai P ada. Naik pening dibuatnya.

    ReplyDelete
  8. PKP ke tidak, hari raya saya sama jer...

    ReplyDelete
  9. Naik letih dah dengan benda ni semua..dah malas nak pening- pening..kena follow aje la..tapi bila kita patuh arahan orang lain x ikut arahan..memang susah la kan

    ReplyDelete
  10. tengok SOP bagi kawasan PKP ni, nda make sense pun sebenarnya..

    ReplyDelete
  11. Tak tahu nak cakap apa. Takut nanti pergi ziarah raya, kena kira kasut pulak.

    ReplyDelete
  12. Rasanya raya ni duduk rumah saja, siapkan mana-mana tugasan yang belum selesai. Mood beraya dah ke laut.

    ReplyDelete
  13. Raya ni.. sy makan.. tgk tv jela.. x dpt jmpe nenek di kampung.. aduh sedih!!!!

    ReplyDelete
  14. Alahai dah masuk tahun kedua kita raya dalam mood pkp , pkpp, pkpb . Raya still raya tapi xsemeriah macam dulu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.