Header Ads

Koyak

Koyak in english is 'torn'. 'Koyak' word kalau orang luar selain Malaysia memang tak tahu lah. Slang yang digunakan untuk menunjukkan mental koyak. Koyak means, orang Malaysia je faham koyak definition ni. Bukan hanya sekadar digunakan untuk sesuatu benda yang koyak.

Buku Koyak
pinjam cover buku koyak tulisan Muhd Iqbal Samsudin (www.ibnuddin.com)

koyak

malay word is "koyak" , usually get used when someone offended by something
"ido danial is koyak now because of malaysian netizen"
by whatamidoinrightnow May 12, 2021
-urban dictionary

Carian koyak dalam internet berleluasa sampai masuk urban dictionary disebabkan koyak twitter trending. Pihak disana sibuk nak tahu koyak maksud nya apa disini. Koyak to you too katanya. Cepat koyak rupanya.

Bukan hanya bawang rangers yang mencetuskan koyak. Meerfly dan caprice pun sempat buat lagu 'koyak'. 


Tentang isu yang sedang berlaku. Ayuh, kita teruskan doa supaya rakyat Palestin saudara Islam kita disana dilindungi Allah SWT dan mencapai kemenangan. Aaaminn...

Tak sanggup nak tengok apa yang berlaku disana. Apa yang berlaku, buatkan kita terus rasa bersyukur hidup aman di sini walaupun masih berperang dengan C19. 

Cerita pasal koyak. Lately rasa mental cepat koyak betul dengan bermacam dugaan. Dugaan kesihatan parents, semalam uwan husband warded, tak dapat nak merentas sebab anak je dibenarkan. Cucu memang tak dapatlah nak merentas. 2 3 hari sakit bahu belakang, banyak berehat. 

Dengan tak boleh kemana-mana ni. Otak jadi tepu duduk terperap dalam rumah. Otak jadi tak sihat. Kita dok duduk diam diam dalam rumah. Orang lain sibuk beraya di shopping mall bagai. Aduhaii. kalau macam ni bila nak putus C19 tu. 

Variant baru jangan dibuat main. Lagi bahaya! Cepat koyak rasa bila tengok hari hari ada je manusia yang langgar SOP bagai di media sosial. Terasa penat betul. Dahlah bila ada kes emergency sakit ke apa susah nak lepas rentas daerah/negeri sekarang ni. Macamana lah mental tak cepat koyak sekarang ni.

Teruskan bersabar je lah nampaknya ni. Kena bertahan, mental jangan koyak. 

21 comments:

  1. Betul tu... bila covid ni makin menjadi2...
    dah serupa takde life skrg ni
    asyik berkurung dalam rumah...
    hotak pun rasa stress... jgn smp ramai rakyat msia kemurungan dibuatnya

    ReplyDelete
  2. adoiii laju yaaa da keluar lagu khas Koyak ni hehe..

    ReplyDelete
  3. lagu koyak tu memang menjadi... ada saja idea dorang yer

    ReplyDelete
  4. Koyak dah ada lagu khas? Uiitt cepat betul derang buat kerja hehehehe

    ReplyDelete
  5. bos saya selalu ckp 'koyak'..mula2 tak faham jg..hehe..kesian frontliners, bertungkus-lumus mereka..

    Semoga urusan Fiza dipermudahkan..diberi kesembuhan kpd mereka yg sakit..

    ReplyDelete
  6. Jom kita sama-sama doakan untuk Palestine.

    ReplyDelete
  7. perkataan yang popular sekarang

    ReplyDelete
  8. sedap pulak dengar lagu koyak tu..

    sekarang memang ramai yang bertambah 'koyak' kan..take care fiza..

    semoga dipermudahkan segala urusan family fiza dan suami..

    ReplyDelete
  9. Paling seram kalau frontliner koyak dan give up dengan kita. Habislah. Apa pun, jangan berhenti doa untuk Palestin

    ReplyDelete
  10. Macam² netizen sekarang. Kreatif menggunakan frasa.

    ReplyDelete
  11. Lajuuuuuuuu dahh buat lagu koyak ni hahaha. Kreatif betul lah rakyat Malaysia ni. Jangan main main dengan rakyat Malaysia >.<

    ReplyDelete
  12. sampai ada video budak2 gaza pergi kat askar zionis dan cakap kat diorang, "koyak!" hahahaha

    ReplyDelete
  13. famous dah ayat koyak ni..akak kat FB x berani letak hashtag koyak tu...kang kena banned...hehehe

    ReplyDelete
  14. Koyak dalam bahasa Indonesia artinya sobek, tercabik.. Semoga saudara-saudara di Palestina senantiasa dalam lindungan Allah..

    ReplyDelete
  15. Itulah akak ada dugaan yang sakit kepala.
    Hal Palestin pun buat akak sedih. Mampu doa sahaja.
    Tiada Instagram atau socmed lain jadi rasa aman tidak pening karenah orang lain walaupun risau Covid-19 makin mengganas.
    Koyak barisan hadapan.

    ReplyDelete
  16. hakak pun tgh koyak ni...byk betul tugasan dan kelas anak anak yang nak dipantau

    ReplyDelete
  17. #koyak to you too... hahaha

    ReplyDelete
  18. Koyak sana, koyak sini...menunggu rabaknya saja heheheee. Memang banyak dugaan betul sekarang ni. Dulu tertunggu-tunggu apa akan berlaku pada tahun 2020. Rupanya beginilah....takdir yang harus diterima.

    ReplyDelete
  19. Covid x covid, sy kerja cam biasaaa.. tak perasan waktu kdg kdg tu..

    ReplyDelete
  20. Semoga mental kita rakyat Malaysia kuat untuk hadap penularan wabak Covid ni. Jangan koyak!

    ReplyDelete
  21. kes kematian pun tinggi juga... igt kn 40 lbh tu dah tggi rupanya...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.