Telefilem Pemuja Kubur

Pemuja Kubur, sebuah telefilem arahan Azmir Affandi bakal bersiaran pada hari Sabtu ini 5 Jun 2021 jam 9:00 malam di Astro Citra. Menampilkan Beto Kusyairy, Aedy Ashraf, Kaka Azraff, Ellie Suriaty Omar dan ramai lagi.

Telefilem Pemuja Kubur Astro Citra

TELEFILEM PEMUJA KUBUR

Waktu tayangan : 5 Jun 2021 (Sabtu), jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra CH 108
Penulis Skrip : Srikandi Emma & Sri Dewi
Pengarah : Azmir Affandi
Produksi : Heritage Movies

SINOPSIS PEMUJA KUBUR

Zarul dan Azhar, mereka berdua adalah kawan baik ibarat adik beradik. Mereka berdua menjual burger di waktu malam. Azhar suka dengan seoarang gadis yang bernama Zureen tapi Zureen jual mahal.

Sikap tamak Zarul dan Azhar membuatkan mereka berdua nekad untuk berjumpa dengan bomoh sebagai jalan pintas untuk kaya dan Azhar ingin mendapatkan cinta Zureen. 

Bomoh berpesan pada mereka untuk menggali kubur orang mati beranak atau mati gugur baru seminggu. Gali tengah malam jumaat selepas pukul 12. Jangan ada sesiapa nampak atau melihat kamu, nanti ilmunya tawar.

Zarul ambil tali pocong untuk cepat kaya. Azhar pula dapatkan minyak dagu. Semasa Zureen membeli burger, Azhar telah mencalitkan minyak dagu pada tangan Zureen. Zureen pun jatuh cinta dan kahwin dengan Azhar.
 
Kehidupan Zarul pun makin senang sebab ada duit banyak. Akibat sikap tamak Zarul dan Azhar telah memakan diri. Mereka sering di ganggu oleh makhluk halus. 

Azhar mula rasa kesal atas perbuatannya. Dia ingin berubah jadi baik. Tapi Zarul semakin tamak sampai sanggup menghancurkan rumahtangga Azhar hingga menjadi penyebab Azhar dan Zureen bergaduh. 

PELAKON PEMUJA KUBUR

  • Beto Kusyairy
  • Aedy Ashraf
  • Kaka Azraff
  • Ellie Suriaty Omar
  • Man Kobena

8 comments:

  1. Selalu ilmu hitam ini syaratnya pelik-pelik.
    Baca sinopsis cerita ini teringat novel bersiei 'Bercakap Dengan Jin.'

    ReplyDelete
  2. Kalau beto berlakon ni mesti best! Sinopsis pun not bad.

    ReplyDelete
  3. Ada Beto..mesti best ni. Nak tengoklah nanti

    ReplyDelete
  4. Beto ada mesti best.
    Citer best2 tapi xde Astro. Tunggu kat YT kalau adooo.. hehe..

    ReplyDelete
  5. Walaupun cam cliche, tapi nak tengok sebab artisnyaaaa.. hihi

    ReplyDelete
  6. Nak tengok tapi seramlah pula.. hahaha..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.