Header Ads

Telefilem Basikal Karat (TV3)

Basikal Karat, sebuah telefilem lakonan Zamarul Hisham, Nadiya Nisaa, Kamarul Eqfa, Hawra, Haeriyanto Hassan dan ramai lagi akan bersiaran 8 Mei Sabtu ini, jam 10:00 malam di TV3. 

Telefilem Basikal Karat merupakan filem arahan Rashidi Ishak di bawah produksi AB Roll Sdn Bhd. 

Telefilem Basikal Karat (TV3)

Telefilem : Basikal Karat
Waktu siaran : 8 Mei 2021 (Sabtu),jam 10:00 malam
Siaran TV : Cerekarama TV3
Penulis skrip : Zuli Ismail
Pengarah : Rashidi Ishak
Produksi : AB Roll Sdn Bhd

SINOPSIS BASIKAL KARAT

Husin dan Hawa mempunyai tiga orang anak bernama Faizal, Yuni and Suria. Husin bekerja menoreh getah. Manakalanya anaknya, Faizal and Yuni mengumpul barang terbuang untuk dijual untuk membantu keluarganya. 

Disebabkan desakan kesempitan hidup telah memaksa Husin untuk mencuri. Husin telah dipenjarakan meninggalkan anak-anaknya  dan isteri. Apa yang telah berlaku membuatkan Faizal dan Yuni cuba membantu ibunya. 

Faizal terpaksa bawa bersama adiknya yang masih bayi untuk meminta sedekah dalam masa yang sama Yuni membuat persembahan untuk menghiburkan orang.

PELAKON BASIKAL KARAT

Zamarul Hisham sebagai Husin
Nadiya Nisaa sebagai Hawa
Kamarul Eqfa sebagai Faizal
Hawra sebagai Yuni
Haeriyanto Hassan

10 comments:

  1. Cerita² sebegini yang kekampungan lebih menarik dari cerita² bandar yang kononnya mempunyai harta berbilion². ����

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sesuai untuk tontonan seisi keluarga dan ada pengajaran daripada cerita Megah Holdings projek juta juta :)

      Delete
  2. ok... boleh layan nanti. suke gak layan drama2 mcm ni

    ReplyDelete
  3. Baca sinopsis macam best jer Fiza citer ni..nak tgok la..lepas ni bleh tgok tv dah sebab akak dah start cuti next week

    ReplyDelete
  4. Jalan cerita yang menjentik hati dan buat kita fikir.
    Akak suka lakonan Nadiya Nisaa.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Ya allah sedihh pulakk baca sinopsis nyaaaaa.
    Wajib tengok ni, sebab menarikkkk walaupunn sedih.

    ReplyDelete
  7. Aduhai... sedih pulak baca sinopsis cerita Basikal Karat ini.

    ReplyDelete
  8. Aduh, boleh menangis nih kalau tengok.. Kena tgk sensorang.. hahaaha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.