Header Ads

Char Kuew Teow Special Syed Char Kuew Teow, Wajib Ada Cili Jeruk Potong

Macam lama je tak makan char kuew teow. Makan char kuew teow ni sedap makan panas panas. Tapi mana nak cari char kuew teow sedap dan maintain panas bila delivery? Pernah order sekali char kuew teow delivery. Sampai-sampai je dah kembang dan sejuk. Mujur masih sedap.

Lagi satu, makan char kuew teow wajib ada cili jeruk potong. Semalam teringin makan, saya cari di aplikasi food panda je. Nak membeli dekat-dekat, kedai tu kejap tutup kejap bukak. Saja try cari di foodpanda. 

Tertarik nak cuba Syed Char Kuew Teow. Ada 5 pilihan menu Syed Char Kuew Teow.
  • Char kuew teow telur mata
  • Char kuew teow special
  • Char kuew teow biasa
  • Kuew teow biasa
  • Kuew teow telur mata

Saya pilih Char kuew teow special. Extra kuew teow, ada telur mata dan 3 ekor udang walaupun dalam gambar kelihatan macam sekor je nampak. Sampai sampai je hidangan masih panas dan kuew teow pun elok tak kembang. Baru ada 'feel' nak makan.

Dari segi rasa, pada saya sedap. Cuma lagi sedap bila ada taugeh fresh. Taugeh dia agak layu. Mungkin dalam perjalanan lecur sebab masakan masih panas. Tak ada kerang dan kucai. Kalau ada mesti lagi nikmat makan.

Char Kuew Teow Special Syed Char Kuew Teow

Cili jeruk ada, bertambah selera makan. Sedap cili jeruk dia. Cili rangup dan pedas. Saya minta extra cili jeruk, dia bagi 3 bungkus terus. Saya buka 1 bungkus je, banyak macam ni. 2 bungkus lagi simpan boleh makan dengan mee goreng ke kuew teow ke. 

Cili Jeruk Potong Char Kuew Teow Special Syed Char Kuew Teow

Husband pulak order Kuew teow goreng telur mata. Dia kurang gemar char kuew teow. Saya tak ambil gambar. Sedap juga kuew teow goreng dia. Macam rasa mee goreng mamak versi kuew teow. Cili jeruk pun dia tak makan. Makanya, stok cili jeruk untuk saya sorang je lah.

Syed Char Kuew Teow
Lorong Sri Pulai 38/2, Taman Sri Pulai 3 , 70400 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia, 70400 Seremban

24 comments:

  1. Suka keu teow goreng kering2 je hehehe...
    Dah jumpa dah yg sedap kat tekak tp xde plak msk foodpanda or grab food.. iskk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kering² pun sedap KakRet :)
      Ala, tak best kalau tak ada masuk foodpanda. Kalau teringin, kena jugak keluar membeli.

      Delete
  2. urmmmmm....dapnyer K.Fizah
    Kalau ada kerang mesti lagi vavavom rasa dia pastu letak pulak taugeh lebih😁.Ish3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..sedap juga. itulah pasal, ada kerang kucai fresh taugeh lagilah letop rasa dia :)

      Delete
  3. Sedapppppnyaaaa! Ada kerang, lagi double triple sedappp!
    Char kuehtiaw ni memang sedap makan panas panas, makan dah sejuk, memang kembang laa hahaha :D

    ReplyDelete
  4. sedap char kuewteow, lagi sedap makan panas2 :)

    ReplyDelete
  5. Lama tak pekena char kue tiaw.. Musim pkp ni takleh lepak kedai pulak. Bungkus tak best.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya....tengok gambar yang cantik-cantik tuh lagi menambah rasa nak cari char keaw tiaw malam ni juga huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  7. Suka juga yang basah. Haah susah cari yang sedap. Boleh pesan lagi ini kalau sedap.

    ReplyDelete
  8. sm laa lama x mkn CKT ni��sy kalu bli kn mkn kt situ jg. x suka kalu dah kembang or taugeh x rangup...

    ReplyDelete
  9. Ckt kalau basah siap ada udang yg dh kupas tu memang sedap. Telan air liur jelah xboleh makan lg hehe

    ReplyDelete
  10. Terliur tengok. Lama tak makan char kuew teow sedap

    ReplyDelete
  11. Sedap rupa char kuew teow tuuuu. Nyumssss

    ReplyDelete
  12. Sedapnyaaaa.. yang penting taugehhh lebihhh baruuu sedapppo

    ReplyDelete
  13. terliur tgk cabai jeruk tu, huaa huaaa

    ReplyDelete
  14. Dua-dua jenis Kak Amie suka, char kuey teow & kuey teow goreng. Apalagai kalau ada cili jeruk... memang terus Bismillah, tak toleh kiri kanan!

    ReplyDelete
  15. susah nak cari char kuey teow yang menepati citarasa

    ReplyDelete
  16. Okey nak cuba la...tpai malam sampai pukul berapa je...

    ReplyDelete
  17. Nasib kuetiau nya memberi kerja sama dgn baik..kalau x mau kering dah charkuetiau nya heheee

    ReplyDelete
  18. Sedapnya.. Tambah-tambah kalau ada cili jeruk..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.