Filem Hanya Namamu Laila

Hanya Namamu Laila, sebuah filem seram komedi lakonan Diana Daniele dan ramai lagi akan ditayangkan di Astro First Saluran 480 atau boleh juga tonton On Demand Store pada 15 Mei 2021. Filem hanya namamu Laila diarahkan oleh Dato' Eizlan Yusof.

Filem Hanya Namamu Laila

FILEM HANYA NAMAMU LAILA

Tarikh tayangan : 15 Mei 2021
Siaran TV : Astro First (Saluran 480)
Pengarah : Dato' Eizlan Yusof

SINOPSIS HANYA NAMAMU LAILA

Mengisahkan tentang tiga orang sahabat baik dari kecil iaitu Borhan, Nathan dan Ah Cheng yang melakukan kerja dan suka juga bermalas-malasan bersama-sama. Dalam pada masa yang sama, mereka meminati gadis yang sama sejak dari kecil iaitu Laila. 

Apabila Laila pulang ke kampung, ada peluang untuk mereka bertemu dengan Laila semula. Akan tetapi tidak lama kemudian, satu peristiwa aneh mula berlaku.  Terdapat kelibat entiti aneh muncul. Mungkinkah Laila salah satu daripada susuk entiti tersebut.

PELAKON HANYA NAMAMU LAILA

  • Diana Daniele
  • Ikmal Amry
  • Sri Kumaran
  • Phoon Chi Ho
  • Ropie
  • Salleh Yaacob
  • Sathiya
  • Lim Hui Hong
  • Cat Farish

10 comments:

  1. Macam tajuk lagu jugak eh . huhu.. Minat Diana Danielle tuuuu

    ReplyDelete
  2. dato' eizlan mesti suka lagu amy search ni smpi lirik pun pon boleh jd cerita heheh

    ReplyDelete
  3. Baru tahu Eizlan Yusuf dah mengarah. Boleh tengok ni buat gelak-gelak :)

    ReplyDelete
  4. macam menarik jer citer dia..bleh la beli masa WFH or lockdown nanti

    ReplyDelete
  5. Cantik manis Diana Daniele.
    Salleh yaacob pun ikut berlakon juga rupanya.

    ReplyDelete
  6. mesti best nii. suka lakonan Diana Danielle :)

    ReplyDelete
  7. Ternyanyi pulakkk masa baca tajuk cerita ni hahahaha

    ReplyDelete
  8. Menarik Diana Danielle jadi hantu.

    ReplyDelete
  9. Nampak iklan ni.. D kalau berlakon best jugak

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.