Resipi Ayam Percik Viral Terpaling Sedap Dan Mudah Katanya Lah

Ayam percik, masakan ayam kegemaran saya tapi tak pernah lagi masak sendiri. Tak tahu lah kenapa tak rasa nak buat sendiri. Mungkin lepas ni kena cuba masak sendiri guna resepi ayam percik mudah dan sedap viral di facebook yang saya jumpa dalam group resepi pikat selera. 

Resepi ayam percik mudah dan sedap

Nampak gaya macam mudah cara buat ayam percik ni. Jika di google ada beberapa resipi ayam percik yang berbeza mengikut negeri. Antaranya 
  • resipi ayam percik Johor
  • resipi ayam percik kelantan
  • resipi ayam percik putih

Mungkin ayam percik ni popular di sesetengah negeri sahaja. Haruslah setiap resipi berbeza dan mempunyai rasa yang berbeza. Ayam percik merah atau ayam percik putih? Dua dua saya suka.

Resepi ayam percik mudah dan sedap 

Bahan-bahan :
1. Ayam cuci potong-potong dan toskan.
2. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai dan kunyit hidup
3. Kisar halus ketumbar dan jintan manis.

Cara penyediaan :
Tumis bahan-bahan tanpa minyak, pastikan garam gula secukup rasa. Masukkan ayam masak setengah masak. 

Resepi ayam percik mudah dan sedap

Resepi ayam percik mudah dan sedap

Kemudian letak ayam diatas stand renjis olive oil, minyak masak pun boleh. Bakar pada suhu air fryer 200-15minit (bergantung air fryer masing-masing, tak cukup masak tambah masa). Suhu oven 180-20 minit. Guna pemanggang ajaib pun boleh.

Resepi ayam percik mudah dan sedap

Resipi kuah ayam percik

Bahan-bahan :
1. Kisar cili kering dan bawang putih
2. Sos cili, gula merah, gula pasir dan 1 sudu besar tepung jagung.

Cara penyediaan :
Panaskan kuali @periuk, masukkan cili, masukkan sedikit air kacau-kacau sehingga cili masak. Kemudian masukkan sos cili, gula, air gula merah dan tepung jagung. Kacau sehingga kuah jadi pekat. Pastikan gula garam secukup rasa, jika ada bijan campur je dalam kuah tu.

sumber gambar & resipi : SuiSan Aliezsha

Resipi yang dikongsikan ringkas. Tak ada spesifik sukatan beberapa bahan. Kena pandai agak agak dan adjust rasanya gitu. Tengok ayam percik ni mengundang rasa teringin. Apa susah, ada resipi ayam percik mudah yang boleh dicuba. Rajin tak rajin je lah.


20 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Masa muda remaja dulu Mrs. A suka ayam percik yang jual kat bazar Ramadhan Ampangan ni sekarang dah takde tak tahu mana pergi penjual tu. Tapi dah tua-tua nih! tak suka sangat dah ayam percik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak cari orang yang jual sedap. yang jual sedap tak jumpa pulak. Selera berubah mungkin tu :)

      Delete
  2. Oh my… terus rasa nak berbuka dengan ayam percik hari ni 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marilah kita membuatnya nanti kak farrah :)

      Delete
    2. Yes, ini target sebelum habis puasa. Eh, kalau nak buat sebagai hidangan raya pun ok gak, kan...

      Delete
  3. Biasa beli je, senangggg hehehehe.
    Macam kak fiza cakap, nak buat tu antara rajin atau malas je hahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak beli pun payah sekarang atiqah. kena cari online yang boleh delivery. nak ke bazaar memang tak lah. huhu

      Delete
  4. wowww. sedapnyaaaa. dah terbayang rasa dia :)

    ReplyDelete
  5. kesedapan ayam percik ni bergantung kepada kuahnya juga

    ReplyDelete
  6. waaaaa!!! salahhhh timing tgk post plak

    ReplyDelete
  7. Suka ayam percik merah. Eh tapi tidak pasti pernah makan yang putih ke tidak.
    Haah ini cari di pasar malam, tidak pernah pula emak atau akak buat.

    ReplyDelete
  8. ayam percik mmg menu wajib kalau bln puasa tp yg kuah putih klate la

    ReplyDelete
  9. ayam percik ni bagi saya susah nak dptkan yang memenuhi citarasa saya. apa2 pon saya suka ayam percik kelantan

    ReplyDelete
  10. okay boleh guna air fryer. boleh tryyy ni

    ReplyDelete
  11. Lapar terusss tengok ayam percik niii!! Huaaaa.. kena cari gak nih.. hahahaha.. buatnua tak tahu bila tahhh

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال