Header Ads

Homemade Sweet Corn. Creamy Nyummy!

Lebatnya hujan kat luar. Dapat makan panas-panas memang nikmat betul. Dapat makan homemade sweet corn memang sedap, kan? Semalam punya cerita, dapatlah buat homemade sweet corn pemanis mulut lepas berbuka puasa semalam.

Masa husband beli barang, minta dia belikan sekali kernel jagung nak buat pekedel jagung @sweet corn fritters macam kak amie kononnya. Cucur style orang utara letak jagung macam tu. Sekali dia beli sebungkus besar. Dah tu je yang ada katanya.


Ting! Terus idea datang nak buat homemade sweet corn in cup. Best jugak tu. Lama tak makan sweet corn panas letak butter, susu sweetened creamer dan garam sikit. 

Homemade Sweet Corn

Makan sweet corn ni kena makan panas panas baru sedap. Bila dia sejuk, butter tu agak beku dan rasa muak nak makan. Kena makan panas-panas jugak. Malam tadi terbuat banyak pulak. Semangkuk besar jugaklah. Jenuh nak menghabiskan.

Beli jagung nak buat pekedel, lain pulak jadinya. Lepas ni lah baru buat pekedel jagung tu. Dah 2 kali pergi beli barang, kacang panjang tak ada lagi. Masing-masing dok borong kacang panjang nak buat lontong agaknya kot musim raya ni.

Nampaknya nanti saya buat pekedel jagung guna apa yang ada je lah. Ada stok lobak merah, kucai dan kobis je ada. Okaylah tu kan campur dengan bawang, udang dan kernel jagung. Pun boleh.

Resipi homemade sweet corn

Kukus corn kernel. Dah masak, angkat dan masukkan dalam bekas. Masukkan butter, sweetened creamer (susu pekat) dan garam secubit untuk perasa. 

Nak letak gula pun boleh tapi saya tak letak. Cukup sekadar ada rasa manis dari susu tu. Selain butter boleh gunakan majerin. Nak hipster sikit letak lah cheese. Tapi saya tak suka letak cheese, nanti lagilah cepat muak.

Sebenarnya kalau kukus letak garam sikit pun dah sedap dah. Tapi syarat dia kena makan panas-panas lah. Ibarat macam makan jagung rebus tapi versi mudah makan tanpa susah payah gigit jagung yang bertongkol tu.

Serius lama tak makan sweet corn ni. Kalau beli 1 cawan pun dah RM2 kat pasar malam. Ke naik harga dah? Lagi berbaloi buat sendiri. Cuma memerlukan effort dan masa lah untuk menyediakannya. 1 bungkus besar corn kernel RM1 lebih. Murah dan boleh ulang buat banyak kali.

Banyak lagi nak menghabiskan stok tu. Dok terfikir apa lagi nak dibuat dengan corn kernel selain sweet corn dan pekedel. Bubur jagung pun sedap jugak! Apa lagi?



29 comments:

  1. Senang beli jagung yang sudah dileraikan daripada empulur.
    Senang rupanya buat jagung dalam cawan.
    Itulah terfikir boleh buat salad dengan jagung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak. senang je nak buat dia. cuma ambil masa sikit nak mengukus. rajin tak rajin je lah :) salad letak jagung pun sedap tu.

      Delete
  2. Terpandang jagung manis, teringat pasar malam.. ����

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. jagung manis memang mengingatkan kita pada pasar malam :)

      Delete
  3. sedap tu..fav cuma slalunya beli je

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jumpa okaylah beli je. Ni saja buat alang alang ada stok kernel tu.

      Delete
  4. Wak suka jaguang yang ada tongkolnya.
    Senang brakot

    ReplyDelete
    Replies
    1. fresh from jagung tu memang lagi sedap wak :)

      Delete
  5. cantik cantik gambar fiza...rajin berprop prop bagai..jeles tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terima kasih kak. ada props baru menjadi gambar tu :)

      Delete
  6. cantik betul gambar yang Fiza amek :) terliur habes tengok colour sweet corn nye..huhu..selalu kalau singgah R&R mesti akan beli sweet corn :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah..terima kasih. kalau terpandang sweetcorn tu memang rasa nak membeli. makan panas panas syok kan :)

      Delete
  7. sedapnya lama tak makan, iya memang sedapnya makan panas bila dah sejuk butter tu dah beku dia rasa tak selesa kat bibir dan berminyak hehehhe...

    kalau beli 1 bungkus tu insyallah dapatla buat perkedel tu nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak. bila beku tu rasa melekat kat bibir. InshaAllah..tunggu masanya nanti nak membuat pekedel.

      Delete
  8. nasib baek boleh diolah menjadi makanan yg lain yg boleh dimakan. tidak lah busuk je jagung tu nanti tak dimakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..boleh tambah dalam nasi goreng juga. takpe, kita buat dia. macam macam boleh diolahkan :)

      Delete
    2. buat cucur pon sodap...

      Delete
  9. Oo..ada yang letak cheese. Camne la rasanya. Belum pernah try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada, nanti kalau ada orang jual akak cuba ye. takpun boleh cuba buat sendiri letak cheese :)

      Delete
  10. memang selalu beli sweet corn. dpt yg berlemak, manis.. memang menambah beli nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat yang sedap menepati citarasa tu yang best tu. Tak cukup 1 cup :)

      Delete
  11. Kalau jumpa jagung begini, tak cukup 1 cup makan!

    ReplyDelete
  12. suka buat sendiri jugak..puas makan..maklum la hantu jagung ramai kat rumah ni..hihi..kalau beli yg siap tu jenuh la haiii..sebab confirm tak cukup 1 cup..

    ReplyDelete
  13. Rasanya, lama tak makan sweet corn.. entah kenapa tak terasa nak memakannya.. tapi memang sedapp

    ReplyDelete
  14. Oh godaan apakah ini? Semalam akak gi Econsave nak beli kernel jagung untuk buat macam nilah. Tapi dah habis. Tinggal mix vege dengan peas je...

    ReplyDelete
  15. hehehe kebetulan ada jagung kt rumah tu boleh laa buat esok ;-)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.