Header Ads

Cara Buat QR Code MySejahtera Untuk Rumah Dan Kedai

Walaupun aktiviti ziarah menziarahi di hari raya tidak dibenarkan. Tapi ready je lah buat QR Code MySejahtera untuk rumah siap-siap. Mana tahu dia punya SOP berubah lagi. Kan dah biasa berubah mengikut keadaan. gituuu...

Kita pun dah biasa dengan pengunaan aplikasi MySejahtera ni kena scan nak masuk mana-mana premis perniagaan, kedai dan sebagainya. Ye, rumah pun sepatutnya kita siap siap daftar QR Coce MySejahtera juga. Digalakkan menyediakan QR Code.

Dah ada QR Code, mudahlah tetamu datang scan dengan menggunakan MySejahtera je nanti sebab semua orang ada aplikasi MySejahtera. Hampir semua lah ada. Mudah kita nak track senarai yang datang berkunjung ke rumah kita. 

4 langkah cara buat QR code My Sejahtera untuk rumah

Step 1 : Pergi ke website  https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin
Step 2 : Masukkan nombor telefon. Tick pada I'm not a robot dan klik register. OTP akan dihantar melalui message.

Langkah 1 Cara Buat QR Code My Sejahtera Untuk Rumah

Step 3: Masukkan OTP yang dihantarkan pada nombor telefon yang didaftarkan pada step 1.

Langkah 2 Cara Buat QR Code My Sejahtera Untuk Rumah

Step 4 : Isikan borang yang disediakan. Kemudian submit

Langkah 4 Cara Buat QR Code My Sejahtera Untuk Rumah

Selepas submit. Siap! Boleh Print terus atau download.

Cara Buat QR Code My Sejahtera Untuk Rumah

Mudah, kan? Bila dah daftar QR Code MySejahtera kita boleh view reports last 7 days dan last 90 days.

Cara Buat QR Code My Sejahtera Untuk Rumah Dan Kedai

Cara buat QR Code MySejahtera untuk kedai, kenduri, majlis caranya sama macam di atas. Untuk edit atau tambah alamat baru boleh login semula dan edit. Okay siap dah QR Code rumah sendiri. Siapa nak datang sila scan, sanitize dan ikut SOP tapi lepas habis raya lah ni baru boleh datang gamaknya.



10 comments:

  1. wak penah je tgk org kampung buat QR scan camni., masa majlis kenduri kawin., ;p
    org kampong skrg pon dh canggih siap printer lagi.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira bagus dah tu orang kampung nak ikut SOP wak. Bagus ambil peduli gitu up to date :)

      Delete
  2. Tak boleh nak menziarah raya tahun ni.. Kalau buat QR code ni, anak² saja scan nanti. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, tak boleh ziarah. sediakan siap siap untuk akan datang :)

      Delete
  3. Nampaknya Fiza sudah bersedia terima tetamu.
    Rasa rumah akak tertutup. Hehe tengok keadaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raya tak boleh ziarah kak. lepas raya baru tetamu boleh datang kan, itupu kena follow up sop bru macamana. Standby je ni :)

      Delete
  4. Memang takdak... sebab x jemput sesapa dtg rumahhhh. hehe

    ReplyDelete
  5. ms mula2 nmpk QR code ni dan di bawahnya tertulis 'BILIK SAYA' sy punya gelak hahahahhaha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.