Header Ads

Berbuka Nasi Ayam KFC Ayam 2 Ketul

Bila husband dah kata nak beli makanan untuk berbuka, saya ON je. Kami decide beli Chicken meals KFC je. Kononnya tinggal masak nasi je. Tapi bila membelek harga snack plate dengan 2 pc rice combo tak jadi nak masak nasi. Beli je pakej combo ayam dengan nasi 2 set.

2-PC Rice Combo KFC

2-pc Rice Combo, ada sebungkus KFC kolonel rice.  Comel pulak tengok bungkusan nasi ayam tu. Didatangkan bersama 2 ketul ayam KFC yang comel. Perasan tak saiz ayam KFC semakin mengecil sekarang. 

Bukan harini je dapat yang kecil, sebelum ni dah berkali kali dapat saiz kecil. Tak macam saiz ayam KFC dulu dulu.

Bukan saya sorang je, pernah juga netizen persoalkan dan tak puas hati dengan saiz ayam KFC yang betul betul kecil tak padan dengan harga. Lagi lagi bahagian kepak tu sampai disamakan dengan objek lain sebab nak buktikan betapa keciknya saiz bahagian ayam tu.

Mungkin stok ayam KFC pun tak cukup besar agaknya. Bergantung pada branch jugak ni. Sesetangah branch dapat ayam saiz besar.

Selain ayam dan nasi, ada coleslaw dan jugak 1 cawan air coke. Nak kata berbaloi tu, bolehlah kot sebab pakej dengan nasi. Cuma tu lah, ayam kena exercise lagi bagi sado. 

Husband nak beli nasi lemak sebenarnya tapi katanya kat branch Seremban tak ada. Boleh pulak macam tu? Malas nak bersoal jawab, dia pun beli je lah 2 set nasi ayam dengan 2 ketul ayam comel ni.  Dia tambah pulak coleslaw saiz large sebab isteri dia ni suka makan coleslaw.

Coleslaw KFC memang tak ada tandingan. All time favourite!. Itu ikut tahap selera saya lah. Korang rasa?

23 comments:

  1. saya tak pernah kisah sgt size ayam ni sebab makan seketul pun dah rasa kenyang kalau 2 ketul memang tak larat nak habiskan..hehe

    ReplyDelete
  2. Betul kak fiza, kepak tu memang kecikkkk gila. Kalau KFC saya kerja baru ni, manager suruh bagi 2 kepak kalau kecil. Takut jugak customers complainn kan jadi memang akan bagi 2 ketul kepakk. Memang sampai dalam packaging macam tu dah, mungkin dari proses ayam tu sendiri dah memang kecil kan kak fiza.

    Yang coleslaw tu memang betul! Mcd pun tak boleh tanding coleslaw kfc hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah dapat penerangn daripada Atiqah, bagus juga dapat 2 kalau kecil.
      Rasanya tidak pernah dapat kepak, dapat yang besar bahagian banyak isi. Jenuh habiskan satu ketul.
      Coleslow itu rasanya akak memang makan yang KFC punya, belum cuba (atau tidak diingati) jenama lain.

      Delete
    2. Kannn, bagus dapat 2 ketul, atleast customers tak complain la ayam kecik or apa apa hehehe. Ayam boleh request kalau kak NA nak hehehe tapi tak ramai pun minat ayam kepak ni >.< Mostly minat drumstick, thighs je. Coleslow tu mcd pernah ada dulu tapi tak berapa sedap hahahaha, tetap sedap yang kfc punya.

      Delete
  3. adui... sedapnya menu berbuka akak simple je... huawrhhh

    ReplyDelete
  4. Saya kalau ke KFC memang makan ayam sajalah, tak makan nasi-nasi seperti nasi ayam dan nasi lemak.

    ReplyDelete
  5. Aah, sekarang size ayam dah makin kecik dah

    ReplyDelete
  6. Sekali je pernah try nasi ayam KFC ni. Itupun dah lama sangat dah

    ReplyDelete
  7. Terliur tengok. Ayam KFC memang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Sedap macam mana pun ayam brand lain, tetap akan cari ayam KFC jugak.

    ReplyDelete
  8. Ayam KFC dah x sesedap dulu..
    Dah xde feel nak makan..
    Now k ret more to ayam mcd pedas heheh

    ReplyDelete
  9. Kalau beli yg ori lagilah kecik.. sbb tu x suka beli ori.. rugi je dpt ayam cekeding

    ReplyDelete
  10. saya suka thigh je selalu, paling tak suka kepak hahaha

    ReplyDelete
  11. betul tu... kalau untuk makan berdua je..beli aje lagi murah dan mudah.

    ReplyDelete
  12. mama dah jarang beli kfc. mmg ayam dia saiz tak konsisten. tapi nampak sedap la pula nasi ayam ni

    ReplyDelete
  13. fiza! xtahu kpe shida xleh geng dgn KFC tp husben hantu KFC ^_^

    ReplyDelete
  14. Saya selalu akan mintak isi, atau tight, elakkan kepak gitu... Memang mintak terus. hahahah.. Tapi sekarang.. ada masa memang lain sikit saiznya.. betul jugak tu.. setujuu..

    ReplyDelete
  15. Setuju. Ayam KFC memang dah kecik-kecik.

    ReplyDelete
  16. Lama dah tak makan KFC. Agaknya kalau makan sekali-sekali rasa dia tambah sedap kot.

    ReplyDelete
  17. Perasan kfc skrg byk buat promo murah2 hehehe.. nasib tak teringin lg nk mkn. Kalau kerap mkn nanti jemu pulak

    ReplyDelete
  18. kita sama, fiza.
    minat giler koslow kfc.
    akak siap makan dgn nasi putih tau.
    punya la minat.
    tiap kali beli, mesti beli dia extra.

    ReplyDelete
  19. tu lah.. makin lama makin kecil dan harga makin mahal.. dah nak jadi makanan rakyat kayangan dah..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.