Malam 7 Likur, Pasang Lampu Pelita

Pada malam 7 likur, tradisi dan warisan bagi masyarakat Melayu akan mula memasang lampu pelita atau lampu LED hiasan untuk memeriahkan suasana menjelang hari raya. Masih ingat lagi zaman kanak-kanak dulu paling teruja bila nak raya pasang pelita depan rumah sambil main bunga api. Haihh, rindu pulak kenangan tu.

Maksud Malam 7 Likur

Likur bermakna bilangan 20 hingga 30. 7 likur = 27. Jadi, malam ke-27 merupakan malam yang istimewa digelar sebagai Malam Tujuh Likur.

Maksud Malam 7 Likur


Akan tetapi, amalan memasang pelita malam 7 Likur bercanggah dengan yang dianjurkan oleh Islam. Nabi Muhammad SAW menganjurkan umatnya untuk lebih perbanyakkan amal ibadah dan istiqomah pada 10 malam terakhir Ramadan mengejar malam Lailatul Qadar.

Seperti yang kita tahu, salah satu malam ganjil akan berlakunya malam Lailatul Qadar yang mana pahala bagi sesiapa melakukan ibadah padanya lebih baik daripada 1,000 bulan.

Memasang pelita pada 10 terakhir Ramadan jika niat sekadar semata-mata untuk memeriahkan rumah dan menambahkan suasana ceria sambut raya adalah diharuskan. 

Pasang pelita tak salah, tapi jangan sampai kita melupakan amalan ibadah kita dibulan Ramadan untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT. 

Tidak diharuskan pasang pelita jika terdapat iktikad (kepercayaan) tertentu. 

Lampu pelita minyak tanah

Lampu pelita adalah bekas tin berbentuk bulat berlubang pada tengah atasnya untuk diletakkan sumbu. Dalam bekas tersebut akan diisikan minyak tanah dan sumbu akan dinyalakan. Terdapat pelbagai jenis warna bekas pelita.

Pada saya, lampu pelita minyak tanah lebih menggambarkan suasana raya yang sesuai di kampung. Ye lah bila raya mesti semua akan balik kampung. Bila pasng lampu pelita minyak tanah feel raya tu lebih berbanding pada lampu LED hiasan. Bahasa kampung orang panggil, lampu kelip kelip. 

Mengimbau kenangan lampu pelita minyak tanah ni. Masing-masing ikut turn tugas siapa pasang lampu pelita. Dari masukkan minyak tanah, naikkan sumbu dan sampailah menyalakan lampu. Bab nak isi minyak tanah dalam pelita dan betulkan sumbu tu yang malas tu.

Dulu, harga minyak tanah masih dalam paras murah lagi. Harga sekarang bukan biasa-biasa harga dia. Itu yang beralih kepada lampu LED hiasan je. Senang, petik suis je ON dah.

Selain lampu pelita, ada juga yang rajin dan kreatif buat lampu pelita daripada buluh.

Panjut

Panjut terdiri daripada lampu pelita atau lampu pelita daripada buluh yang digubah secara kreatif samada dipacak atau digantung membentuk pelbagai jenis bentuk yang disukai. Contohnya seperti bulan, bintang, masjid dan sebagainya. 

Biasanya panjut ni popular di sekitar tempat di Perak. Pernah tengok satu telefilem melayu "Pelita panjut untuk mentua". Macam macam bentuk panjut dihasilkan. 

Dah lama tak pasang lampu minyak tanah ni kat kampung. Dalam gambar diatas, pelita minyak tanah tahun 2010. Entah mana campak pun tak tahu. Ada juga pasang lampu led hiasan kat kampung. Itupun jarang di ON. 

Rumah saya lagilah, lampu led hiasan pun saya tak ada. Apatah lagi nak ada lampu minyak tanah. Biasanya kat kampung lah meriah kan. Tapi sejak PKP ni, di bandar pun dah meriah orang pasang pelita dan lampu LED hiasan. Raya Vibes sudah terasa.


22 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Terimakasih telah mengenalkan tradisi unik yang ada di Malaysia, kak.
    Pertamakalinya kali ini aku mengerti istilah Panjut 😊

    ReplyDelete
  2. Rumah sy tak pasang pelita... kampung je ada... malam raya kt bndr... setakat main bunga api.. ok sedihhh. byeee.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat kampung memang meriah dengan lampu pelita. di Bandar pun tetap meriah :)

      Delete
  3. Baru tahu istilah 7 likur maknanya hari ke-28. Haah di kampung ada pasang lampu minyak tanah, sini tidak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ke 27. Meriah kampung pasang lampu pelita minyak tanah :)

      Delete
  4. Alhamdulillah. Di taman perumahan saya ni, meriah dengan lampu lip lap.. Berseri².

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok tu meriah suasana raya dengan lampu lampu :)

      Delete
  5. mmg dulu lawa je susun lampu mlm raya kat laman rumah kampung kann., nostalgia sungguh ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan wakk..teratur cantik je dengan cahaya lampu pelita tu.

      Delete
  6. Suka tengk pelita. Lagi kalau disusun dengan pelbagai bentuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelita susun sebaris pun dah nampak cantik. Apatah lagi susun pelbagai bentuk.

      Delete
  7. Suka ada pelita...to xde sape nak uruskan bab ni...Pk Zain mmg x larat la nak layan akak ngan dania

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu lepas covid ni meriah sikit rayanya nanti kak. Boleh pasang pelita :)

      Delete
  8. Pasang lampu lip lap je. Meriahhhh, terasa suasana hari raya tu walaupun beraya dalam keadaan pandemik covid 19 :)

    ReplyDelete
  9. Meriahnya duduk di kampung. Zaman kanak2 dulu memang seronok sangat malam 7 likur lihat keliling rumah diterangi cahaya pelita minyak tanah.Sekarang jarang ada sebab diganti dengan lampu lip lap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meriah kan kak suasana raya di kampung. Kat bandar ni suasana dia berbeza.

      Delete
  10. suka meriahkan rumah dengan lampu pelita ni..tahun lepas pun pasang walau pkp..sebab amek gamabr jadi cantik haha..tapi tahun ni belum pasang lagi! semalam da plan nak pasang dengan housemate tapi kelupaan..malam ni kottt jadi pasangnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronoknya pasang lampu pelita. Betul betul, suasana mood raya tu ONz sangat bila ambil gambar :)

      Delete
  11. rindunya sauasana ni..time2 cam ni dah balik kpg dah..start kemas2 umah...masak2 buat kek..uwaaaaaaaaaaaaaaaa sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال