Header Ads

Macaroni Goreng Terpedas

Semalam tak tahu nak masak apa. Rasa macam dah lama tak makan macaroni goreng. Alang-alang ada stok macaroni yang tinggal hampir separuh pek tu, maka marilah merajinkan diri masak macaroni goreng.

Menu macaroni untuk makan malam tadi merangkap hidangan sahur pagi tadi. Sejuk pagi ni sebab malam tadi hujan lebat. Mula mula guruh, lepas tu hujan lebat lama jugak lah. Tak dapat lah nak tengok gerhana bulan penuh malam tadi. Ada yang sempat tengok ke semalam?

Berbalik kepada macaroni goreng tadi, saya masak macaroni goreng pedas terlebih pulak. Jadilah macaroni goreng terpedas. Mungkin sebab cili kisar yang saya buat guna cili kering pedas agaknya. Bila bergabung dengan black pepper. Double pedas jadinya.

resepi makaroni goreng pedas

Pedas-pedas pun laju juga habis makan. Pedas masih boleh bertimbang rasa lagi tu. Tapi kalau tak tahan pedas, mesti dah mengalah awal. 

Saya buat macaroni goreng ala melayu gitu. Goreng style macam mi goreng tapi bahan bahan macam nak masak spaghetti. 

baca juga : resipi spaghetti goreng

Resepi makaroni goreng

Bahan-bahan
1/2 pek macaroni (rebus dan toskan)
1/2 biji bawang holland (potong dadu)
2 ulas bawang putih (Ketuk je atau cincang halus)
Isi Ayam (Cincang)
4 ekor udang (buang ekor dan kepala, boleh juga buang kulit sekali senang nak makan)
2 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos prego bolognese
1 biji telur
1 batang lobak merah (disagat)
kobis (dicincang)
1/4 sudu camca garam
Black pepper kasar
2 sudu butter (saya guna unsalted butter)
Air secukupnya
1 sudu serbuk perasa pasti sedap

Cara masak macaroni goreng

  • Panaskan butter dalam kuali, tumis bawang holland dan bawang putih sampai naik bau dan garing sikit.
  • Masukkan cili kisar, biarkan garing sikit baru masukkan isi ayam dan kemudian masukkan udang. 
  • Lepas tu masukkan sos prego bolognese, tambah air sikit. Pecahkan telur dan kacau kacau.
  • Setelah itu masukkan macaroni yang telah masak dan kacau rata. 
  • Akhir sekali masukkan lobak merah, kobis, garam dan juga serbuk perasa. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.

Lagi sedap kalau ada capsicum tu. Rangup dan nampak hidangan macaroni lebih menarik ada warna hijau, merah dan kuning. Capsicum tak ada, kita masukkan apa yang ada ada je lah.

Berbuka nanti tak tahu nak masak apa dah. Husband request ayam goreng tepung bestari je makan dengan sambal gesek dan sayur salad. Tapi kalau penat, beli je katanya. Okay baik, difikirkan dulu.

19 comments:

  1. Melihat masakan begini teringat Abang Farid. Rindu pulak anak-anak yang jauh di mata.
    Selamat berpuasa 6 Fiza.

    ReplyDelete
  2. sedapnya..pedas yg still ok..cili kering + black pepper..double hot!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum fizah. yess, ini juga jadi makanan kegemaran saya, pantas dimasak, sedap di makan. ehhehe.

    ReplyDelete
  4. Kak ret suka pedas2..
    klu kurang pedas mcm x lalu nak makan banyak hahahah..
    Tapi klu buat macaroni goreng ni, mcm masak mi goreng jgk la konsepnya :D

    ReplyDelete
  5. grup..sedapnyaaa..blackpepper + cili memang lagi pedas tu :)

    ReplyDelete
  6. Nice nyaa.. bahan macam buat spageti ek...
    kalau makan macaroni....biasanya amek mac cheese

    ReplyDelete
  7. Dulu ada beli jugakk macaroni tapi my parents kurangg makan 😂. So tak beli lah

    ReplyDelete
  8. kt umh ni menu macaroni goreng tk brp tp kalo macaroni cheese kemain suka ankdara

    ReplyDelete
  9. Sedapnya, Fizah, macaroni goreng. Akak dah lama tak masak ni.

    ReplyDelete
  10. nmpak sedap. nasib baik kak fiza jenis thn makan pedas.

    ReplyDelete
  11. sedapnya
    akak kurang pedas tp ank bujang kalu menu camni memang nak pedas2

    ReplyDelete
  12. Macaroni cheese favorite saya hehehe. Teringat pulak housemate masakkan untuk kita yang demam hehehe. Yang bulan tu tak sempat tengok sebab hujan :') Tengok gambar gambar orang je dekat facebook dengan twitter huhuhu

    ReplyDelete
  13. xsempat jugak nk tgk gerhana bulan.. huhu..
    tgk gmbr bulan je.. cantik..

    sy goreng makaroni xpernah jd.. stress btol..
    jd xsedap nk mkn.. kena byk praktis lagi kot..
    blh try resepi ni.. hihi

    ReplyDelete
  14. sedapnya.. ada capsicum rasa dia jadi lagi la sedap kan

    ReplyDelete
  15. Aduh terliur tengok makaroni pedas Fiza. Boleh bayang berkali-kali tambah sambil hati berzikir sedap.

    ReplyDelete
  16. Tengok je dah tergoda. Fiza cakap terpedas lagilah double tergoda :)

    ReplyDelete
  17. Sedap dan menggoda. Kalau nk pedas suka tambah cili flakes. Ngamm mkn panas2 :)

    ReplyDelete
  18. Terpedas pun sedap je mengunyahkan Fiza.. hehehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.