Header Ads

Tak Dapat Mangga Lemak Muda, Dapat Apple Hijau Pun Jadilah

Fuuhh... kes baru Covid 19 semalam angka paling tinggi 6075! KKM jangkakan tak mustahil akan naik ke 8K Jun nanti. Huwaaa...bila nak habisnya? Sedang masing-masing leka, Covid 19 makin mengganas. 

Sekarang dah ada variant baru yang menjadi pembunuh senyap. Tak ada gejala semua. Tahu tahu positive Covid 19. Allahu..mintak dijauhkan lah. Aaminn...

Memikirkan hal Covid 19, automatik jadi stress dibuatnya. Terus mental jadi tak sihat. Entahlah sejak PKP2.0 PKP3.0 selera makan pun berubah tak macam PKP1.0 asyik makan dan makan. Sekarang makan kalau ada selera makan dan makan buah buahan je. 

Nasi dan lauk dah kurang makan. Sampai tak tahu lah nak masak apa. Sebab dah tak boleh masuk dengan masakan sendiri. Kena jarang jarang masak baru selera tu datang.

Lepas raya teringin nak makan jeruk mangga asam boi. Dok survey dan whatsapp seller yang pernah beli, tak ada stok katanya. Nak beli buah mangga lemak pun tak ada stok. Semua tak ada stok! Aduhaii menduga betul dia punya craving.

Last last tak dapat buah mangga lemak nak buat jeruk mangga asam boi, beli je lah apple hijau. Masam masam rangup ala ala mangga lemak gitu. Cuma mangga lemak kurang masam sikit cuma lebih kepada rangup dan sedap.

Apple Hijau Serbuk Asam

Tapi tak buat lah versi jeruk mangga asam boi letak cili potong dan asam boi. Potong buah apple hijau, taburkan dengan serbuk asam je. Pun jadilah kan. Tapi kalau buat  jeruk epal hijau asam boi pun sedap jugak sebenarnya.

Ye, tahu tak elok makan buah dengan serbuk asam tu. Tapi sesekali craving. Tak boleh bawa bincang betul selagi tak dapat. Bukan mengidam tapi mungkin juga stress.  Layankan tekak.

18 comments:

  1. tulah kadar kematian pun meningkat... tiap hari risau lagila bila pergi kerja nih...

    ReplyDelete
  2. Cikgu sekolah anak saya meninggal pagi tadi akibat covid-19. Dengar cerita semalam sedang PdPR dia pengsan dan meninggal di hospital.

    ReplyDelete
  3. scary kan latest data! Banyakkan minum air suam & ambil Vitamin C to support ye :)

    Time-time stress, memang syok mengunyah..hehe :P

    ReplyDelete
  4. Epal hijau tu, kalau buat overnight oat sedap juga, Fizah. :)

    ReplyDelete
  5. betul la tu..dulu 1.0 makan je kejenye..sekarang ni dok rumah pon kekadang sekali sehari je makan xde mood

    ReplyDelete
  6. ok k ret dah terbyg keMASAMan aple ijo ni heheh..
    klu dl, k ret cicah sket ngan garam kasi hilang masam...
    now mmg dah kurang makan apple ijo ni...
    seriously x tahan dengan kemasaman dia hehe

    ReplyDelete
  7. kalau cicah kicap sambal pun asyikkk ni..hihi..

    ReplyDelete
  8. Akak suka jus apple hijau letak asam boi. Biar pulak sampai asam boi kembang...sedap segar!

    ReplyDelete
  9. Arrr.. stress jugak niii... Mcm mcm betul Covid ni.. bertukar tukar ciri cirinya ek...

    ReplyDelete
  10. Sedap ni! Kalau buat jeruk macam jeruk mangga tu kan... letak cili api sikit... memang tak berhenti mengunyah:)

    ReplyDelete
  11. epal hijo mkn dgn serbuk asam sedap oiii.. masam2 masin.

    ReplyDelete
  12. Menakutkan sungguh Covid-19, makin mencanak naik jumlah kes.
    Epal hijau tu memang sedap tabur serbuk asam masin. Tak boleh berhenti makan tu kalau sudah terhidang.

    ReplyDelete
  13. sedapnyaaa mangga tuu :)

    tulaaa, sy ada dengar mungkin angka boleh capai 10k sehari.. seramm kan..

    ReplyDelete
  14. Serammmmm tengok angka kes saban hari. Bukan makin menurun, tapi makin meningkat. Ramai dahh mintak total lockdown macam pkp 1.0 harituuuu. Hmmmmmmm.

    Bab makan tu bagi saya okey je kalau makan sekali sekala kak fiza hehehe, bukannya kita melantak setiap hari :D

    ReplyDelete
  15. Betul stress fiza. Nk keluar rumah pun takut, teringat keselamatan parents dgn anak ni hanya Allah saja dpt menolongnya. Sedap tu epal hijau

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.