Header Ads

Hidangan Rendang Ayam Dan Nasi Impit Di Pagi 1 Syawal

Selamat Hari Raya semua. Bangun pagi solat subuh dan mandi sunat Hari Raya Aidilfitri. Sebelum solat sunat Hari Raya Aidilfitri, kita ikut sunnah makan dulu. Saya hidangkan rendang ayam dan nasi impit. Macam biasa rendang ayam masak awal untuk hidangan berbuka hari terakhir berbuka juga. Cuma nasi impit malam tadi baru merebus.

Ketupat segera a.k.a nasi impit segera. Ikutkan nak order ketupat daun tapi faham fahamlah nak raya semua orang dah order awal. Tak ada rezeki nak makan ketupat daun tu. Takpe, janji ada rendang ayam dan nasi impit pun okay dah.

Hidangan Rendang Dan Nasi Impit 1 Syawal

Tengah makan, jiran bagi nasi impit, rendang daging, beberapa potongan kek dan kuih apa pun saya tak ingat. Alhamdulillah... tak sempat nak ambil gambar sebab nak cepat makan untuk solat sunat Hari Raya.

Khutbah husband dah siap ambil dari interet. Khutbah raya tahun ni tentang virus Covid dan macam biasa berkaitan dengan silaturahim. Tahun tahun sebelum covid banyak khutbah tentang dadah dan sebagainya. Teks khutbah yang bagus untuk kita hadam.

Lepas solat barulah kita bervideo call dan sambung makan rendang dan ketupat lagi. Ada yang dah bertukar baju raya ke tu? Rasa macam nak sambung tidur je ni. Update lah dulu seketul dua entry. Macam biasa auto publish. Hiks~

Teringin makan kuih raya tapi esok lusa lah baru mencari. Hari ni nak keluar membeli memang taklah! Confirm ramai orang kat luar tu. Baiklah kita duduk rumah. 

17 comments:

  1. Eh mana baju raya? Teringin hendak tahu warna apa yang Fiza tidak suka.
    Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

    ReplyDelete
  2. Pohon pandan tumbuh melata,
    pohon serai hidup merumpun;
    jari disusun maaf dipinta,
    silap dan salah moga diampun.

    Selamat hari raya Aidilfitri
    Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  3. Ha ah la, Fizah belum reveal warna baju raya. Hehe.. sedapnya akak tengok rendang Fizah. Selamat hari raya ye. Maap atas salah silap akak.

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya Aidilfitri Fiza. Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  5. slmt hari raya kak fizah! sma la, hari raya ni mcm ngntok plak. pkai baju raya smpai tgahari je. pastu tukar & tido!

    ReplyDelete
  6. Salam aidilfitri fiza, maaf zahir dan batin…

    ReplyDelete
  7. Berlalu la sudah ramadhan, sebulan berpuasa
    Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira......

    Di mana pun kita, raya tetap raya..
    Salam Lebaran Fizah :)

    ReplyDelete
  8. Mak saya tahun ni takdak ayam rendang... ayam sambal jer.. tapi pastu ada beli rendang daging makan dengan lomang .. jadik ler dapat rendang.....

    ReplyDelete
  9. Akak pakai kejap je baju raya, rimas haha..

    Selamat Hari Raya Fiza.

    ReplyDelete
  10. Pagi raya punnnn kita bangun pukul 9 lebih hehehe, keletihannnnn bekerja malam raya :')

    ReplyDelete
  11. salam aidilftri sis maaf zahir batin..
    stay safe ya.

    jemput join GA di blog :
    https://www.sitiyangmenaip.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html

    ReplyDelete
  12. Juadah wajib di hari raya. Tak pernah lupa masakan tradisi turun-temurun.

    ReplyDelete
  13. saya panggil ketupat plastik hehehehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.