Ceria Aidilfitri

Ceria Aidilfitri, lagu raya terbaru Faizal Tahir, Zizi Kirana and Darmas baru je release di Youtube. Intro je dah rasa ceria dengar lagu ceria Aidilfitri ni. Antara lagu raya baru yang best. Ada diselitkan drama suasana nak sambut raya dalam muzik video rasmi Ceria Aidilfitri seperti dalam lirik. 

Tiba-tiba rindu dan terkenang suasana meriah persiapan nak sambut raya. Saya biasa ambil tugas pasang langsir dan kemas rumah. Tugas masak memasak serahkan pada kakak-kakak. 

Tahun ni, tahu tahu kita raya diperantauan je lah. PKP 3.0 is coming guys. Layan je lah lagu ceria Aidilfitri. Lagu sedih-sedih nak kemana. 

Ceria Aidilfitri lagu raya baru Faizal Tahir, Zizi Kirana & Darmas
tangkap layar muzik video Ceria Aidilfitri


Lirik Lagu Ceria Aidilfitri-Faizal Tahir, Zizi Kirana & Darmas

Verse 1
Riang bercampur hiba kian terasa 
Bila terkenang yang jauh di mata 
Ayah dan juga bonda sanak saudara 
Teman-teman lama yang ku tinggalkan 
Hai menjelang Hari Raya 

Chorus 1 
Oh Sungguh indah kenangan waktu di desa 
Suasana riang ria tak kira pagi atau senja 
Berdentam dentuman meriam memecah keheningan 
Anak kecil keriangan ceria di Hari Raya 

Verse 2 
Takbir berkumandang di pagi yang mulia 
Gema Tahmid memuji kebesaranNya 
Sebulan berpuasa mendidik jiwa 
Kini tiba masa ‘tuk meraikannya 
Selamat Hari Raya 

Bridge 
Di hari ini janganlah leka 
Usah lupa pada yang tiada 
Dan mereka yang memerlukan 

Chorus 2 
Hei, kanak-kanak datang berkunjung ke rumah 
Berpakaian baju baru warna warni sungguh indah 
Dengan wajah yang ceria menyimpan seribu makna 
Tidak makan pun tak apa asal dapat duit raya 
Hai selamat Hari Raya 
Hai selamat berhari Raya


Suka gila dengan dengan dekorasi dan suasana rumah dalam muzik video ni. Rumah kampung versi moden. 

14 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Kannn, PKP 3.0 coming soooon. Apa boleh buat kan kak fiza.
    Dengar lagu ceria je, lagu sedih sedih nanti buat potong mood pulak walaupun memang dah potong mood tak boleh balik raya kan :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasalnyaa. dengar dengar dah tu. hiburkan hati dengar lagu raya yang happy.

      Delete
  2. Tapi kan, lagu² lama hari raya juga yang sedap didengar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu memang kita tak boleh compare. Lagu legend tetap lagi best. cuma lagu baru ni antara yang best lah pada saya.

      Delete
  3. Sampai bilakah akan begini... Sedih tgk member yang x dpt balik merentas negeri ke kampung halaman.. hm.. Lagu ni sedap jugak rentak muziknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wallahualam...Semoga covid ni terhapus segera. Aaminnn
      ya, sedap jugak didengar :)

      Delete
  4. Ya ke PKP 3.0? Rasa lemah semangat hendak tahu laporan Covid. Tumpu pada Ramadan lagi seronok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tunggu pengumuman rasmi nanti kak. ye, fokus pada ramadan better kak. hari hari tak ada perubahan lemah juga dibuatnya.

      Delete
  5. suka lagu ni..semalam pun tengok juga kat youtube..part last tu budak2 tak sabar nak sambung main..hahahha

    ReplyDelete
  6. Tulah, nak amik cuti raya pun malas. Baik gi keje, malas fikir.

    ReplyDelete
  7. sekarang ni tak banyak lagu raya yang best2 tapi yang ni best di halwa telinga kita hehe

    ReplyDelete
  8. memang ceria lagu nyaaa. best jugak.hehe

    ReplyDelete
  9. Akak suka lagu ni. Tengok MV terus datang semangat raya hehehe

    ReplyDelete
  10. Dengar lagu raya yang sedap pun dah cukup happy walaupun keadaan tak berapa nak happy.... Raya musim PKP lagi krik krikkk

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال