Drama Ahli Bapak Bapak Club

Ahli Bapak Bapak Club, sebuah drama Gempak Original Series Astro Ria akan mula ditayangkan pada 19 Mei 2021, jam 9:30 malam di Astro Ria dan Astro Go.

Ahli bapak bapak club dibarisi oleh pelakon Aiman Hamim, Shiqin Kamal, Uyaina Arshad, Maria Farida dan ramai lagi.

Drama Ahli Bapak Bapak Club Astro Ria

DRAMA AHLI BAPAK BAPAK CLUB

Jumlah episod : akana dikemaskini
Mula tayangan : 19 Mei 2021
Waktu tayangan : Rabu, jam 9:30 malam
Siaran TV : Astro Ria
Pengarah : Tam Suhaimi
Produksi : Global Station Sdn Bhd

SINOPSIS AHLI BAPAK BAPAK CLUB

Mengisahkan tentang 3 orang lelaki berlainan watak dan cerita yang mempunyai masalah dan cabaran untuk menjadi seorang bapa. 

Hana : seorang influencer terkenal dan bekas isteri kepada Joe. Selepas berpisah dengan Joe, Penampilan Hana bertambah-tambah lawa. Adakah Joe rasa menyesal berpisah dengan Hana dulu?

Bob : berstatus seorang penganggur selepas syarikat tempat dia bekerja gulung tikar.  Akan tetapi. Bob terpaksa merahsiakan hal tersebut dari isterinya dan berpura-pura masih bekerja. Sampai bila Bob nak berlakon buat buat kerja?

Yem : Seorang cikgu dan isteri kepada Bob. Yem pula terpaksa menyara keluarga selepas Bob hilang kerja. Sampai bila lah Yem boleh tahan dengan Bob yang sebenarnya baru hilang kerja tu?

Nik Tan Abdullah : Seorang pakar motivasi yang berjaya. Dia seorang yang sangat penyayang dan  sentiasa tampil bergaya. Walaupun nampak macam seorang yang sempurna tapi Nik tak disukai oleh kedua-dua anak tirinya. Dapat ke Nik guna kebolehan yang dia ada untuk ambil hati anak tiri dia?

Fisha : Seorang jutawan kosmetik yang merupakan isteri kepada Nik dan ada 2 orang anak yang sangat disayangi. Tapi dibelakang Fisha, ada sesuatu yang terjadi antara Nik dan anak-anaknya di luar pengetahuan dia.

PELAKON DAN WATAK

  • Aiman Hakim sebagai Joe
  • Shiqin Kamal sebagai Hana
  • Uyaina Arshad sebagai Yem
  • Maria Farida sebagai Fisha
  • Steve Yap sebagai Nik
  • Luqman Hafidz sebagai Bob
  • Fizz Fairuz
  • Danish
  • Zailin Aqeesha

4 comments:

  1. Lama tak tonton lakonan Aiman Hakim. Dulu banyak masa menonton. Sekarang ni jeling-jeling jew tv.

    ReplyDelete
  2. Menarik kupasan cerita masalah bapa/suami dalam drama. Harap lain daripada lain.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.