Header Ads

Sejarah Kota A'Famosa Dibina Dari Runtuhan Batu Masjid, Makam Dan Istana

Kota A'Famosa, salah satu tempat paling popular di Bandar Hilir Melaka yang wajib singgah jika berkunjung di Melaka. A'Famosa merupakan bangunan seni bina Eropah  yang tertua tinggalan sejarah di Asia yang masih ada sehingga kini.

Sejarah Kota A'Famosa
Last singgah A Famosa, 2019. Lepas ni tak mungkin akan pergi lagi


Sejarah A'Famosa

A' Famosa dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. Terletak bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul.

Portugis menggunakan tenaga buruh paksa untuk membina kota ini yang berfungsi sebagai kubu sementara bagi menangkis serangan daripada orang-orang Melayu. Pembinaan kota A'Famosa ini mengambil masa lima bulan untuk dibina sepenuhnya.

Ramai buruh paksa yang meninggal dunia semasa dalam pembinaan akibat daripada cuaca panas dan kekurangan makanan.

Pembinaan Kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque menjadi lambang kepada penentangan penduduk Melaka pada ketika itu hingga memaksa mereka membina kota pertahanan sebaik sahaja menguasai bandar Melaka. Kota ini kemudiannya dimusnahkan oleh Inggeris pada 10 Ogos 1807.

Kota A Famosa bermaksud "Yang Termasyhur" dalam bahasa Portugis. Sebutan nama A Famosa seringkali disalah sebut. Sebutan yang lebih tepat ialah /Ι‘/ Famosa (bunyinya lebih kurang "ah")

Kota A'Famosa Dibina Dari Runtuhan Batu Masjid, Makam Dan Istana

Harini berlegar-legar di media sosial tentang Kota A'Famosa yang sebenarnya dibina daripada batu masjid, makan dan istana. Ada sumber lain yang mengatakan A'Famosa dibina daripada batu masjid dan kubur melayu.

Fakta tentang pembinan A'Famosa 

1. Menurut, Munsyi Abdullah (1849),Tembok kota Melaka yg dibina daripada batu telah dihancurkan British sekitar tahun 1820an. Ia dihancurkan kerana British risau kekebalan tembok itu jika dikuasai musuh kelak.
2. Sebahagian pakar sejarah memberikan pandangan bahawa kewujudan tembok kota Melaka sebenarnya dibina pada zaman kesultanan Melaka lagi. Pihak portugis hanya membina gerbang yg baharu dan gereja di atas bukit.
3. Hal ini terbukti, terdapat kesan2 takik di jata yg berada di depan dan belakang gerbang mempunyai ukiran seakan-akan keris yg disilang tarakol (sejenis pistol Melayu). Dan sangat mustahil sebuah kota yg ampuh dan kebal mampu disiapkan kurang setahun walaupun dikerah seluruh orang Melaka membinanya. Melaka ditakhluk sekitar Ogos 1511 dan serangan balas dibuat sekitar awal 1513.
4. Diceritakan org2 tua Melaka, ketika istana Melaka dibakar Portugis, api yg membakar istana mengambil masa satu minggu untuk menghanguskan istana dan cahaya apinya kelihatan sehingga ke seberang (Dumai).
5. Dalam catatan Alfonso, mereka memang menggunakan runtuhan2 batu dari makam pembesar, raja, ulamak, dan istana sebagai bahan membina gerbang dan gereja.
6. Namun, bukan gerbang itu yg dipersoalkan tetapi bekas gereja St Paul itu yg patut dirobohkan kerana itu lah kawasan sebenar istana dan Masjid Agung Melaka.
7. Lima orang Raja/Sultan pernah Syahid ketika peperangan merebut Kota Melaka iaitu
   i. Tengku Raja Ahmad Shah Ibni Sultan Mahmud Shah. Putera Mahkota Kerajaan Melaka (1511) - (Melayu)
   ii. Raden Yunus menantu Sultan Ageng Raden Demak - Tengku Mahkota Kerajaan Demak (Jawa) berserta dua puteranya. - (1521)
   iii. Raja Haji Fisabilillah - Tengku Mahkota kerajaan Riau Lingga (Bugis) - 1784.
8. Ketika mendengar kota Melaka ditawan oleh Portugis, maka terpacul dimulut Sultan Demak:

Kalau roboh kota Melaka,
Papan di Jawa kami dirikan,
Kalau sungguh bagai dikata,
Jiwa dan badan kami serahkan.

9. Ketika Raja Haji ditemukan syahid, tangan kanan beliau masih memegang kitab Dalail Khairat (kitab selawat) dan ditangan kirinya badik pusaka milik keluarganya.
10. Bagi menghina kemangkatan Raja Haji, Belanda telah meletupkan 21 das tembakan meriam atas bukit St Paul sbg tanda kemenangan. Abdullah Munsyi, menceritakan penghinaan terbesar adalah diatas makam Raja Haji dibina kandang babi. Lalu org Melayu telah menyelamatkan jenazah almarhum (masih utuh) dan dihantar ke kg baginda.
11. Sepanjang peperangan merebut kota Melaka, orang Minangkabau dibawah pimpinan Naning banyak menyerang dari bahagian daratan.
12. MCA membantah penukaran nama Bukit St Paul kembali kepada Bukit Seri Melaka. 

KITA SEPATUTNYA MENYOKONG PERTUKARAN NAMA Bukit St Paul kepada BUKIT SERI MELAKA.
Beritahu Anak-anak & Cucu-cucu kita. BUKIT INI IALAH ; BUKIT SERI MELAKA,. Bukan Bukit Saint Paul. Mereka itu PENJAJAH YG CUBA MERUNTUHKAN KEGEMILANGAN KESULTANAN BANGSA MELAYU DAN KESUCIAN AGAMA ISLAM.

13. Sunan Ampel (ketua wali songo) adalah ulamak besar Nusantara yg mula2 mengistiharkan jihad untuk merampas semula kota Melaka.
 
Ketika pimpinan lemah dan mempunyai para pembesar dari kalangan pembelot maka tuhan menghukum Melaka selama 446 tahun. Namun, selama 446 tahun itu bangsa Melayu tidak duduk diam untuk menebus maruah mereka dan menegakkan kembali agama Allah.

Kalau nak jatuh, jatuhlah nangka,
Jangan ditimpa si batang pauh,
Jika kerana agama, bangsa dan negara,
Hamba sanggup berkecai tubuh.

Wallahuallam.

Untuk penerangan terperinci dan lebih jelas lagi, boleh tonton JEJAK RASUL 2021 pertama kali di Malaysia di TV3 Pukul 6 Ptg Ini, 7 MAY 2021


Artikel di atas dikatakan fakta yang tidak berapa tepat. Banyak fakta mengelirukan kata En. Fairus, Penolong Kurator (PERZIM). Untuk baca kisah sebenar boleh rujuk artikel : Kedudukan kubu A'Famosa yang sebenar.

23 comments:

  1. Maaf. Fakta tersebut tidak berapa tepat. Banyak fakta mengelirukan. Ramai dah keliru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya? Ada pautan yang boleh saya rujuk untuk pembetulan :) Terima kasih

      Delete
  2. Sejarah ni tak berapa tahu sgt. Masih berdiri hingga sekarang. Bahan2 yg bermutu nk bt a famosa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejarah ni banyak kisahnya yang kita tak tahu :)

      Delete
  3. haah, baru ptg tadi tertgk kat tv3 psl sejarah bukit melaka nih., ;p

    psl serangan portugis hingga bertempiaran pembesar2 negeri termasuk tun teja ke merlimau dan bendahara Tepok yg sudah tua dan ketika mandi di sbtg sungai terasa segar amatlah badannya n menamakan tempat itu Segamat. Wallahualam. ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah dah tengok ye. Bagus wak :)

      eh eh tetiba termasuk Segamat pulak. Cerita benar ke tipu tu? :p

      Delete
    2. sejarah segamat ada kat wikipedia nih:
      https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Segamat

      Delete
  4. ADa juga terbaca di media sosial baru-baru ini. Jika benar, memang sangat sedihlah.

    ReplyDelete
  5. binaan penjajah tidak sepatutnya menjadi kebanggaan

    ReplyDelete
  6. Ada juga terbaca beberapa orang berbahasa mengenai ni di twitter. Tak tahu mana satu fakta yang betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Point utama dia tentang pembinaan tu lebih kurang.

      Delete
  7. Bestnya dah menapakkan kaki ke situ..ntah bila lg kan dpt ke sana hihi..apapun nice sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat boleh lah sampai. tapi lepas tahu ni, rasanya itulah last kot.

      Delete
  8. Wow.. lama tak baca Sejarah.. dulu suka subjek Sejarah.. sampai pilih tempat belajar pun kat Melaka...Bila sebut A Famosa..teringat pasal Alfonso de Albuquerque gitu.. nama unik. hohoo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak tak berapa suka sejarah. tapi nama nama yang pelik tu ingatlah juga :)

      Delete
  9. Melaka bandar warisan . CCL belum bepeluang jejak kaki lagi kt bandar melaka . Bila lah covid akan berakhir

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah one day akan sampai juga di Melaka. Mudah mudah ada rezeki jejak Melaka banyak tempat menarik :)

      Delete
  10. http://fairusmamat.blogspot.com/2021/05/kedudukan-kubu-famosa-yang-sebenar.html?m=1

    Boleh lihat posting terbaru saya untuk menambah pencerahan. πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ

    ReplyDelete
  11. Fakta baru saya tahu dikatakan dibina atas runtuhan masjid.

    ReplyDelete
  12. pening jugak baca ni..kena amek masa teliti betul2..and ada yang kata faktanya kurang tepat ek..ok nanti study lagi!

    ReplyDelete
  13. info menarik..banyak x tau bab2 ni..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.