Header Ads

Pergi Shopping Raya Tapi Kena Halau

Lepas berbuka nanti kita pergi AEON Nilai nak tak? Nak shopping baju raya kat Uniqlo. Menyatakan hasrat pada si suami. Sebab tengok baju melayu Uniqlo tengah value buy sekarang ni. Apa lagi, jangan lepaskan peluang yang ada.

Seusai solat maghrib, siap siap dan terus gerak ke AEON Nilai. Sejak petang semalam hujan lebat dan masa perjalanan masih lagi hujan renyai. Lambat sikit perjalanan nak sampai ke AEON Nilai. Mujur lah kenderaan tak banyak kat jalan raya tapi AEON padat dengan kenderaan. Sampai lebih kurang pukul 9 malam macam tu.

Masuk entrance, terlebih excited pulak dengan scan temperature dia siap ada screen camera lagi. Nampak sangat jakun dah lama tak keluar. Haha..

Masuk je terus bergegas ke store Uniqlo. Pengunjung tak ramai, staff sedang sibuk kemas-kemas. Tapi kena beratur daaa..Dia limit pulak hanya beberapa orang je boleh masuk. Jadi, kenalah tunggu sementara mereka yang di dalam siap shopping.

Tak lama tu dapatlah masuk. Ehhhh...kena scan My Sejahtera dulu. Baru nak membelek-belek, Uniqlo announce lagi 15 minit nak tutup. Ahhh sudah, apa nak beli ni? Kelam kabut lah mencari apa yang nak dibeli. Dapatlah 3 items. Dah macam main game siapa cepat dia dapat pulak. kwa kwa kwa..

MEN Batik Motif Short Sleeve Shirt-Uniqlo
berkenan tapi tak sempat nak belek dan usulkan pada husband


Hamekkk, nak sangat shopping di malam hari. Dah ambil items yang nak dibeli, baru nak belek lagi staff dah suruh pergi kaunter bayar. Sekali lagi kwa kwa kwa lah kat situ. Wat lek wat peace boleh tak?

Mendapatlah dia bila shopping dalam keadaan macam tu. Tak sempat tau nak membelek dan memilih. Tahu tak perempuan ni complicated nak memilih. Ini lah pertama kali buat keputusan tanpa berfikir. Ambik je mana tercapai. Tapi memang nak beli yang tu pun. Cuma tak puas hati tak boleh nak compare dan memilih.

Keluar dari store Uniqlo, banyak store dah tutup. Tak sempat lah nak cuci mata lagi. Sempat masuk watsons je nak restock skincare dan sunscreen. Nak jalan-jalan dalam mall tu jangan haraplah. Pak Guard pun buat muka ketat dah tu.

Shopping @AEON Nilai

Confident sangat AEON tu tutup lambat. Sekali, belum sampai waktu dah kena halau keluar. Aduhaiii...Tak tahu nak gelak ke nak kesian entah.

Nak shopping baju raya online macam tak sempat je. Lagipun macam kurang feel pulak shopping online last minit ni. Pos laju pun kata kalau barang nak sampai sebelum raya kena shopping sebelum tarikh ditetapkan.



15 comments:

  1. Mereka ikut SOP lah tu. Taknak orang keluar dari mall lambat. takut nanti kena kompaun RM50K. 😅

    ReplyDelete
  2. Kalau shopping kat kadai fizikal senang nak tengok mana yang berkenan plus sales apa yang ada kan. Tapi terpaksa jugak shopping online sebab nak elak tersebarnya covid nih.

    ReplyDelete
  3. sekarang ni semua tempat tutup awal.. klu nak shopping kene pi siang lah nampaknya. saya pon x shopping lagi, mood shopping tak mai lg

    ReplyDelete
  4. Harap baju yang Fiza ambil itu ok. Baru tahu Uniqlo ada jual baju Melayu. Selalu akak ingat kedai itu jual baju musim sejuk dan baju kasual.

    ReplyDelete
  5. Dapat jugalah 3 item yang dikehendaki ye Fiza. Kita pun jadi kelam kabut kalau dah ada amaran nak tutup kedai hihihiii. Rembat jew mana yang dapat. Kalau tak ambil takut nanti datang lagi dah habis!

    ReplyDelete
  6. Baru tahu jugak yang uniqlo pun ada baju melayu.. value buy pun mesti mahal jugak eh hahah

    ReplyDelete
  7. Tak bestnya shopping laju laju ni. Nak buat comparison pun tak senang kan kak fiza, tapi harap harap okay lah baju yang dibeli tu. Kalau salah, boleh tukar ke kak fiza?

    ReplyDelete
  8. Hehehe k ret pun x soping lg.. Cam xde mood je hahaha

    ReplyDelete
  9. Mereka pun patuh SOP
    takut kena saman

    ReplyDelete
  10. kelam kabut la kejab yer...

    ReplyDelete
  11. ikut SOP...tahun tahun sudah... dekat nak raya AEON tutu pukul 11

    ReplyDelete
  12. Tak puas membeli ye, Fizah, kelam kabut gitu.

    ReplyDelete
  13. perempuan mmg kena time unlimited utk shopping kan.. bukan senang nak memilih

    ReplyDelete
  14. penah jg kena mcm ni... mmg kelam kabut dibuatnya... pastu cuak sorg2 kt parking hahahah...disebabkan x puas hati esoknya dtg lg hahahaa

    ReplyDelete
  15. Tak pernah try beli kat Uniqlo.. huhu..
    Tapi this year... hm..daerah sy PKP pulok raya ni...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.