Total Lockdown Fasa Pertama Bermula 1 Jun 2021. Bila Je Tak Panic Buying

Sedia maklum 1 hb bulan akan berkuatkuasa total lockdown fasa pertama seluruh negara bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021. Pagi pagi lagi dah banyak kenderaan keluar. Paling tak menahan Trafik sesak di laluan tol gombak menghala Bentong dan tol Sungai Besi menghala ke selatan. Nak kemana tu?

Sana sini orang panic buying. Rasanya akan sesak lah orang membeli barang keperluan hujung minggu ni. Bila je tak panic buying ni? Agak agak bila orang tak ramai ek? Ikutkan nak pergi beli barang keperluan harini. Tapi terpaksa tangguh dulu lah nampaknya.

Total Lockdown Fasa Pertama Bermula 1 Jun 2021 Panic Buying
sumber : KPDNHEP


Ada barang yang dah hampir habis. Bawang, telur, cili api, telur antara barang dapur wajib ada tu. Sos cili dah 2-3 kali rasanya husband nak beli tapi tak ada. Terpaksalah guna sos cili yang percuma beli KFC,McD, A &W tu. Mujur gak simpan dan belum expired.

Sabtu ahad ni mesti ramai orang, kan? Cakap dengan husband, nanti-nantilah beli barang. Masak apa yang ada je lah dulu. Risau betul nak keluar pun bila semua pakat panic buying. Kalau ikut SOP takpe gak. Ini dengan kedai pun tak ikut SOP lagi parah.

Tunggu lah reda dulu. Takpun pergi kedai Acheh kalau urgent sangat dan tak sesak. Peniaga pun, jangan memandai naikkan harga barang pulak. Tahulah semua orang terdesak tapi janganlah ambil kesempatan atas kesusahan orang lain demi keuntungan sendiri.

Ada bajet lebih boleh buat pembelian barang dapur online, ada 7 aplikasi penghantaran barangan termurah di Malaysia yang boleh dipilih. Mudah dan selamat. 

21 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Selagi ada perkataan "KECUALI" memang bukan total lockdown le.. Tengoklah nanti, berapa banyak sektor buka. Wallahualam.

    ReplyDelete
  2. Beli time hari biasa je Fizah. Saya pun curi masa macam tu. Harap sangat PKP kali ni menjadi. Buat betul-betul

    ReplyDelete
  3. Tak dapat nak bayangkan dua hari ni, mesti penuh orang kat kedai dan pasar raya.

    ReplyDelete
  4. itulah kan...takyah panik, walaupun lockdown, masih boleh keluar gi beli barang2 dapur..

    ReplyDelete
  5. kann. mesti ramai yg panic buying tu. huhu

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Syukur isytihar Lockdown. Sekarang ramai yang keluar berbelanja. Kena lebih berjaga-jaga juga sebenarnya.

    ReplyDelete
  7. marilah kita terus tenang dan lockdown kendiri

    ReplyDelete
  8. Highway sesak sebab orang balik kampung, hantar anak kot. Sekolah kan cuti, takde PdPR. Yang rentas negeri tu kan, ada surat kerja. Sabor je la. Camanala kes nak turun. Pantang cuti je, balik kampung.

    ReplyDelete
  9. Nasib baik akak sudah beli semalam. Tidak ramai orang pun.

    ReplyDelete
  10. Semua risau tak cukup bekalan atau tak boleh keluar beli barang?

    InsyaAllah stok tak putus.

    ReplyDelete
  11. Memang ramai yang panic buying. Kami, seperti biasa. Taklah kelam kabut berebut membeli, duduk saja di rumah hehehee.

    ReplyDelete
  12. Akak pun cakap kat suami, barang kita beli nanti-nanti jelah. Bukan tak boleh keluar pun bila total lockdown. At least, sorang mesti boleh.

    ReplyDelete
  13. lockdown lagi, jom perangi covid.

    ReplyDelete
  14. Tengok gambar gambar orang share, memang ramai sungguh beratur nak membeli kannnn.

    ReplyDelete
  15. Takut nk membeli. Nasib tak panic buying sbb stok barang mencukupi tak perlu gelabah. Relax kan lebih baik

    ReplyDelete
  16. husband order online je kt aeon..brg dh ready , drive thru utk pick up

    ReplyDelete
  17. Saya kerja je cam biasa, waktu kerja pun also macam biasa... Sebab essential yang dibenarkan gitu... takleh work from home.. huhu

    ReplyDelete
  18. sy tak panic buy..tp berbelanja jugak untuk hujung mggu tu.huhu

    ReplyDelete
  19. sib baik la aida ni jenis brg, memang more than 1.
    kalau tak pkp pun, beras & minyak masak, mesti ada extra yg belum dibuka, fiza.
    so, tak pernah panic buying. sentiasa bersedia gitew ha ha ah ha...
    sejenis yg memang malas nak gi kedai selalu :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال