Header Ads

Rendang Ayam Daun Puding Kuala Pilah

Pertama kali makan rendang ayam daun puding lepas kahwin dengan orang Kuala Pilah. Mulanya pelik jugak mak mentua masak rendang ayam dengan daun puding. Boleh pulak saya tak percaya letak daun puding. Ingatkan bergurau rupanya betul-betul daun puding. 

Tak ke pelik daun puding tu letak dalam rendang.

Daun puding bukanlah sebarang daun puding hiasan. Daun pokok puding belacan namanya. Warnanya seperti ungu gelap atau merah gelap. Bila dimasak bersama rendang, daun puding akan bertukar menjadi hitam. Tapi dia tak menukarkan warna rendang ayam pun. Bukan macam luntur warna. Tak!

Rendang ayam daun puding ni trademark rendang orang Kuala Pilah. Kiranya resipi rendang ayam daun puding ni tradisi masakan rendang orang Negeri Sembilan lah ye macam tu.  Lain tempat, lain dia pun keistimewaan dia.

Antara masakan rendang yang diletakkan daun puding :
  • rendang ayam tua/pencen daun puding
  • rendang itik daun puding
  • rendang daging dauan puding.

Daun pokok puding belacan dikatakan dapat menambahkan keenakan rendang juga menaikkan aroma masakan rendang itu sendiri. Secara tak lansung, menjadikan hidangan rendang tu berbeza dengan rendang biasa kita nampak.

Saya tak pasti aroma dia macam mana sebab kalau balik kampung, tahu tahu mak dah siap masak. Tak pulak saya cuba petik dan bau daun puding tu macamana. Bila taip entry ni baru teringat nak cuba bau. Padahal pokok tu ada je dok situ tak pulak rasa nak petik daun puding tu. Ish ish ish...

Semalam husband sempatlah balik kampung meracun semak tepi rumah yang dah meninggi diri. Nak raya nak kemas-kemas. Kononnya dapat lah beraya kat kampung. Sekali rentas daerah pun tak boleh. Terkubur macam tu je perancangannya.

Mak mentua pun ada masak rendang ayam daun puding. Dapat jugalah merasa sebelum tibanya raya. 

Sebenarnya tak raya pun mak mentua selalu masak rendang. Cuma kadang tu tak campur daun puding. Saya pun selalu juga masak rendang ayam style Johor campur daun kunyit. 

baca juga : resipi rendang ayam campur daun kunyit

Cara masakan dan bahan-bahannya lebih kurang sama dengan rendang biasa. Yang istimewanya tu letak daun puding. Rasa rendang pun sedap dan bila makan daun puding tu macam makan sayur. Dia tak rasa kelat ataupun pahit.

Mungkin saya sejenis yang dah biasa makan sayur kot. Yang tak suka sayur mungkin akan ketepikan daun puding. Mula mula tu saya fikir macam untuk sedapkan masakan atau perhiasan je. Rupanya bila makan sedap pulak dikunyah.

Jodoh dengan orang Kuala Pilah, dapatlah merasa rendang ayam daun puding ni. Kalau tidak, tak tahu pun kewujudan rendang ayam daun puding. 

29 comments:

  1. Sedap kan,..akak memang selalu guna daun puding ni...sedap...

    ReplyDelete
  2. Tak pernah makan rendang ayam letak daun puding walaupun saya orang nisimilan. Sedap eh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye? kena cuba kalau jumpa rendang daun puding. Sedap :)

      Delete
  3. memula saya baca rendang ayam daun pudina.. tenung punya tenung daun puding rupanye. biar betul...

    tp kalau sedap ape salahnye kan... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..sekali baca macam pudina ye. betul memang daun puding. tapi yang boleh dimakan lah :)

      Delete
  4. Haha betul tu belah2 pilah je yg makan daun puding ni.. Belah2 k ret area rembau, femes ngan pucuk ubi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh pucuk ubi pulak eh belah sana. Tak jumpa lagi rendang campur pucuk ubi.

      Delete
  5. Pernah makan kat kedai di Pilah. Akak tanya penjual, dia kata Rendang Daun Puding. Akak pelik, tapi tengok rupa taulah bukan pokok puding hiasan tu...hehe. Memang sedap je takde rasa pelik daun tu. Rindu sungguh nak g makan-makan kat Pilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari segi menu agak pelik tapi rasa dia tak pelik. Sedap! Nanti akak balik nismilan boleh JJCM :)

      Delete
  6. menarik..tak pernah rasa lg rendang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalaau beraya belah pilah, kot ada boleh cuba rasa :)

      Delete
  7. Assalamualaikum, wah ni first time tahu ni.. nampak menarik...

    ReplyDelete
  8. Daun puding ? Dimasak bersama rendang ? Sedap tak ? Sebab first time dengar daun puding boleh dimasak

    ReplyDelete
  9. Aduhai.. Dengan teknik angkat gambar sedemikian rupa, lagi bertambah meluap-luap nafsu nak makan.. Hihi

    ReplyDelete
  10. Samala, saya pun tak tau. Sama macam Fizah la, stail Johor bubuh daun kunyit

    ReplyDelete
  11. Tak pernah lagi guna daun puding belacan ni untuk rendang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh cuba wak kalau nak rasa :) wak ada tanam ke puding belacan?

      Delete
  12. Biasa juga dengar rendang dengan daun puding tapi belum pernah rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada pokok puding tu bolehlah kak amie cuba masak dan rasa :)

      Delete
  13. sedap nih..thn ni ngidam yang ni jugak tp xde rezeki..makcik yang biasa kitorg order dari pilah tu dah meninggal..dia masak memang sedappp Alfatihah utk makcik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. AL fatihah buat arwah. Semoga ada rezeki akak merasa rendang yang sedap juga nanti. Aaminn...

      Delete
  14. Nampak menarikkkk rendang ayam masak pudingg. Tak pernah makannn pulak.

    ReplyDelete
  15. Akak tidak pasti pernah makan rendang dengan daun puding. Pasti akak pernah makan dengan pucuk laku atau daun maman.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.