Nasi Ayam Bowling & Laksa Johor Selera Johor

Alahaiii pasal laksa pun boleh buat gaduh satu Malaysia. Kenegerian sungguh lah. Kita kan satu Malaysia. Laksa Johor viral di facebook gara-gara seseorang ada komen dalam satu pos resipi masakan kalau tak silap.

Kalau tak ada ikan parang, guna ikan tenggiri. Jangan jatuhkan standard kami orang Johor dengan menggunakan ikan kembong atau selayang. Itu standard orang utara atau pantai timur

Disebabkan satu komen ni, tak pasal pasal buruk nama orang Johor je. Haishhh..akak oh akak, buat malu orang johor je tau! Memanglah resipi laksa Johor original guna ikan parang. Tapi zaman sekarang, ikut selera dan bajet masing-masing. 

Guna je lah ikan apa-apa pun janji kuah laksa Johor tu pekat dan sedap ikut selera sendiri. Tak ada lah sampai jatuh standard pun kannnn...

Resipi laksa Johor ni dah pelbagai kot. Ada resepi laksa Johor tuna, laksa Johor ikan tenggiri, resepi laksa johor guna sardin tin. Sesetengah orang mempersoalkan laksa Johor guna spaghetti. Nak tahu kenapa, silalah baca sejarah laksa Johor. Kalau nak tahu lah.

Itulah dia keunikan laksa Johor. Selain uniknya menggunakan spaghetti, cara makan laksa Johor pun berbeza, makan pakai tangan lagi sedap katanya. Tapi saya tak pernah guna tangan pun. Makan je guna sudu dan garfu. Even boleh je makan guna spaghetti. Masih tak jatuh standard pun.

Kalau nak ikutkan betul-betul resipi laksa Johor original, ada cara potong timun laksa johor dan ada cara gulung spaghetti laksa Johor yang betul khas untuk laksa Johor. 

Okay selain tu, yang buat laksa Johor ni berbeza dari laksa yang lain. Wajib ada sambal belacan laksa Johor. Kalau tidak, tak laksa Johor lah nama dia. Okay done membebel.

Disebabkan kau orang dok sebut sebut laksa Johor terus rasa teringin. Makanya hari ni terus order laksa Johor Selera Johor. Alang-alang dah order Laksa Johor, order sekali lah nasi ayam bowling yang sedap itu. 

Dah kali keberapa dah order dari Selera Johor. Sebelum ni pernah order nasi ayam bowling dan mee bandung Selera Johor. Selera Johor ni ada 4 je menu dia.
  • Laksa Johor
  • Mee rebus Johor
  • Mee bandung Muar
  • Nasi Ayam Bowling

Mee rebus je belum pernah order lagi sebab dok asyik ulang order nasi ayam, mee bandung dengan laksa Johor je. Terlajak laris semua menu ni. Lambat order sikit memang tak dapatlah. Tak nak kempunan, saya order awal.

Saya order 2 bungkus nasi ayam bowling untuk lunch dengan husband dan sebungkus laksa Johor untuk makan petang kongsi berdua. 

Laksa Johor Selera Johor

Saiz portion dia standard lah pada saya. Tak banyak tak sikit. Bolehlah buat kenyang perut senang hati. yang bagusnya dia asingkan potongan timun, potongan bawang, taugeh dan sambal dengan spaghetti untuk elakkan cepat basi. Taugeh, timun dan bawang fresh. Baru sedap makan.

Laksa Johor Selera Johor


Nasi Ayam Bowling Selera Johor

Portion nasi ayam bowling pun standard juga. Tak kurang tak lebih. Kira cukup mengenyangkan juga. Potongan timun dan lobak merah yang fresh rangup. Sambal dan kicap pun diasingkan siap seal sekali untuk elakkan tumpah. Ayam dia sedap cuma kalau ada bahagian tulang macam bahagian kepak ke lagi sedap. 

Bahagian isi sahaja memang untung tapi itulah kurang gemar makan ayam isi sahaja. Lupa pulak nak letak note. Next time order kena letak note nak bahagian kepak je. Itupun kalau dapat. Dapat bahagian kepak yang saiz comel menyesal pulak nanti. kan!

Bersyukur je lah dapat bahagian apapun, janji ada rezeki makanan tu. Banyak bunyi pulak.

Nasi Ayam Bowling Selera Johor

Rezeki order awal harini, dapatlah guna voucher foodpanda diskaun RM7. Kena rajinlah belek voucher dan nasib-nasib lah kalau dapat gunakan voucher tu. Kadang tak dapat guna sebab invalid. Siapa cepat dia dapat dan ada limit time juga. 

Dapat free RM7 kira free lah nasi ayam satu bungkus. Alhamdulillah. Macam biasa kedua dua menu dari Selera Johor tak pernah mengecewakan selera tekak orang Johor ni. Harga pun masih berpatutan lagi lah. Dah jumpa tempat sedap, tempat tu je lah kita order. 

Nasi Ayam Bowling RM7
Laksa Johor RM8

29 comments:

  1. kelakar pulak bila tengok diorang bertekak pasal laksa haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasalnya. pasal laksa pun boleh buat gaduh. ish ish ish

      Delete
  2. kan...terbaca jugak. ntah apa2 tah..pasal laksa pun nak gaduh2. saya pun dah order laksa johor utk esok.. he he he..

    ReplyDelete
  3. oh. patutla viral kes laksa dan ikan. rupanya sbb ayat org komen tu ke?? Kami suka je semua laksa dalam malaysia ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, disebabkan ayat berbaur kenegerian dan keikanan tu lah punca dia. huhu

      Delete
  4. akak tak pernah makan laksa johor dengan tangan, payah nak sudu kuah nya la bagi akak...
    akak ni semua laksa suka, nape la makcik tu tulis gitu kan... tak baik betul tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita. tak pernah makan guna tangan sebab tak biasa. kena guna sudu garfu gak. Itulah tak fahamnya..riak betul kata katanya.

      Delete
  5. Hahahah... ini bukan laksa yg viral tu kan :p
    apa pun org tua2 cakap, kerana mulut badan binasa...."

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..bukaannnn.
      Tahu takpe, sebab mulut badan binasa.

      Delete
  6. COP, kita konpius jap... selera JOHOR ni ada kat seremban ke?
    bukan kedai dia kat larkin je ke? Ke ada cawangan lain eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pasti kak. Tak pernah tahu ada selera johor yang johor tu. ini pun saya jumpa dalam apps foodpanda. sebelum ni tak pernah tahu kewujudannya :)

      Delete
  7. Selamat hari raya!

    Jom join Giveaway Raya 2021 - Duit Raya by Bola Katok.

    https://bolakatok.blogspot.com/2021/05/giveaway-raya-2021-duit-raya-by-bola.html

    ReplyDelete
  8. Akak baru tahu laksa Johor guna ikan parang. Akak pun main makan laksa Johor tanpa tahu guna ikan apa.
    Macam-macam isu remeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikutkan begitulah. saya pun kalau makan tak dapat detect pun ikan apa. janji sedap. tak pernah lagi masak laksa johor. itulah macam macam isu viral.

      Delete
  9. kalau la boleh delivery sampai bandar penawar...teringin nak merasa jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cari kat area sana kak. tak pasti yang ni ada cawangan ke x

      Delete
  10. Senyum-senyum jew baca orang bertelagah pasal laksa Johor.

    ReplyDelete
  11. saya lebih suka laksa johor dari laksa utara.. heheheh

    ReplyDelete
  12. Ooo, baru tahu, apa yang viral pasal laksa ni. Merata-rata orang dok sebut laksa. Pasal ikan yang digunakan rupanya. Hehe..
    Akak suka laksa Johor, Fizah. Sedap. :)

    ReplyDelete
  13. kannn..lawak betul la netizen yang pasal makanan pun nak gaduh..kita satu Malaysia kot..

    akak semua makanan asalkan halal dan sedap akak makan..kita merasa je semua makanan tradisi mana-mana negeri pun..baru la orang Malaysia..gituuu..hihi

    Lama tak makan laksa Johor..taktau la bila pulak dapat makan tah..

    ReplyDelete
  14. Saya Johorean, tapi kurang minat Laksa Johorr.. lagi suka laksa penang.. Huhu... Bagi sy baru meriah ada orang orang camni.. Hahahhaah.. Tapi yela.. bawak nama Johor pulak... malu kejap..

    ReplyDelete
  15. Akak mula-mula confuse apahal orang sibuk sebut pasal laksa? Hahaha pasal ikan pun jadi gaduh... yang akak tahu semua jenis laksa akak suka :D

    ReplyDelete
  16. memula sy x fhm juga apsal laksa bleh trending. bila dah tahu cerita sbnr nya jd kelakar laa pulak hahahaha mcm2 laa org malaysia...

    tp bla bc status YDPA tunku azizah, sng je jwpn nya...tumis elok2 pakai laa ikan apa. sure sedap dan menjadi

    ReplyDelete
  17. Tak pasal pasal kena kecammmm akak laksa tu huhuhu. Apa boleh buat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak bicara, kecam lah jawabnya :')

    ReplyDelete
  18. Pasal kuah laksa pun nk jd isu. Hahaha.. ikan apa pun boleh bt janji ikut selera masing2

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.