Telefilem Rabak

Rabak, sebuah telefilem melayu sempena raya lakonan Khatijah Tan, Fadilah Mansor, Dato' Adi Putra, Izzue Islam dan ramai lagi. Ditayangkan pada 21 Mei, Jumaat jam 10:00 di TV3. Telefilem Rabak diarahkan oleh Feroz Kader.

Telefilem Rabak TV3

TELEFILEM RABAK

Waktu siaran : 21 Mei 2021 (Jumaat), jam 10:00 malam
Siaran TV : TV3
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : FJ Pictures Sdn Bhd

SINOPSIS RABAK

Polis telah menangkap dua warga emas yang merupakan adik beradik iaitu Syakimah dan Rabiah di atas kesalahan membunuh. Berita itu telah mengejutkan seluruh Malaysia. Kes pembunuhan menjadi sensasi dan mendapat liputan meluas media di Malaysia.

Mereka berdua (Syakimah, 58 tahun & Rabiah, 56 tahun) dituduh atas kesalahan membunuh Malek iaitu suami Syakimah yang suka menderanya. Kes ini telah mendapat perhatian seorang peguam yang bernama Azri.

Azri ingin membantu menuntut bela untuk kedua adik beradik ni tanpa mengenakan apa apa bayaran. Azri juga mahu kes ini mendapat perhatian umum. Akan tetapi, Azri gagal dan adik beradik tersebut telah dijatuhkan hukuman penjaran 10 tahun atas kesalahan membunuh tanpa niat.

Rabiah mula jatuh sakit semasa menjalani hukuman penjaraa. Akhirnya dia meninggal dunia. Apa yang terjadi menambahkan derita Syakimah. Dia mula terfikir tentang anaknya yang tidak dipedulikannya sejak 30 tahun lalu.

Syakimah meminta tolong penguam Azri untuk mencari anaknya itu.

PELAKON RABAK

  • Adi Putra
  • Khatijah Tan
  • Fadilah Mansor
  • Izzue Islam

16 comments:

  1. Terlepas waktu tayangan.
    Menarik cerita tentang pembunuhan tanpa niat 2 orang wanita warga emas.

    ReplyDelete
  2. wahhh pelakon2 hebat������

    ReplyDelete
  3. p/s sy tag fiza jgn mare naa��

    https://aniesandyou.blogspot.com/2021/05/giveaway-raya-2021-duit-raya-by-bola.html?m=1

    ReplyDelete
  4. Ala.. Terlepas plak. Adik dok tengok kdrama kat Netflix

    ReplyDelete
  5. Cerita malam tadi ni, terlepas jugak tengok. Sinopsis cerita macam menarik.

    ReplyDelete
  6. Tak sempat nak tengok. Mesti best kalau Pok Jue berlakon.

    ReplyDelete
  7. Wah. Ada izzue islam la. Mesti best nii

    ReplyDelete
  8. Sedihhhh behtul baca Sinopsis... tak tengok gak.. t leh carik

    ReplyDelete
  9. Lama tak tengok lakonan Khatijah Tan.
    Rasa sedih pula baca sinopsisnya.

    ReplyDelete
  10. lepas ni ade telefilem koyak pulak.. hehehe

    ReplyDelete
  11. Tengok sikit je hari tu..leka dengan kerja opis kat laptop

    ReplyDelete
  12. Plg sedih part yg izzu halau mak dia kluar dr rumah..sbb bini dia tuduh maknye curi cincin..pdhal mak dia xbuat pun.

    ReplyDelete
  13. ending dia sgt sedih. tak disangka!
    tapi tu la, aida da agak yg azri tu anak dia tau.
    betul akhirnya.
    just ending dia tu la, mengharapkan ending yg membahagia kan sebenarnya :(

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.