Beli Buah Buahan Segar Online Delivery Terus Ke Rumah

Monday, April 20, 2020

Dah masuk fasa 3 PKP ni rasa dah tak ingat dah hari ke berapa dah. Hari apa pun dah tak ingat dah. Bila dah lama berkurung baru teringat lama dah tak makan buah-buahan segar. Biasanya ada pasar malam, akan beli stok buah epal. Ini tak ada pasar malam, takde lah membeli buah. Suka beli dekat pasar malam sebab buah-buahan dia segar dan lebih murah. 

Musim PKP kedai buah-buahan kebanyakkannya tutup. Buah-buah segar kat pasaraya pun terlajak laris juga. Disebabkan tak keluar beli barang dapur, beli buah-buahan online je lah. Beli dan bayar online tapi delivery sampai depan pintu rumah lah. Fiza cari seller online yang dekat yang boleh delivery sampai rumah. Kalau beli online dan pos jenuh juga nak menunggu buah sampai. Tambah pulak sekarang courier tengah sesak dengan barang-barang kan.

 Buah Buahan Segar Online Delivery

Risau pulak nanti lama sangat ambil masa nak delivery buah sampai dah busuk. Syukur ada yang buat jualan buah-buahan online dan boleh hantar sampai rumah. Kalau tak, kena tunggu beli stok barang dapur nanti lah baru beli stok buah. Niatnya nak beli jeruk mangga asam boi tu sebab suka betul makan mangga lemak yang rangup tu. Alang-alang ada jual buah-buahan segar, terus beli sekali lah buat stok. Rugi pulak beli satu barang je sebab ada charge delivery juga.

So beli buah epal hijau dan buah jambu batu. Jeruk mangga asam boi satu bekas RM10, Epal hijau 7 biji RM10 dan jambu batu sekilo RM5 ( Dapat 3 biji). Charge delivery RM5. Jualan makanan memang laris sekarang ni. Okay happy mood dapat buah-buahan segar untuk kudapan yang lebih sihat. Jeruk mangga asam boi tu sekali hadap je tu. Tengok je dah boleh buat kecur air liur dah. Aduhaiii...

Ohh ya, untuk area Seremban boleh beli kat Kak Hanisah 011-33180390. Buah memang elok segar tapi kena order sehari sebelum lah. Dah dua kali dah Fiza beli stok buah kat dia.

48 comments

  1. Sisi positif "lockdown" bikin kitorang jadi kreatif ya. Apalgi berkreasi dengan buah, menyehatkan tentunya

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..mudah sekrg ni..beli online..kecur ailio dah ni 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur ada jual online. Kalau tidak susah juga nak dapatkan buah musim pkp ni.

      Delete
  3. eh.. total RM 30.00 - okay sangat lah tu.. kalau kita sendiri keluar pegi beli, mau lebih dari tu yang keluar nanti.. hee~

    ReplyDelete
  4. Murah juga harga epal hijau tu. Kat rumah pun ada tanam buah macam jambu air dan belimbing. Beli nanas dan tembikai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan jugaklah harganya. untung tu kalau ada tanam buah buah dekat rumah. sampai musim boleh makan.

      Delete
  5. Jauh sangat tu kat seremban. Hehe. Bagus makan buah banyak. Increase immunity

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cari seller yang dekat ngan sal. mana tahu ada jugak.

      Delete
  6. Bila dapat makan buah memang puas hatikan..
    Mujur dekat sini ada pasaraya dan juga ada yang buat delivery..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasaraya memang ada cuma tu lah nak elakkan keluar rumah melainkan kalau beli barang dapur sekali.

      Delete
  7. sedapnyaaa. i like your new template !

    ReplyDelete
  8. sama la..dah lost count hr ke brp...hehehe...wah sedapnye...dah lama xmakan mangga asam boi....yummy....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah rezeki..cuba cari seller yang dekat dekat mana tahu ada jual jugak

      Delete
  9. lama tak makan benda2 masam camni. mengidam lak :p

    ReplyDelete
  10. Makan buah saat moment yang menegangkan ni, bisa buat sehat tubuh pulak. Harus rajin makan, supaye sehat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul. pemakanan perlu dijaga juga untuk kesihatan :)

      Delete
  11. kat kawasan rumah ni memang banyak delivery buah2an tapi itula hari tu beli nenas dapat yang busuk.. bgtau seller baru dapat tukar. mmg la musim2 macam ni diorang pun kena buat jualan online.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus banyak buat delivery. Syukur seller baik dapat tukar.

      Delete
  12. Hakak pun beli buah online hari tu. Selit order ngan jiran hihi...alhamdulillah buahnya pun OK. Mangga dia keras,tapi manis dan dah masak. Hakak punya mangga tak sempat jadi jeruk Fiza hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay tu jimat charge delivery kongsi dengan jiran. ni mesti terus makan xsempat menjeruk. hihi

      Delete
  13. kitorang pun baru topup buah-buahan semalam...impiannya puasa nanti nak buat misi suku-suku separuh..

    ReplyDelete
  14. Sejak bulannpuasa mama.jarang makan buah sebab xswmpat nak shopping buah.. beli harum.manis online ada la

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan. beli barang dapur lupa nak beli buah. terpaksa beli online lah jawabnya. sedap tu buah harum manis kak.

      Delete
    2. Buah lain nak beli tapi sebab x pergi mana2 so Tak Tau la Cari Mana hihii

      Delete
  15. Baru tadi makan mangga tapi masammmmmm.. arghh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecur pula air liur kita. yang masam tu cicah dengan kicap, gula dan cili api baru sedap rasa dia. :)

      Delete
  16. Tempat saya kedai buah buka mcm pasar awam. Sbb buah mcm sayur2 juga...selamat buka kadang2 nak cari ubi keledek,keladi semua lah...pasaraya pun bukan semua ada stok buah yg kita cari..ada pun mcm epal,nanas dll. kadang dah plan nak beli tapi end up tak beli sbb lepas beli sayur cepat2 pergi cari brg lain...dkt area sayur tu mmg ramai org

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay sangat tu mudah nak dapat stok buah. tak payah risau nak beli online.

      Delete
  17. ooh balang jeruk asam boi tu yg selalu mamat jual kat traffic light pon mmg rm10 je., ;p

    ReplyDelete
  18. jeruk dgn epal hijau tu kan masam., org pompuan preggy je ngidam

    ReplyDelete
  19. MashaAllah.. sedap banget! Semuaaa sedapnyaaaa! Sy suka masham mashamm ginihhh.. Kecurrr!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.