Resipi Kuih Semperit Red Velvet Viral, 19k Shares di FB

Dah buat kuih raya ke tu? Ramai yang dah mula buat kuih raya. Gambar kuih raya dan resipi pun meriah lalu lalang dekat wall sosial media. Tinggal rajin tak rajin je nak membuatnnya. Tapi kan, tertarik sungguh lah dengan resipi kuih semperit red velvet yang viral tahun lepas, 19k shares di fb.

Betul betul viral tu. Macam biasa, saya ketinggalan setahun baru nak tahu.

Sebagai penggemar apa jenis juga kuih dan kek red velvet, haruslah saya rasa berminat dengan resipi semperit red velvet viral ni. Tengok resipi semperit velvet mudah je nampaknya. Kena cuba dulu baru tahu mudah ke tidak. Masalahnya, bilalah akan tiba mood rajin tu ek?

By the way, resipi semperit red velvet tanpa cheese ye. Sedia maklum, kalau buat kuih/biskut semperit ni tak banyak bahan. 

baca juga : resipi semperit susu Anzalna
                    resipi semperit perisa tembikai susu dan resipi semperit unicorn 3 bahan
                    resipi semperit kastard

Resipi Kuih/Biskut Semperit Red Velvet Viral

Resipi Kuih/Biskut Semperit Red Velvet Viral

Bahan-bahan
250g butter/ marjerin
4 cawan tepung jagung
2sudu besar tepung kastard
2sudu teh pewarna merah
1sudu teh cuka makan
1sudu besar serbuk koko
1cwn susu pekat

Cara buat semperit red velvet

1. Whisk butter/ marjerin kacau sebati bersama susu, pewarna merah dan cuka makan.
2. Kemudian masukkan tepung jagung, tepung kastard dan serbuk koko. Gunakan senduk atau hujung jari semasa membuat adunan.
3. Apabila adunan sebati, bolehla mulakan menekan doh ke dalam acuan sehingga habis
4. Bakar pada suhu 160°C selama 20minit.(Ikut oven masing-masing)

Nota : Sukatan cawan mungkin tak sama. Jadi, jika adunan lembut sangat, tambahkan tepung jagung sedikit sehingga tak melekat di tangan. Agak-agak sesuai tekan di acuan.

Resipi Kuih Semperit Red Velvet Viral, 19k Shares di FB

Cantik hasil kejadian kuih/biskut semperit yang dikongsikan oleh Lailatul Hafizi ni. Warna merah makngah tu super menyerlah. Datang beraya rumah orang, dari jauh dah nampak dan tertarik dengan warnanya tu. Datang je mood rajin nanti, nak cuba jugak membuatnya. Harap menjadi lah.

kredit resipi & gambar : Lailatul Hafizi page Resipi Dapur Bidadari #RDB 

36 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. wah.. fiza peminat red velvet ye... samalah dgn kakak iman... suka sgt red velvet... kakmim x suka.. hihi

    ReplyDelete
  2. Merah menyala menawan anak tekak.. ��

    ReplyDelete
  3. Semperit red velvet tak muak, sebab ada cuka dalam adunan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, lagi lagi kalau favourite. Mahu habis sebalang sorang

      Delete
    2. ade guna cuke ke? klu tak letak takpekan? rasa mcm nak buat jer nanti

      Delete
    3. Ikut dalam resipi ada letak cuka. Selamat mencuba :)

      Delete
  4. Favorite Mrs. A dengan anak-anak kuih semperit hehehee biasa makan yang original, red velvet belum berjumpa lagiks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang original memang tiada tandingannya kak. Saya pun belum cuba RV ni. mungkin kena cuba buat sendiri kot kalau nak rasa. Tak ramai jual kuih semperit RV ni.

      Delete
  5. merah menyala
    menarik lain dari biasa kuning
    sis suka semperit klasik dahlia dulu2 he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, kelainan kuih yang dimodenkan. Rasa klasik tiada tandingan. Tak pernah tak sedap kak :)

      Delete
  6. Merahhh kuihnya hehehe, kita samalah kak fizah, peminat red velvet tak kisahlah kek ke kuih ke :D

    ReplyDelete
  7. Merah mengoda dalam balang kuih..menarik perhatian utk dimakan..

    ReplyDelete
  8. Cantik semperit dalam gambar. Terbentuk je. Sakit jari buat semprit ni, sebab guna acuan tembaga, kena tekan guna ibu jari tu. Tapi saban tahun, buat juga, tak pernah tinggal. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak ada pengalaman lagi buat semperit. Share resipi je buatnya entah bila. Kagum dengan orang pandai buat kuih dan biskut ni. Terbaik kak tak pernah missed buat kuih.

      Delete
  9. Cantiknya warna dia oii hahaha.. Nk buat mmg malas.. Kita g cari je la nnt ahhha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..cantik merah dia. Jomlah kita cari. mood malas sedang menebal juga ni. hihi

      Delete
  10. Nampak sedap betul bila warna merah mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warna merah tu yang menarik perhatian. Bab rasa, kena rasa dulu :)

      Delete
  11. Nampak sedap. Cantik pula tu. Boleh cuba.

    ReplyDelete
  12. cantik betul kejadiannya...geram je tgk. ok nak cari kat IG siapa ada jual hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..saya pun teruja tengok hasil biskut yang cantik ni. Haa jumpa tak tu?

      Delete
  13. Pergh!! Cantiknya warna dia.. Merah menyala gitu.. hehehe

    ReplyDelete
  14. Teringat cubaan buat samprit susu last year..hahaha..kelakar..x menjadi...adik akak macma silap bancuh atau over sangat bancuh...melepek jadinya bila dah bakar

    ReplyDelete
  15. Budak-budak mesti suka juga biskut begini. Cantik terbentuk bunga.
    Harap Fiza berjaya buat. Amin :)

    ReplyDelete
  16. Haaaaa.. dah buat kerrr belum tuh.... Merah mak ngoh warnanyaaaa .. i like it too!!! Warna cantik, rasa sedap, confirm laku! Hikhikk..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال