Lebaran Tetap Tiba

Lagu raya dah mula berkumandang dah. Sedih bukan tak dapat balik beraya bersama keluarga di kampung. Raya diperantauan lagilah kita tahun ni. Entahlah, sebab covid yang jahat semua perancangan kita tergendala. Kita diuji dan Allah adalah sebaik-baik perancang. Hikmah disebalik kejadian tetap ada.

Apa lagi yang kita boleh buat selain berdoa supaya covid cepat berakhir. Tak dapat balik beraya di kampung, bersabarlah. Layan je lah lagu raya diperantauan. Ikut lagu happy, kita happy. Lagu sedih, sedihlah kita. 

Lebaran tetap tiba. Ya, walau apa yang berlaku lebaran tetap tiba. Balik tak balik kampung tetap kena raikan lebaran setelah sebulan berpuasa. 

Mood raya pun dah sampai tapi baju raya kuih raya tak ada lagi. Janji mood raya ON je. Layankan lagu lebaran tetap tiba nyanyian Ernie Zakri, Syamel, Sufi Rashid, Amira Othman, Yuka Kharisma, Irfan Haris dan Timah.

Lagu Lebaran Tetap Tiba-Ernie Zakri, Syamel, Sufi Rashid, Amira Othman, Yuka Kharisma, Irfan Haris & Tima
sumber : Rocketfuel Network


Tajuk lagu : Lebaran Tetap Tiba
Artis : Ernie Zakri, Syamel, Sufi Rashid, Amira Othman, Yuka Kharisma, Irfan Haris dan Timah
Komposer : S.Atan
Lirik : Siso

Lirik lagu lebaran tetap tiba

Hari raya kembali semula 
walau beza sedikit berbeza 
namun masih disambut meriah 
sederhana tak terlalu mewah 

Dulu kita nun dilangit tinggi 
kini jatuh dan rebah kebumi 
walau rezeki sedikit cuma 
cukup bekalan untuk beraya 

Rindu menanti merindu ayah dan ibu 
sabar berdoa bersabar engkau kembali 
hanya setahun sekali dapat bertemu 
dihari lebaran ini.. 

Mari buka lembaran yang baru 
untuk kehidupan yang bererti 
jangan gusar resah serta ragu 
sinar baru pasti dah menanti..

15 comments:

  1. Lagu raya baru. Ramai juga terlibat menyanyi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, lagu raya baru. Bolehlah layan. Tapi lagu lama gak yang menusuk kalbu kan :)

      Delete
  2. Bahang raya dah semakin terasa walau baru 16 Ramdhan kan...

    ReplyDelete
  3. Lebaran tetap tiba, suasana sambutannya sahaja yang berbeza.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,
    First time dengan lagu tu kat sini. sedap jugak. penyanyi pun power2 ni.

    SElamat berpuasa!

    ReplyDelete
  5. hahaha betul la, baju raya xde lagi.. kuih raya ramai plak yg bagi...

    ReplyDelete
  6. Belum ada mood dengar lagu raya. Nampak nau tua, saya kenal Ernie zakri je. Haha

    ReplyDelete
  7. Samalah kita, baju raya tak ada gak lagi, recycle je kot baju lama hehehe.
    Tapi lagu raya lama tetap di hati kan kak fiza hehehe

    ReplyDelete
  8. tak dengar lagi. taksempat nak godek godek lagu raya 😂

    ReplyDelete
  9. ehee memang apa2 pun Syawal tetap akan datang..
    sabarla rakyat Malaysia sekalian.. insyallah yang baik2 akan menyusul.. janji kita semua jaga diri dan patuh SOP..

    ReplyDelete
  10. tahun ni kebanyakan lagu raya ada tema covid hahahah

    ReplyDelete
  11. sedih betul kan, ramai yg takleh balik kampung hmm

    ReplyDelete
  12. Ada yang bertahun tak jumpa family tuk beraya... sobbs!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.