Kiriman Kad Raya dan Keychain Acrylic Dari Shida Radzuan

Setiap tahun mesti dapat kiriman kad raya dari Shida Radzuan. Tak pernah missed! Dah boleh buat koleksi kad raya dari Shida dah. 

baca juga : kad raya shida 2020
                    kad raya shida 2016

Mana yang tak ada tu sebab tak update. update kat insta je mungkin. Selain koleksi kad raya hardcopy, boleh juga buat koleksi softcopy kad raya Shida sebab dah beberapa tahun Shida tempah design kad raya dari saya. Itu kalau Shida sibuklah. Kalau dia ada masa, dia akan design sendiri.

Walaupun dah tahu rupa design kad raya tu, tapi tetap excited dapat kad raya yang bercetak ni. Dapat pulak tu design yang kita design. Boleh jadi koleksi design kita juga, kan?

Shida dan warna biru berpisah tiada. Senang dah tahu tema warna favourite Shida bila nak design tu. Tahun ni sebenarnya agak mundur juga kerja kerja design saya. Mood hilang barangkali atas kejahatan Covid jugak. Mood bercampur baur bagi kesan dan emosi pun tak stabil dengan bermacam-macam dugaan. 

Tahun ni cuma dapat design 2 kad raya je. Kad raya digital lansung saya tak dapat nak ambil tempahan. Tak sempat ceritanya sebab pulun siapkan tempahan sampul duit raya hipster. 

Ramai order last minit, kita pun tak cukup tangan nak ambil banyak-banyak. Ambil mana termampu. Nanti dapat lambat, kita juga disalahkan. Kenapa tak order awal kalau nak dapat awal, betul tak? 

Kad Hari Raya

Walaupun kita sedang melalui zaman dunia yang canggih serba berteknologi ni, tapi tradisi kiriman kad raya masih lagi diwujudkan. Kad raya pengganti diri kembalikan nostalgia. Ye, walaupun tak semeriah dulu tetap meriah dengan design kad raya yang boleh kita tempah sendiri. Limited edition kononnya. Seiring dengan teknologi zaman sekarang. 

Design kad raya Shida 2021, tema biru saya letakkan elemen ketupat dan masjid sebagai simbolik tema raya. Background corak songket macam tu. 


Design Kad Hari Raya Shida Radzuan 2021

Bukan setakat dapat kad hari raya Shida tapi dapat juga keychain Acrylic yang comel. Siap ada nama label nama sendiri dan GKK 2021 SRB. GKK untuk Geng Kuat Komen dan SRB Shida Radzuan Blog. 

custom made acrylic keychain

Alhamdulillah. Seronok dapat hadiah dari rakan blogger yang dah lama kenal sejak berblog ni. Macam macam-macam hadiah dapat dah. Terima kasih Shida untuk kiriman kad raya dan keychain acrylic yang comel ni.

Semoga Allah berikan balasan rezeki yang lebih lagi pada shida. Aaminn...

14 comments:

  1. Akak tidak tengok peti surat hari ini. Apabila Fiza sudah dapat mesti lepas ni akak dapat.

    ReplyDelete
  2. Waaa... Dapat kad raya. Dah boleh gantung dekat ruang tamu. 😃

    ReplyDelete
  3. Cantiknya! Memang cantik sangat keychain tu Fiza. Tahniah Fiza.

    ReplyDelete
  4. Sama laaa br smp kad raya shida pagi tadi hehe

    ReplyDelete
  5. Cantikkknya keychain nama tu, yang pemegang keychain tu pun cantikkk hehehe.

    ReplyDelete
  6. untungnyer dpt hadiah kad raya yg chumeyyy nihh.,, ;p

    ReplyDelete
  7. Alhamduillah kak. :) hadiah untuk hari raya bakal tiba :)

    ReplyDelete
  8. eh comel pulak tempat pegang keychain tu...cantik design kad raya fiza! tu one sided ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. one sided... sebab sy pun dapatt.. Huhuuu

      Delete
  9. Tahniah bt fiza jugak.. cantik keychain tu.

    ReplyDelete
  10. Saya dapat! Dapat kad raya... ehhehee.. akak kan yg design?

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.