Drama Masih Ada Rindu (TV3)

Masih Ada Rindu, drama melayu bersiri menampilkan gandingan Farid kamil dan Mimi Lana. Drama masih ada rindu di inspirasikan daripada novel karya Mimie Afinie yang ditayangkan pada 2 Jun di slot Akasia TV3 arahan Osman Ali. 

Drama Masih Ada Rindu (TV3)

DRAMA MASIH ADA RINDU

Jumlah episod : 16
Mula tayangan : 2 Jun 2021
Waktu siaran : Isnin-Jumaat, jam 7:00 malam
Siaran TV : Slot Akasia TV3
Penulis novel : Mimie Afini
Penulis skrip : Naza Manas
Pengarah : Osman Ali
Produksi : Nuansa Sdn Bhd

SINOPSIS MASIH ADA RINDU

Nurul Syafika telah berkahwin dengan Lukman Hakim walaupun walaupun tidak mendapat restu daripada ibunya, Zaleha. Kebahagian mereka hanya sekejap cuma, Hakim pergi meninggalkan Syafika buat selama-lamanya. Selepas pemergian Hakim, Syafika menyedari yang dia telah hamil.

Kelahiran anaknya yang diberi nama Luqman Adam membuatkan hidup Syafika lebih bermakna. Kegembiraan turut dikongsi bersama ibu dan ayah mertuanya. Luqman Hadi, bekas abang ipar Syafika pula telah jatuh cinta pada adik iparnya itu.

Hadi meluahkan perasaan kepada Syafika. Akan tetapi Syafika masih belum pasti perasaannya sendiri kerana cintanya terhadap Hakim tak pernah berubah. Ada sesuatu berlaku yang membuatkan Syafika mula menjarakkan diri dari Hadi.

PELAKON DAN WATAK

  • Farid kamil sebagai Hadi
  • Mimi Lana sebagai Nurul Syafika
  • Halim Radzi sebagai Imran
  • Dayang Areeda sebagai Nasya
  • Fahmi Reza sebagai Badrul
  • Aishah Ilias sebagai Syazwani
  • Kuna Muzani sebagai Zaleha
  • Rahim Jailani
  • Aleza Shadan
  • Sri Idrina
  • Nurulazia

15 comments:

  1. Lama dah tak ke KT, rindu pulak tengok gambar Masjid Kristal tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. rindu juga nak ke Terengganu. Boleh kira berapa kali sampai sana. huhu

      Delete
  2. Wahhhh tak perasan pulak drama ni. Bestnya tgk ganu

    ReplyDelete
  3. Wahhh shooting di ganu ye, sinopsis drama macam okey, tapi tak minat pelakonnya pulak hahaha.

    ReplyDelete
  4. Kalo di Indonesia misalnya jadi nikah sama abang iparnya, disebut "naik ranjang" :)

    ReplyDelete
  5. menarik jugak ni walaupun x suka farid kamil

    ReplyDelete
  6. Baru perasan pengarah Osman Ali. Mesti ada latar belakang pemandangan cantik-cantik dalam drama.

    ReplyDelete
  7. Novel dia ada dekat library Sha ini.. hehehe..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.