Kampung Pisang Bersiri-Siri, Lawak Tahap Next Level

Kampung pisang, siri filem komedi seram Malaysia yang telah menjadi fenomena sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 2007. Sebut je kampung pisang dah tahu dah pengarah dia siapa, kan? Siapa lagi kalau bukan Mamat Khalid. 

Terbaru, Kampung Pisang Bersiri-Siri yang merupakan filem siri Kampung Pisang keenam bakal ditayangkan. Francais "Kampung Pisang" yang dinantikan ramai. Sebelumnya, Hantu Kak Limah (2018) meraih kutipan lebih dari RM30 juta berbanding siri Kampung Pisang pertama dan telah mencipta sejarah.


Kampung Pisang Bersiri-Siri
kredit : google



Zombie Kampung Pisang, komedi seram pertama yang mencapai tahap pecah panggung dengan pulangan RM2.37 juta. Dengan kejayaan tersebut, memberikan sumber inspirasi kepada filem Mamat Khalid untuk meneruskan filem filem siri seterusnya sehingga Kampung Pisang Bersiri-Siri.

Lokasi penggambaran semua filem ni berlaku di kampung yang sama, iaitu Kampung Pisang. Watak utama dalam kesemua filem ni seperti semua orang tahu adalah Awie yang memegang watak Husin dan bersama watak-watak lain yang popular seperti Kak Limah, Usop Wilcha, Pak Jabit, Pak Abu, Yeh Sekupang dan lain-lain.

Hebat betul penangan cerita kampung pisang ni ye. Bukan biasa-biasa cerita 'evergreen' yang diminati ramai. Tengok teaser Kampung Pisang Bersiri-siri ni pun buat pecah perut nak gelak. Dalam satu scene tu.

Seorang perempuan masuk ke kedai Pak Jabit. Perbualan lebih kurang begini apa

Perempuan : Pak Jabit, mee kari
Pak Jabit : Tak menjawab sepatah apa sambil menyiapkan mee kari. 
Perempuan : Kuah Laksa (senyum tanpa rasa bersalah)
Tercengang semua yang ada kat kedai Pak Jabit

Pak Jabit : Berapa bungkus?
Perempuan : Sebungkus, makan sini.
Haru biru Pak Jabit dibuatnya mendengar.

Teaser Kampung Pisang Bersiri-Siri


Kah kah kah! Tergelak terus.. tak boleh tahan weeeii..Memang pecah! Lawak tahap next level ni.

Kampung Pisang Bersiri-Siri akan menampilkan watak-watak baru memandangkan ada antara pelakon-pelakon dalam siri Kampung Pisang ni telahpun meninggal dunia. Jalan cerita juga baru dimana ianya belum pernah dikeluarkan dalam mana-mana francais siri Kampung Pisang.

Kampong Pisang Bersiri-Siri akan ditayangkan sebanyak 12 buah episod dengan pelbagai kisah tentang penduduk Kampong Pisang yang mencuit hati tak kering gusi dibuatnya.

Tajuk : Kampung Pisang Bersiri-Siri
Jumlah Episod : 12
Mula Tayangan : 7 Disember 2020
Siaran : Astro Citra & Citra HD
Pengarah : Mamat Khalid
Produksi : Astro Shaw Sdn Bhd

Pelakon Kampung Pisang Bersiri-Siri

  • Bell Ngasri sebagai Barkoba
  • Kazar Sairi sebagai Pak Din
  • Aziz M. Osman sebagai Pak Jabit
  • Dewa Sapri sebagai Cik Purnama
  • Mat London (Ahmad Ibrahim) sebagai Pak Karim
  • Awie sebagai Husin
  • Sharwani sebagai Wani
  • Latiff Zami sebagai Manap
  • Joey Daud sebagai Daud M
  • Nazeera Sardi sebagai Cik Chun
  • Jasper Supayah sebagai Izlin
  • Mohd Rashid
  • Delimawati
  • Shuk
  • Avaa Vanja
  • Reza Hasbi
  • Annie Mosha
  • TJ Isa
  • Imuda
  • Pekin Ibrahim
  • Akmal Ahmad
  • Wan Raja
  • Azlan Komeng
  • Hushairi Husain
  • Kamarool Haji Yusoff
  • Hazama

Throwback sikit filem siri Kampung Pisang

Pelakon Filem Siri Kampung Pisang

  • Awie sebagai Husin
  • Usop Wicha sebagai Usop
  • Man Kadir sebagai Pak Jabit
  • Zami Ismail sebagai Pak Abu
  • Delimawati sebagai Kak Limah
  • Rab Khalid sebagai Yeh Sekupang
  • Ilya buang sebagai Pian
  • Azwan Annuar sebagai Wan Kaswi
  • Pekin Ibrahim sebagai Musalman
  • Ezlynn sebagai Mon

Sinopsis Zombie Kampung Pisang (2007)

Filem pertama yang memperkenalkan kejadian seram di Kampung Pisang ketika ketenteraman dan kedamaian Kampung Pisang tiba-tiba bertukar menjadi kecoh dan huru-hara pada suatu malam apabila penduduk kampung seorang demi seorang tumbang dan berubah menjadi zombi yang ganas dan mengancam penduduk kampung yang lain. 

Tiga orang pemuda kampung, Husin, Deris dan Mat Karan, perlu mencari jalan untuk mengembalikan ketenteraman kampung dan mencari punca kekalutan itu.

Sinopsis Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010)

Husin yang telah 2 tahun bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila sampai ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. 

Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Jabit, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung bahawa barangkali Kak Limah sudah menjadi hantu.

Sinopsis Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (2013)

Beberapa tahun selepas kejadian filem pertama, Husin telah bangkrap akibat ditipu skim cepat kaya telah kembali semula ke Kampung Pisang. 

Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng-geng yang lamanya dan juga Mon, wanita yang mula-mula mengisi taman hatinya semasa Kampung Pisang di landa Zombi dan penyebab kepadanya hendak berjaya walaupun tidak mempunyai SPM. 

Namun beberapa hari selepas itu Kampung Pisang telah dilanda sesuatu perkara yang aneh. Nampaknya sejarah misteri seratus tahun dulu berulang kembali. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di Kampung Pisang kembali menghantui. 

Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya sibuk merancang rombongan ke Singapura dan menawarkan Husin menjadi pembantunya. Namun begitu, masalah menjadi semakin rumit apabila Husin sendiri telah didapati hilang dirumah oleh Usop dan kawan-kawannya. 

Kesan yang tinggal hanyalah bekas bungkusan Maggi dari Singapura.

Sinopsis Zombie Kilang Biskut (2014)

Zombi Kilang Biskut mengisahkan Husin yang kembali ke Kampung Pisang dan bekerja di sebuah kilang biskut di Taiping selepas diisytiharkan muflis akibat ditipu Skim Cepat Kaya di Singapura. Di kilang berkenaan, Husin bertemu semula dengan rakan sekampungnya iaitu Usop, Deris dan Mat Karan. 

Mereka kemudian terbabit dalam menyelongkar misteri kemunculan zombi yang mengganas di kawasan kilang terbabit. Keadaan menjadi tegang apabila mereka terperangkap dalam kilang itu apabila polis mengisytiharkan darurat di seluruh Taiping. Dalam masa yang sama seorang demi seorang pekerja kilang itu hilang dan ada yang dijumpai mati dalam keadaan mengerikan. 

Apabila disiasat, Husin mendapati semua kejadian itu berpunca daripada serangan zombi yang berkeliaran di kawasan stor kilang berkenaan.

Sinopsis Hantu Kak Limah 3 (2018)

Husin pulang ke kampung setelah tidak lagi mencari rezeki di Singapura. Dia kemudian bekerja dengan sahabat baiknya Khuda, Wani dan Yeh Sekupang di kilang arang. 

Sementara itu, Kak Limah baru sahaja berkahwin dengan sahabat Husin iaitu Khuda. Cinta mereka digambarkan sebagai cinta sejati.

Penerbit Filem Siri Kampung Pisang

Tayangan Unggul menerbitkan tiga filem
Enjit Semut Productions menerbitkan dua filem. 
Astro Shaw dan Infinitus Productions menerbitkan filem keenam

sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Kampung_Pisang_(siri_filem)

14 comments:

  1. Ada sambungan lagi cerita pasal Kampung Pisang.
    Tunggu muncul di TV secara percuma.

    ReplyDelete
  2. Banyaknya siri Kampung Pisang tu.
    Kak Pip layan yang 1st tu saja.

    ReplyDelete
  3. Wowww.. bestnyaaa.. mesti kelako gile... hahahas... nak tgk jugak.. kalau bersiri ni, momentumnya camana.. huhu

    ReplyDelete
  4. Wow, best ni. Akk ni hantu citer kelakar..eh tayang kt tv berapa rk..tak sabo ni, minta2lah kt tv3 je

    ReplyDelete
  5. Sesekali layan lawak-lawak ni best juga kan. Taklah serius sangat menghadapi hidup sehari-hari.

    ReplyDelete
  6. Hahahaha.. Mengekek nengokkan klip tu..
    Tak pernah tak lawak.. Tak sabar menunggu tanyangannya..

    ReplyDelete
  7. hahaha. saya ada tengok jugak snippet tu. Kelakarnyaa lahaii XD Boleh pulak gitu. memang tak sabar nak tengok citer diaa

    ReplyDelete
  8. Akak paling suka yang Hantu Kak Limah Balik Rumah. Ramai dah berganti pelakon ye, sebab dah tak ada.

    ReplyDelete
  9. Memang boleh layan. Tak berhenti ketawa dibuatnya 😂

    ReplyDelete
  10. baca tajuk filem dia pun dah kelakar..macam mana ni..hahhahahah

    ReplyDelete
  11. aida memang suka kampung pisang yg 1st tu.
    ada ac mizal. ada q haidar. semuanya nampak ori.
    lawak nyer sempoi.
    then hantu kak limah :)
    hmmm harap la siri ni kat tv3. jgn la buat kat astro warna.
    tak dpt tgk la kami :( hua hua hua...

    ReplyDelete
  12. tengok klip pun dah kelakar, tak sebar nak tengok filem dia :)

    ReplyDelete
  13. mmg nelayan la..kalau citer ni di tayangkn nnt..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.