Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 2

Ezlan dan Rai selamat bernikah. Mak Jah terbaring berlumuran darah di tangga selepas Laila tertolak maknya. Mak Jah meninggal dunia. Kenduri di rumah Ezlan dan Rai berlansung dengan meriah. Pak Leh datang lewat ke kenduri dan Ezlan bertanyakan kenapa lambat.

Pak Leh beritahu yang Mak Jah dah meninggal dan baru sahaja selesai dikebumikan. Rai mencadangkan untuk pergi ke rumah Laila untuk melawat. Baru je melangkah keluar, Laila dah terpacak depan rumah Ezlan.

Laila memberi amaran pada Rai "Kau tahu lah nasib kau nanti!". Laila pun balik rumah. Esoknya, mak cik Embun datang rumah Laila dan bawa Laila balik. Ezlan dan Rai datang ke rumah Laila tapi Laila dah tak ada kat rumah.

Di rumah makcik embun, Laila telah diberikan 2 syarat untuk tinggal dirumahnya. Pertama, Laila kena dengar cakap Cik Embun. Kedua,  Laila jangan solat. 


Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 2

10 tahun kemudian...
Rai sudah pun mempunyai 2 orang anak, lelaki dan perempuan. Pada satu malam, Laila kembali balik ke rumahnya di kampung dengan berpakaian hitam dan tudung hitam.

Sedang Ezlan dan Rai balik dari surau berjalan kaki, Ezlan perasan ada seseorang di beranda rumah Laila iaitu Laila. Dua kali pandang, tiada kelibat tersebut hilang. Rai bertanyakan kepada Ezlan tapi Ezlan mengendahkan pertanyaan Rai.

Malam tu, Laila memulakan agendanya. Diasapnya rumah dengan kemenyan dan meyebut nama Ezlan. ketika itu Ezlan dan Rai sedang lena. Esok pagi Rai terdengar sesuatu yang pelik di dapur. Dan dan pula Rais, anak Rai mengejutkan maknya dengan memakai topeng hantu. Habis jatuh gelas dari genggaman Rai sebab terkejut.

Mak Lang pula masa tu baru balik. Kena marahlah Rai sebab pecahkan gelas rumahnya. Sedang anak anak Rai main di luar rumah, Laila muncul.

Situasi lain
Pian dan kawan-kawannya baru dapat result SPM. Semuanya mendapat keputusan yang cemerlang.

Di rumah Ezlan. Ezlan masuk bilik dan tertidur. Sedang tidur, dia mendengar bisikan menyebut namanya dan terjaga. Dia keluar bilik dan terdengar orang berbual di luar rumah. Laila sedang berbual dengan Rai.

Di rumah Maksu (Mak Pian) sedang telefon anaknya Naim suruh balik ke kampung. Pian sampai dirumah dan menghulurkan keputusan SPMnya. Pian dapat 10 A. Tapi Mak Su rasa sedih sebab jika arwah suaminya masih ada mesti dah buat kenduri pulut kuning bagai. Tak macam Mak Lang, kedekut.

Pian meminta izin maknya untuk ke kebun membantu Pak Leh dan Ezlan. Ezlan tiba-tiba pening di kebun. Ezlan menasihati Pian belajar sampai berjaya jangan jadi macam dia sebab tak sambung belajar.

Cik Embun berpesan kepada Laila jangan sesekali langgar pantang dan permainkan Ezlan perlahan-lahan. Laila merancang merosakkan paip rumahnya dan meminta Ezlan untuk datang membaiki paip bocor rumahnya.

Sejak Ezlan balik dari rumah Laila, Ezlan mula bersikap pelik.

bersambung...

23 comments:

  1. kedua... Laila jangan solat? ehh mcm pelik ni ;-)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Cerita ni banyak seriau dia. cerita mistik faham faham lah :)

      Delete
  3. hehehehehe atie skippp baca tau, tapi stil will drop comment ,sbb nak tgk nanti so tanak spoiler :)

    ReplyDelete
  4. uish ni yg buat nk tgk..ramai up pasal cerita ni

    ReplyDelete
  5. Saya minat cerita gini.. masih ada yang pakai susuk bagai kann.. Walaupun x minat Sakinah tu.. tapi takla membencinya.. bahahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah zaman moden pun masih ada yang mengamalkan walaupun dah tahu salah. Ceritanya menarik, itu yang tengok juga.

      Delete
  6. Seram-seram pulak ceritanya ni. Belum tonton lagi ni.

    ReplyDelete
  7. Wah.. makin menarik episod 2 nie.. Tak sempat lagi nak tengok..

    ReplyDelete
  8. lps habis pantang gamaknya baru boleh tgk. haha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.