Filem Siku 12 : Langkah Derhaka Di Pawagam 27 Oktober 2022

Tonton Filem Siku 12 : Langkah Derhaka pada 27 Oktober 2022 yang ditayangkan di 66 pawagam seluruh Malaysia, juga ditayangkan serentak di Singapura dan Brunei Darussalam. Filem Siku 12 dibintangi oleh dua aktor popular tanah air iaitu Syafiq Kyle dan Zahiril Adzim sebagai teraju utama. 

Filem Siku 12 : Langkah Derhaka, sebuah filem aksi yang diterbitkan oleh Power Team Entertainment Sdn Bhd arahan Azhari Zain.

Menariknya, Filem Siku 12 menampilkan seramai 20 penari menora dari Persatuan Manora Kedah dan Manora Kham Kampung Kalai.

Lokasi penggambarannya pula sekitar Pendang dan Alor Star, Kedah. Bukan hanya sekadar filem aksi, Filem Siku 12 juga menyelitkan konflik cinta dan persahabatan sebagai elemen dramatik untuk tarikan penonton.

siku 12 langkah derhaka

FILEM SIKU 12 : LANGKAH DERHAKA

Mula tayangan : 27 Oktober 2022
Pengarah : Azhari Zain
Produksi : Power Team Entertainment Sdn. Bhd.
Genre : Aksi

PELAKON FILEM SIKU 12 : LANGKAH DERHAKA

  • Syafiq Kyle
  • Zahiril Adzim
  • Moon
  • Lobak
  • Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar
  • Pon Muay Thai
  • Anas Mentor
  • Shahmiey Odd
  • Pak Salleh
  • Chiang
  • Azman Ahmad
  • Bai Chot

SINOPSIS FILEM SIKU 12 : LANGKAH DERHAKA

Sebuah filem aksi yang mengangkat dunia seni persilatan Melayu dan Muay Thai. Filem Siku 12 mengetengahkan ilmu persilatan seni silat tua Melayu iaitu permainan 12

10 comments:

  1. Filem martial art. I loike. Azhari Zain try filem aksi pulak. So far kalau filem seram dia buat saya suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, martial art. Itulah tu, biasa cerita seram sekarang genre aksi pulak.

      Delete
  2. tgk poster ni teringat drama pencuri 1 sen tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Drama tengah on sekarang tu. Yelah kan, orang yang sama...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.