Cermin Mata Dengan Kanta Photogrey

Nak ke tak, nak ke tak nak. Puas fikir nak buat cermin mata baru ke tidak. Akhirnya buat juga lah. Lagipun cermin mata lama tu dah lama tak bertukar. Kali terakhir beli masa mula mula kahwin dulu kot. Itupun pakai kat rumah je.

Keluar rumah jarang pakai cermin mata, lebih suka pakai contact lens kalau bertudung. Taknak tudung nampak kembang cerita dia. Tapi sekarang dah tak kisah, nak kembang ke nak kucup ke lantak dia. Dah malas nak pakai contact lens. Faktor usia mungkin. Kah! 

Sebelum ni pernah pergi beberapa  kedai cermin mata tapi tak berkenan. Masuk Focus Point terbekenan pula dengan bingkai cermin mata ni. Oversize frame bawah bentuk oval dan atas bersegi gitu. Kalau ikutkan tips, orang muka bulat tak sesuai bingkai bulat. 

Lantak lah situ, dah berkenan nak buat macam mana kan. Sesuai ke tidak? Sesuaikan je lah kan. Jenis muka kecil memang susah nak cari cermin mata yang betul betul fit dengan saiz muka. Mesti tudung akan terkembang juga. Kena pilih cermin mata kanak-kanak agaknya kot.

Cermin Mata Dengan Transition Photogrey Lenses

Sekarang dah canggih ye siap ada kad power cermin mata. Senang ada kad ni boleh rujuk semula power cermin mata. Tak banyak berubah cuma belah kanan ke naik sikit powernya. Yelah kita pakai cermin mata on off.

Cermin Mata Dengan Transition Photogrey Lenses

Sebenarnya bingkai cermin mata ni murah je RM48. Kalau tak tambah apa apa lens mungkin harga dia begitu juga. Tapi sebab saya tambah photochromic lens, photogrey lenses tu yang jadi mahal tu. Mak aii sampai RM399!

Lain kedai cermin mata, lain harganya. Mulanya saya nak tambah photofusion, transition yang ada pelbagai warna tu tapi katanya mahal lagi. Jadi dia suggest photogrey lah. Tambah kanta Photogrey pun dah mahal, inikan photofusion kan.

Cermin Mata Dengan Transition Photogrey Lenses

Nak tambah bukan suka suka. Pakai contact lens boleh pakai sunglasses. Kalau pakai cermin mata, takkan nak pakai double cermin mata. Ye, tahu ada jenis clip shade gelap tapi macam leceh. Lebih baik kita tambah photogrey je.

Bila kena cahaya matahari, cermin mata akan bertukar jadi gelap. Begitulah fungsi dia. Cermin mata dulu tambah bluecoat je untuk lindungi mata dari screen komputer. 

Perbezaan TRANSITIONS dan PHOTOGREY(Photochromic Lens)

Transition : Bagi kanta transition, kantanya diselaputi oleh lapisan di bahagian depan dan belakang kanta yang berfungsi untuk bertindak balas dengan sinaran UV seterusnya bertukar menjadi gelap. Kanta ini juga akan mencapai warna gelap yang cepat dan lebih sekata. Dalam erti kata lain, kanta transition lebih cepat bertukar warna dari luar bangunan ke dalam bangunan.

Photogrey (Photochromic) : Kanta photochromic pula mempunyai molekul di dalam kanta itu sendiri dan molekul-molekul inilah yang akan bertindak balas dengan sinaran UV untuk menukarkan warna kanta menjadi gelap. Oleh sebab itu, kanta photochromic mengambil masa yang agak lama untuk menjadi gelap berbanding kanta transitions kerana ianya juga dipengaruhi oleh faktor ketebalan kanta itu sendiri.

Cermin Mata Dengan Transition Photogrey Lenses

Dari kiri : Photochromic lens, bluecoat lens dan normal. Nampak perbezaan 3 jenis lens ni. Ada pantulan warna pada lens.

Bertambah koleksi cermin mata si rabun jauh ni. Sebenarnya banyak lagi yang entah kemana. Pakai cermin mata dari tingkatan 3 lagi kan. Tentu banyak koleksinya. Ada yang patah, yang senget, yang pecah. Macam-macam. 

Suka pilih jenis bingkai macam plastik berbanding besi yang ada nose pad klasik tu. Nose pad jenis lama tu mudah senget kalau terpijak dan cepat kotor. Dah senget susah nak adjust lepas tu pening kepala bila senget. 

Lebih baik pilih macam ni je. Tak perlu adjust dah, terletak elok je. Saya beli bulan Julai haritu. Baru sekarang nak update. Haritu writer's block kan. Ada mood menulis, cepat cepatlah kita habiskan karangan.

Jenis Jenis Kanta Cermin Mata

1 . Kanta Multicoated
Apa itu kanta multicoated? Multicoated ini sebenarnya cermin biasa yang dilapisi beberapa lapis ‘coating’.
  • Scratch resistance : lapisan untuk menahan kanta dari senang bercalar dek kerana terjatuh/kena kuku/lap dengan kain kasar.
  • Hydrophobic coating : supaya air yang terkena kepada permukaan kanta tidak akan melekat di permukaan kanta dan terus mengalir jatuh.
  • Anti-fingerprint/Smudge proof—lapisan ini adalah bertujuan untuk menyenangkan proses mengelap cap jari yang melekat di cermin.
  • Anti-reflection : atau lebih dikenali sebagai anti silau ini bertujuan untuk memantul semula cahaya dan memberi effect ‘see through’ untuk setiap kanta. Jadi, setiap kali orang lain melihat cermin mata kita, mereka akan dapat melihat mata kita dan bukan refleksi muka mereka sendiri.

2 . Index Cermin 
Apa benda index cermin ini?
Setiap kali membuat cermin mata, kita jarang diberi pilihan index cermin mungkin kerana ‘power’ tidak tinggi atau bingkai tidak terlalu nipis. Tapi apa pentingnya index ini? Kalau ‘power’ lebih dari -400 selalunya akan diberi pilihan untuk memakai index biasa atau ‘high index’. 

High index bermakna kanta akan lebih nipis. 
Sifirnya begini : lebih tinggi index, lebih kuat dan nipis cermin. 
Index apa yang ada di pasaran?
Jawapannya : 1.56, 1.60, 1.67 & 1.74. Jadi nak index mana kita pilih. Akan tetapi lebih tinggi index maka harganya akan lebih juga. 

3. PHOTOGREY vs TRANSITION
Kanta photogrey dan transition ini fungsinya sama = tukar gelap bila berada di bawah cahaya matahari. Jika ingin memakai cermin mata gelap ketika panas tetapi malas untuk mempunyai 2,3 cermin mata maka cermin ini boleh dipertimbangkan. 

Untuk yang sering bekerja outdoor, menghadapi masalah silau ekstrem; cermin ini sangat sesuai. Apa beza pula photogrey dengan transition? Transition adalah teknologi yang jauh lebih moden dan lebih cepat bertukar gelap apabila terkena matahari namun Photogrey adalah sebaliknya.

4. Blue light lens
Kanta ini adalah antara teknologi baharu untuk memenuhi keperluan perlindungan mata dari sinaran biru yang dikeluarkan oleh gajet. Mutakhir ini, kita sering terdedah dengan gajet secara berlebihan. Tak kira lah laptop mahupun handphone, sekurang-kurangnya kita akan ‘menghadap’ gajet ini dalam masa 3 jam (bukan berterusan tetapi jika dikira secara total). 

Apa efeknya pada mata? Akan menghadapi sindrom mata digital seperti mata berair, mata cepat penat dan kesukaran untuk tidur di kala malam.

Sumber info : GalaVision Eye Centre | MATA by Optometrist

8 comments:

  1. terima kasih berkongsi ilmu. saya tak pakai spek, so memang tak arif sangat jenis-jenis kanta. maybe kena buat spek mata untuk silau je nanti. senang jugak pakai photogrey, takdelah silau bila panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama Sal. Untuk Silau kalau drive tu perlu sangat. A'ah senang sikit tak perlu nak ganti spec. Pakai je yang ni.

      Delete
  2. Banyaknya bab cermin mata yang Kak Amie tak tahu padahal pakai sejak tingkatan 5. Nak tukar juga dalam masa terdekat sebab rasanya power kena tambah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak tahu sangat. Tahu mana yang pernah buat je. Kalau dah lama elok check semula power mata. Harap power tak bertambah lah.

      Delete
  3. Fiza minat yang plastik dan besar rupanya. Akak suka kecil dan bingkai separuh. Tengok sekarang punya cermin mata besar-besar. Itulah hendak tukar tapi tidak berkenan bingkai. Hehe akak multicoated cukuplah agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, untuk tahan lama pakai dan tahan lasak saya suka plastik lagi. Dulu pernah pakai jenis bingkai besi tapi tu lah kejap senget kejap nose pad tak balance. Leceh juga. A'ah trend sekarang specs besar² bingkainya.

      Delete
  4. mcm2 dh fungsi spek dan harga makin mahal. semuanya utk perlindungankan. semoga fiza tak perlu nk tambah power lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Dari spek murah, tambah itu ini jadi mahal harga dia. Yang penting baik untuk mata.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.