Header Ads


Telefilem Tanam Apa Tu Bang Aji

Tanam Apa Tu Bang Aji, telefilem komedi lakonan Kazar Saisi, Rosnah Johari, Chacha Maembong, Amir Mirza, Oktovia Manrose, Jaja Iliyes dan ramai lagi bersiaran pada Ahad 17 April 2022 jam 10:00 malam di cereka Ahad TV3.

Telefilem Tanam Apa Tu Bang Aji Cerekarama TV3

TELEFILEM TANAM APA TU BANG AJI

Waktu siaran : Ahad, 17 April 2022, jam 10:00 malam
Siaran TV : Cereka Ahad TV3
Pengarah : Riza Baharudin
Pembantu : Faralezadiela
Produksi : A. Aida Production Sdn. Bhd

PELAKON TANAM APA TU BANG AJI

Kazar Saisi sebagai Abang Aji
Rosnah Johari sebagai Cik Ja
ChaCha maembong sebagai Ika
Amir Mirza sebagai Naruto
Oktovia Manrose sebagai Noni
Jaja Iliyes sebagai Nina
Aishah Atan

SINOPSIS TANAM APA TU BANG AJI

Abang Aji yang baru pencen. Isterinya sibuk dengan hal perniagaan meninggalkan dia berseorangan. Dia memulakan hobi bercucuk tanam di persekitaran rumahnya.

Melihat sayurnya mula membuahkan hasil, Abang Aji berkongsi kegembiraan di media sosial. Jiran yang lalu di tepi rumah selalu menyapa dan bertanya, tanam apa tu Abang Aji? Abang Aji pun tidak lokek berkongsi pengalaman dan ilmu bercucuk tanam.

Noni, anak ke dua Abang Aji juga menunjukkan minat dan kagum dengan kebolehan abahnya menanam sayur sehingga menjadi.

6 comments:

  1. Tak pernah lak tengok cerita ni..
    Tapi macam kelakar je jalan cerita.. Suka tengok Kazar berlakon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum lagi ditayangkan. Hari ahad nanti. Suka jugak Kazar berlakon. Dari sinopsis macam kelakar cerita dia.

      Delete
  2. Ada pula wanita-wanita berminat dengan Bang Aji hanya sebab bercucuk tanam.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.