Header Ads


Recap Drama Villa Kristal WeTV Episod 8 & 9 | Ustaz Adib Tak Curang, Hani Kantoi!

Drama Villa Kristal, sebuah drama melayu yang tengah popular sekarang disiarkan secara percuma dan ekslusif di platform WeTV. Belum ditayangkan lagi pun dah terpalit dengan babak kontroversi watak si Jasmine Suraya tu. 

Drama Villa Kristal tampil dengan genre romantik komedi dan penuh dengan kemisterian. Macam dapat rasa 'sesuatu' sangat antara penghuni Villa Kristal ni. Macam masing-masing ada agenda sendiri dan rahsia masing masing.

Kalau drama layangan putus dari kisah nyata, apa kurangnya dengan villa kristal walaupun hanya rekaan. Paling tak sangka, seorang ustaz selebriti curang walaupun dah beristeri dua. Jeng jeng jeng

Pelakon dan watak drama Villa Kristal

Mimi Lana sebagai Hani
Jasmine Suraya sebagai Angel
Mawar Rashid sebagai Rose
Tiz Zaqyah sebagai Diana
Tony Eusoff sebagai Idris
Alvin Wong sebagai Robin
Nazrief Nazri sebagai Ustaz Adib
Fadlan Hazim sebagai Detektif Isa
Maria Farida sebagai Shahila


Recap Drama Villa Kristal WeTV Episod 8 & 9

    1. Ustaz curang?

Ustaz Adib ni dia macam rasa serba salah sebenarnya. Dia rasa macam tak sedap hati memendam satu rahsia besar bahawa dialah punca Idris terbunuh. Nak menyerah risau tentang kehidupan anak isterinya. Sudahnya, dia pergi jugak menyerah diri ke Balai Polis dan memberikan keterangan tentang kes kematian Idris.

Drama Villa Kristal WeTV

Rupanya pada malam sebelum kematian Idris, dia ada berjumpa dengan Idris untuk berbincang sesuatu pasal Alia. Niat dia jumpa Idris cuma nak tolong Alia je. Alia ni macam ada kaitan dengan Idris dan Robin. Mungkin juga Alia dah mengandung. Itu yang Ustaz jumpa Idris untuk bertanggungjawab.

Tapi tak sangka pulak boleh jadi adegan tolak menolak sampai Ustaz tertolak Idris lalu Idris jatuh kepalanya terkena meja.

Idris pengsan!

Masa tu Ustaz dah cemas. Sempat dia rasa nadi Idris dan ketika tu Idris masih bernyawa sebelum dia tinggalkan Idris untuk cari bantuan. Mungkin lepas tu Idris dah tak bernyawa katanya pada Inspektor Isa.

Dalam episod sebelum ni masa Ustaz cakap dialah pembunuh Idris macam tak percaya juga. Apa kaitan Ustaz dengan Idris sampai nak bunuh Idris. Motif???

Rupanya dia nak tolong Alia je. Ingatkan Ustaz ada skandal dengan Alia. Haishhh. Tak pasal pasal dah salah anggap Ustaz curang.

Drama sungguh lah watak Ustaz Adib ni. Buat penonton anggap Ustaz Adib ni curang. Tak cukup 2, ada hati nak menambah satu lagi. Mana tak geram penonton tengok drama ni. Bukan acah acah Ustaz tipu tipu yang menunggang agama.

Kiranya cukup berani dan jujur Ustaz Adib nak serah diri pergi balai polis.

    2. Hani Kantoi!

Kesian betul tengok Hani. Nak berterus terang siapa diri dia yang sebenar, masih tak ada kekuatan sebab dia dah mula sayangkan perhubungan persahabatan tu. Nak bagitahu macam tak sampai hati gitu. 

Kerana sayangkan perhubungan persahabatan tu jugalah, Hani nekad tarik balik manuscript novel yang dah siap ditulis tentang ‘madu beracun’ yang berasaskan kisah benar yang berlaku pada Rose, Diana dan Angel.

Tak pasal pasal kena saman dengan Encik Arman sejumlah 20k dari Syarikat Juta-Juta dan Adik Beradik sebab Hani menceroboh masuk syarikat ambil manuscript tu. Cari pasal betul Hani ni.

Hani ambil keputusan untuk keluar dari Villa Kristal. Dalam pada masa yang sama, Diana pun nak keluar. Bila Diana dapat tahu Hani pun nak keluar, dia terus ke rumah Hani.

Boleh pulak sebelum Hani keluar tu, pintu tak berkunci sebab ada benda yang menyekat pintu tertutup. Diana terus masuk, maka terbongkarlah segala rahsia tentang Hani.

Hani masuk rumah je, semua dah ada dalam rumahnya. Kantoi sudah! Tergagap gagap Hani nak menjawab. Lansung hilang kepercayaan mereka pada Hani. 

Recap Drama Villa Kristal WeTV Episod 8 & 9 Hani Kantoi


Begitulah kan, bila orang dah percaya sekali tertipu memang kecewa sangat. Siap je boleh terima kalau kena tipu hidup hidup.

Hani keluar dari Villa Kristal dengan rasa sedih. Kesian Hani. Apa nak buat, semua yang berlaku salah dia jugak. Segala nasihat abang dia pun dia tak nak dengar. Degil kan! Itu makan dia.

Watak Hani ni kelakar cuma itulah, suka menipu untuk kepentingan diri sendiri. Sanggup buat apa saja demi dapatkan content. Sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

    3. Angel Curang

Mungkin Angel dah muak nak hadap dengan perangai Robin, itu yang dia mula jatuh cinta dengan Danial (Daler Yusof). Dah ada Robin, dia boleh pula curang ada hubungan dengan Danial, ex schoolmate merangkap ex boyfriend.

Angel sebenarnya rasa tak bahagia hidup dengan Robin tapi Angel terpaksa hidup jadi perempuan simpanan Robin untuk nikmati hidup dengan kemewahan di Villa Kristal. Macam tak ada life sebab asyik dikongkong je.

    4. Sayang atas dasar cinta atau duit?

Shahila masih memandang rendah pada Diana. Dia masih anggap Diana kahwin dengan Idris disebabkan duit dan kemewahan. Kalau tidak, mana mampu Diana nak duduk di Villa Kristal. 2 kali Shahila bagi cek kosong, 2 kali tu jugak Diana pulangkan.

Recap Drama Villa Kristal WeTV Episod 8 & 9 Shahila vs Diana

Sekali kena setepek dengan Diana. Sebelum Diana kenal Idris lagi dia dah ada rumah dan kerjaya. Tak perlu bergantung pada Idris pun. Lainlah Shahila dilahirkan dalam keluarga serba mewah. Terdiam terus Shahila.

Maruah tak boleh dibeli dengan duit. Agaknya Shahila ni cemburu kot Diana boleh hidup mewah dan berkerjaya tanpa bergantung pada sesiapa pun. Semuanya atas usaha dia sendiri. 

Sesayang sayang Diana pada Idris dan dah jadi isteri kedua Idris yang dirahsiakan pun, Idris dah tak ada. Idris pun tak agak-agak, dah ada 2 isteri pun tak agak agak ada skandal lagi. 

Rancak betul sana sini curang dan penuh misteri. Boleh tengok tanda-tanda suami curang macamana. Bukan mudah juga untuk hidup jadi isteri kedua yang dilabel perampas. Madu itu manis tapi beracun, begitulah.

5. Hubungan 4 sekawan bertambah rapat

Apa yang terjadi dalam kem motivasi membuatkan Hani, Rose, Angel dan Diana semakin rapat. Masing masing pun termotivasi dengan semangat baru kononnya

Drama Villa Kristal WeTV Recap Episode 8

Rose mula jadi diri sendiri, Diana dah move on dengan kehilangan Idris, Angel pun lebih sedar kehidupan lebih bermakna dengan cinta dan kawan baik tanpa perlu jadi orang lain.

Seronok tengok perhubungan persahabatan mereka ni. Sentiasa ada waktu susah dan senang. Bila dah semakin rapat, Hani pun mula rasa berat hati nak beritahu hal sebenar yang dia bukanlah isteri kedua anak ahli politik.

Dia hanya menyamar semata mata untuk mendapatkan content tentang ‘madu manis beracun’ iaitu isteri kedua dan perempuan simpanan.

Tulah Hani, tak tenang hidup dia sebab kena berlakon setiap masa. Barulah Hani sedar dan rasa bersalah kerana terpaksa menipu. Inilah padahnya kalau hidup menipu orang. Padan muka Hani! Tapi kesian pun ada.

Hani nekad nak berterus terang tapi ada je halangannya.

    6. Siapakah Pembunuh sebenar?

Tak sabar nak tahu siapa pembunuh sebenar yang menyebabkan kematian Idris. Mungkin Robin? Mungkin ada orang lain? Misteri sangat, tak dapat nak agak. Entah entah orang yang kita tak sangka tu lah si pelakunya. Kita nantikan.

Tak sabar juga nak tahu nasib Hani macam mana. Berjaya ke dia terbitkan buku yang ditulis tu? Dia berbaik semula tak agaknya dengan Rose, Diana dan Angel?

Terpaling terhibur dengan watak Azhar dan dialog dia. Menceriakan babak dalam drama Villa Kristal ni.

watak Azhar Drama Villa Kristal WeTV

Tonton Drama Villa Kristal PERCUMA di WeTV

PERCUMA je tau! Hanya download apps WeTV Malaysia dari Play Store untuk pengguna android dan Apps Store untuk pengguna IOS. 

Boleh tonton drama Villa Kristal online di WeTV. 

Untuk update terkini drama VILLA KRISTAL sila follow media sosial WeTV

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.