Header Ads


Ayam Paprik

Sunyi rasa blog harini. Ramai dah pulang ke kampung masing masing agaknya. Dah balik kampung memang jarang nak layan blog kan. Saya biasanya buat autopublish je supaya blog tak sunyi sepi. 

Harini menu 28 puasa masak ayam paprik. Menghabiskan saki baki barang dapur yang tinggal sikit tu. Habiskan udang sikit, ayam sikit, tomato separuh dan kacang panjang yang masih banyak. Takpe, kacang panjang tu tahan lama sikit. 

Ini namanya ayam paprik asal boleh, tak sempurna bahan-bahannya tapi rasa tu dah boleh capai tahap sedaplah.

Ayam Paprik Asal Boleh

Masak lauk 2 in 1 je lah lagi. Esok pagi sesudah subuh baru nak gerak balik kampung suami. Jangan setengah jam jadi 2 jam sudahlah ye. Resipi lauk ayam paprik ni boleh google je lah sebab ni saya main campak campak je guna bahan dan rencah yang ada.

Tak perasan pulak dalam blog tak ada resipinya. Jarang masak paprik. Lepas tu bila masak tak tulis betul betul resipinya. 

8 comments:

  1. Campak-campak pun sedap jugak tengok tu.

    ReplyDelete
  2. Samalah kita, sebelum balik hari tu menghabiskan sayur2 dalam peti sejuk. Buat tomyam ayam masukkan semua sayur2, ayamnya sikit je sebab nak kasi clear kan sayur-sayur memandangkan bercuti panjang raya ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila cuti lama macam tu lah, habiskan apa yang ada :)

      Delete
  3. Rindunyaaaa dengan ayam paprik 😄.. dulu makanan favorit saat kuliah di Penang. Sering lunch beli lauk ayam paprik nih. Tapi nak bikin sendiri kadang tak bisa sama rasa. Tetep lebih enak makan di negara asal nya 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak makanan fav kat sini. Kena datang Malaysia ni lepaskan rindu makan makanan fav.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.