Asam Pedas Power! Medan Selera Ayer Keroh Melaka

Azhafizah MN
By -
14
Tak Melaka lah kalau tak pekena Asam Pedas Power bila singgah Melaka. Dah niat dalam hati nak makan asam pedas kali ni. Padahal berkali kali datang Melaka tak pernah pernah nak cuba asam pedas Melaka.

Saja nak uji asam pedas Melaka ni power ke tidak. Percaya atau tidak, inilah pertama kali nak cuba asam pedas Melaka. Seriously! Bunyi macam pelik kan. Tapi itulah realitinya. Memang kalau ke Melaka tak pernah cuba pun asam pedas Melaka.

Baiklah, kali ni kita cuba. Sebabnya lama tak makan asam pedas. Macam teringin lah pulak. Alang alang dah ada kat Melaka. Rugi tak cuba asam pedas power original Melaka. Lepas check out tak rancang nak kemana-mana pun.

Memang nak balik rumah. Hari tu hari Khamis, rupanya banyak kedai makan di Melaka tutup ye? Takpelah, cakap kat suami kita singgah je lah mana mana kedai makan on the way balik tu. Sekali lalu senang tak payah pusing pusing. 

Singgah lah kami kat Medan Selera Ayer Keroh. Terpampang kedai sederet promosi asam pedas. Kami pergi kedai Asam Pedas Melaka 02. Nampak lebih ramai makan kat situ, tandanya sedap lah kan. Saya order asam pedas ikan kembung. 

Ikan pari tak makan, ikan jenahak macam kurang suka, ayam macam tak kena dengan selera, telur ikan mayong tak pernah makan, daging tak berapa suka jugak, tetel tak makan. Sudahnya asam pedas ikan kembung je lah. 

Sekali ikan kembung datang. Tudiaaaa besau ikan kembung. Makan 2-3 orang pun boleh. Jenuh meratah habiskan. Ikan kembung fresh, isi tebal dan lembut. Kuah asam pedas power! Pekat. Manis peda cukup. Mantap betul!

asam pedas medan selera ayer keroh

1 set nasi putih, 2 hirisan timun, ulaman sayur kobis dan asam pedas ikan kembung, RM18.

Encik suami order nasi ayam kukus, porsi ayam besar goreng berempah, semangkuk kecil kuah gulai, semangkuk sambal, 2 hirisan timun dan ulaman sayur kobis. RM10. 

nasi ayam kukus medan selera ayer keroh

Daging goreng berempah dia sedap! Daging ayamnya lembut. Bukan dah siap goreng. Bila order baru goreng, lama sikit tunggu. Tapi puas hati makan panas panas. Saya punya order sampai dulu. Hampir separuh nasi habis dimakan, barulah order encik suami sampai.

asam pedas medan selera ayer keroh

Licin pinggan kami makan. Total termasuk 2 gelas air teh o ais, RM32. Harga setanding rasanya okaylah kan. Sedap! Lain kali boleh repeat makan kat sini lagi. 

Sampai teringat ingat kesedapan asam pedas power tu. Memang powerlah! Terbukti. Dah rasa baru tahu sedap. Hehehe..selama ni jual mahal taknak makan asam pedas.

Parah ni kalau teringat ingat dibulan puasa. Sebab tu settlekan entri makan makan sebelum puasa.

Ayer Keroh Food Court (Medan Selera Ayer Keroh)

Lebuh Ayer Keroh, Taman Muzaffar Shah, 75450 Melaka

Post a Comment

14Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. eyh.. orang Johor tak makan asam pedas? asam pedas ni bagi saya paling best, asam pedas ikan mayong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan tak makan tapi jarang makan. Nak masak sendiri tak pandai. Dapat yang sedap tu bestlah kalau dapat makan. Ada kesempatan lain boleh cuba asam pedas ikan mayong pulak.

      Delete
  2. Sedapnya asam pedas..lama x makan the real asam pedas melaka...kena terjah jugak la nanti ni...nak plak lepas ni akan selalu naik melaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah sekali dah makan rasa sedap pulak the real asam pedas melaka. Lepas raya bolehlah plan datang lagi. Wahh syok tu kak, boleh makan asam pedas selalu.

      Delete
  3. Replies
    1. Sangattt..teringat ingat rasa sedap asam pedas ni.

      Delete
  4. Kt rumah asam pedas suka guna ikan pari. Tp di melaka ikan lain. Lamanya tak makan di melaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan pari memang sinonim dengan asam pedas. Tapi itulah, saya tak makan ikan pari. Pilih ikan yang makan je :) Kalau ke Melaka bolehlah singgah sini nina.

      Delete
  5. Semoga lah nanti bisa kesini juga 😁. Tapi saya lebih tertarik dengan ikan pari kak, sedaaap ikan pari tuh 🤤.. beda daging dan tulangnya. Saya suka Krn tak amis sangat.

    Dari penampakan , asam pedas nih mirip Ama asam pedas di Sumatra. Tapi Krn saya blm Cuba rasanya, tak sama atau beda. Kuahnya mirip lah Orange gelap macam tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan pari kegemaran ramai tapi itulah saya tak makan ikan pari pulak. Kuahnya masam masam pedas warna merah pekat macam tu. Nanti kena cuba dan bandingkan dengan asam pedas Sumatra.

      Delete
  6. Hehe boleh datang lagi lepas habis puasa dan raya. Nasib baik Seremban dan Melaka dekat.
    Akak tidak pernah cuba di sini. Hehe eh banyak Fiza tidak makan macam pari, telur mayung. Ini pilihan akak kalau pilih asam pedas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang plan nak repeat JJCM melaka. Tak puas makan makanan kat Melaka. hehe..Nasib baik dekat, pergi balik hari pun takpe. A ah kak, tak makan ikan pari, telur mayong, tetel semua tu. Nasib baik gak ada ikan kembung, boleh jugak cuba rasa makan asam pedas melaka.

      Delete
  7. Fuh nampak betul betul sedap kuahnya. Ni pun masuh wishlist nak cuba juga. Nak rasa original asam pedas melaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbukti sedap naniey. Pergi Melaka wajib cuba. Jangan jadi macam saya dulu jual mahal. hehehe...

      Delete
Post a Comment