Header Ads


Sambal Sardin Dan Timun

Menu berbuka 23 puasa, ulang menu berbuka 8 puasa sambal sardin dan timun je. Senang kerja tak payah defrost binatang dan tak perlu susah payah tumis sayur. Kerja orang malas ni. Malas tak malas sangat lah, tetap rajin menumbuk bahan!

Sambal Sardin Dan Timun

Sebenarnya masak ringkas je. Plan lepas maghrib nak keluar shopping kat AEON. Umat manusia kurang ramai kat kedai luar tu tapi yang kecewanya stok hand bag dan kasut di VINCCI macam kurang meriah dekat rak. Mungkin sabtu ahad dah habis disambar orang.

Dalam AEON tempat kasut dan handbag Carlo Rino  dan sewaktu dengannya tu boleh tahan ramai jugak. Rasa pening pulak tengok ramai orang. Ye lah tak biasa sesak dengan orang ramai. Jadi pening terus. 

Tak dapat beli hand bag dan kasut, beralih hasrat ke kuali pulak. Kot dapat kuali raya. Sekali harga tefal 3 rat 5 rat jugak. 

Batalkan hasrat terus. Sudahnya pergi AEON beli big apple dan pretzel Auntie Anne's je. On the way balik beli kopi Jamaica Blue dan ayam gunting untuk moreh. Jadilah kan, rezeki makan dan minum.

Balik shopping marilah kita solat isya' dan terawih. Esok pagi dah plan nak sahur nasi goreng sardin je lah. Habiskan lauk sambal sardin berbuka tadi. Senang kerja macam tu.

8 comments:

  1. menu simple2 je janji kenyang. sekarang hari-hari pun mall penuh orang. balik kerja semalam dalam lrt nampak ramai pegang beg plastik Sogo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Sal. Asalkan ada makanan berbuka dan kena dengan selera. Itulah tu, penuh hari hari orang shopping agaknya. Lagi lagi nak raya ni kan.

      Delete
  2. Akak ada beli sardin 2 tin yang besar...of course cap ayam kan...blom masak lagi..haha...ingat nak masak sahur tadi sudahnya goreng telur dadar je

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah cap ayam jugak sedap. Kena ada stok, boleh masak waktu nak cepat atau takde idea nak masak apa. hahaha..lain pulak masaknya.

      Delete
  3. dulu saya suka sardin brand aeon value harga pun murah. isi ikan padat. kalau buat sandwich mmg ngam. nak pedas sikit tambah hirisan cili padi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ada eh Anies. Tak tahu pulak sebab macam jarang beli barang dapur kat AEON. Isi ikan padat tu berbaloi beli. Buat sandwich sedap ada rasa pedas pedas sikit letak cili.

      Delete
  4. mmg ramai org dkt shopping mall skang. nasib baik dah ada baju dgn kasut raya, beli online je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Ramai orang shopping last minit. Senang macam syu dah siap siap beli online. Tak kalut dah

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.