Header Ads


Sunlight Matcha Green Tea & Lime, Mineral Salt & Aloe Vera

Sejak berkenan dengan Sunlight Dishwasher Sakura & Orange, rajin me'restock' sunlight lepas tu. Yang sakura tu tinggal suku dah. Nak beli sakura & orange, memanjang tak ada! Sudahnya beli mana yang ada je pesan kat suami.

Dapatlah Sunlight matcha green tea & lime. Lepas tu cuba lah test guna. Sangat berkesan hilangkan kesan, nak membilas tu kejap je dah licin pinggan mangkuk bersih. 

Bau dia best ya amat! Dah macam bau minuman green tea. Pekat baunya. Best mencuci pinggan pun dengan bau green tea & lime. Dapatlah hilangkan bau bau makanan yang melekat tu terutamanya bekas plastik macam tipuware.

baca juga : jenis jenis sunlight dan kegunaannya

Sunlight Matcha Green Tea & Lime

Sebelum membeli Sunlight matcha green tea &lime, dah beli refill Sunlight mineral salt & aloe vera ni sebab masa tu stok lain tak ada. Beli je refill buat stand by sebab sakura & orange dah nak habis. 

Sunlight Mineral Salt & Aloe Vera

Sunlight mineral salt & aloe vera pun sesuai untuk mereka yang kulit sensitif. Selain tu fungsi dia digunakan untuk mencuci peralatan makanan bayi. Boleh juga buat cuci toys ke.

Yang ni belum cuba lagi, curious nak tahu bau dia.


14 comments:

  1. dah macam2 flavour...belum lg jumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Macam macam ada sunlight ni. Biasa kat rak tu ada lemon dan lime je. Yang lain kadang macam payah nak jumpa. Kalau ada kena cepat beli sebelum kehabisan.

      Delete
  2. Tergoda pulak baca review Fiza pasal sunlight ni. Teringat iklan dia suatu ketika dulu, sehingga menciutkan, heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama giler tak ada iklan sunlight kan. hehe..pasni boleh masuk bakul :)

      Delete
  3. Memang matcha dan lime itu wangi. Suka basuh pinggan guna pencuci ini.
    Rasanya kalau oren dan sakura tiada, Fiza tidak rasa hendak cuba jenis lain.
    Kira bagus Sunlight beri setiap jenis fungsi berbeza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah wangi. Jadi seronok pulak mencuci pinggan guna sunlight ni kan kak. Hehe..mungkin akan jadi macam tu kak. Sebab nak beli yang tu je kan. Bagus kan banyak pilihan dan fungsinya.

      Delete
  4. Kita selalu beli main beli je, haha bau tak ingat pula rasanya. Lemon kot bau paling best sofar utk hidung saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..asalkan ada pencuci pinggan sudah kan. Bau lemon so far jarang orang tak suka. fresh kan :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.