Header Ads

Tips Beli Rumah Dan Cara Kiraan Mengikut Gaji


Memiliki rumah sendiri adalah impian setiap orang. Kalau dapat beli rumah pertama tu, dia punya happy tak dapat nak digambarkan. Harga rumah di Malaysia semakin hari semakin meningkat. Sebab itu lah kenapa harus beli rumah sekarang. 

Tapi tak semua orang mampu beli rumah, tambah lagi dengan pendapatan gaji yang rendah.

Proses jual beli rumah bukan proses yang mudah. Kena fikir masak-masak bila melibatkan pelaburan yang besar dan komitmen seumur hidup. Tersilap percaturan kiraan boleh merana nak membayar. Mana nak cekau duitnya?

Tips Beli Rumah Dan Cara Kiraan Mengikut Gaji

Beli rumah umur berapa?

Ikutkan di Malaysia, untuk memiliki aset mestilah berumur 19 tahun dan keatas. Tiada had kategori umur untuk membeli rumah sebenarnya. Asal ada duit, boleh jadi.

Alangkah untungnya kalau mampu membeli rumah pada usia yang muda. Kelebihan beli rumah semasa waktu muda :
  • Tempoh pinjaman maksimum
  • Ansuran bulanan lebih rendah
  • Harga hartanah kian meningkat
  • Pelaburan jangka panjang
  • Banyak skim yang ditawarkan
  • Loan Mudah Lulus
Semakin berusia pula, semakin kurang terma syarat pinjaman. 

Contohnya jika ingin membeli rumah pada umur 40 tahun, tempoh pinjaman maksimum akan jadi 25 tahun. Tempohnya lebih pendek tapi jumlah pinjaman bulanan lebih tinggi disebabkan tiada pilihan untuk buat pinjaman dalam tempoh yang lama yang sepatutnya maksimum 35 tahun.

Ada pros and cons beli rumah pada usia muda dan sebaliknya. 

Cara beli rumah

  • beli rumah cash
  • beli rumah guna kwsp
  • beli rumah tanpa deposit
  • beli rumah lelong
  • beli rumah lelong terus dari bank

Cara beli rumah bergantung pada kewangan masing-masing. Perlu ada simpanan dan sumber kewangan yang stabil. Beli rumah ketika ekonomi gawat tidak digalakkan. Begitu juga membeli rumah semasa COVID-19, perlu teliti cara kiraan gaji untuk beli rumah mengikut kemampuan kita.

Sebenarnya yang bergaji rendah pun mampu beli rumah mengikut bajet, boleh beli rumah kos rendah. Kemudian sewa kan. Duit sewa tu dapat kita buat bayar bulanan atas angin je. Jika letak harga sewa tinggi sikit, dapat juga buat duit belanja sikit. 

Yang penting nya tak ada hutang dan komitmen bulanan yang tinggi. Itu sebabnya pengurusan duit tu penting.

Tips beli rumah

1. Simpanan

Terpaling penting, mempunyai duit simpanan yang cukup untuk hal-hal kecemasan atau urusan yang tak dijangkakan berlaku. Sebaiknya menabung pada peringkat awal untuk kegunaan masa depan, salah satunya untuk urusan beli rumah.

2. Pengurusan kewangan yang baik

Pengurusan wang sangat penting untuk membina kewangan yang kukuh dan stabil. Kurangkan hutang dan komitmen yang tidak perlu. Dah tentu pinjaman bank lulus dengan cepat.

Cara kira kelayakan loan rumah mengikut gaji, boleh gunakan mortgagecalculator untuk dapatkan kiraan untuk beli rumah. Dapat juga membantu kita buat kiraan bajet kita. Mudah boleh buat kiraan online dengan menggunakan mortage calculator je.

3. Pilih lokasi rumah yang sesuai

Membeli rumah untuk diduduki kita perlu ambil kira lokasi rumah yang sesuai dengan tempat kerja dan kemudahan lain seperti sekolah, hospital dan sebagainya. Kaji persekitaran juga samada lokasi selamat untuk diduduki atau pernah berlaku banjir dan lain-lain bencana. Keselamatan perlu diutamakan.

4. Bandingkan harga

Jika bajet ketat, silalah survey dan bandingkan harga supaya kita dapat buat pilihan yang lebih bijak dan lebih menguntungkan kita. 

4. Beli rumah ikut kemampuan

Jadi seorang yang bijak membeli rumah mengikut kadar kemampuan sendiri. Bukan mengikut bajet orang lain. Rumah kos rendah atau rumah lelong pun boleh, asalkan selaras dengan bajet kita. Boleh buat aset disewakan dan duit sewa boleh buat bayar pinjaman bulanan. Tak ke untung macam tu.

Mohon Rumah Mampu Milik

Di Malaysia, banyak skim rumah mampu milik yang ditawarkan setiap negeri, antaranya :

1. Skim Rumah PR1MA

Peringkat persekutuan, rumah PR1MA merupakan satu skim untuk membantu rakyat Malaysia memiliki rumah dalam pasaran rumah yang semakin mahal. Rumah PR1MA disediakan di setiap negeri, dengan harga bermula dari RM100,000 sehingga RM400,000. 

Syarat-syarat :
  • Warganegara Malaysia
  • Bujang ataupun berkahwin berumur 21 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah (sama ada bujang ataupun pasangan berkahwin) antara RM2,500 hingga RM15,000
  • Kediaman PR1MA boleh dibeli sebagai kediaman pertama atau kedua sahaja.

2. Johor

Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) menawarkan rumah yang bernilai RM40,000 hingga RM150,000. Rumah dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air.

Syarat-syarat :
  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Telah tinggal di Johor selama 10 tahun
  • Satu permohonan bagi setiap pasangan berkahwin
  • Permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri
  • Gaji kasar bulanan tidak melebihi RM8,000 sebulan
  • Pemohon yang sudah ada rumah yang dikira sebagai rumah kos sederhana atau rumah mewah adalah tidak layak

3. Melaka

Lembaga Perumahan Melaka menawarkan rumah mampu milik dengan harga bermula dari RM150,000 hingga RM400,000 dengan keluasan sekitar 1,000 kaki persegi.

Syarat-syarat :
  • Warganegara Malaysia
  • Gaji kasar tidak melebihi RM5 ribu sebulan
  • Sekiranya bujang, perlu berumur 20 tahun ke atas untuk memohon

4. Negeri Sembilan

Kerajaan Negeri Sembilan juga menawarkan rumah mampu milik di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPP). Tetapi buat masa sekarang, laman sesawang rasmi bagi bahagian perumahan adalah masih belum berfungsi lagi. Untuk pertanyaan, boleh hubungi Pejabat Setiausaha Kerajaan.

5. Selangor

Selangor menawarkan Rumah SelangorKu yang berharga RM40,000 hingga RM250,000.
 
Syarat-syarat :
  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Tinggal di Selangor
  • Gaji kasar bulanan sebanyak RM3,000 hingga RM8,000
  • Tidak boleh menjual rumah ini dalam tempoh 5 tahun pertama

6. Pahang

Terdapat beberapa skim yang ditawarkan oleh kerajaan Pahang, termasuklah Projek Rumah Makmur dan Rumah Kos Sederhana Rendah.

Syarat-syarat :
  • Warganegara Malaysia yang tinggal di Pahang selama 5 tahun
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
  • Tidak boleh memiliki rumah sedia ada di bawah nama pemohon ataupun pasangan
  • Bukan di bawah Rancangan Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan Semula
Boleh semak laman kerajaan negeri Pahang untuk maklumat lanjut.

7. Perak

Rumahku Aman Jaya adalah skim rumah mampu milik yang disediakan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak. Buat masa ini, boleh dapatkan rumah sekitar RM130,000 hingga RM480,000.

8. Terengganu

Rumah Mampu Milik (RMM) atau Rumah Pangsa Mampu Milik (RPPM) boleh didapati di sekitar Terengganu meliputi daerah Kuala Terengganu, Dungun, Kemaman, Hulu Terengganu, Setiu, Besut dan Marang.

Syarat-syarat :
  • Warganegara Malaysia yang menetap di Terengganu
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,500 sebulan
  • Bagi pemohon dan pasangan yang merupakan penjawat awam, hanya gred 1 hingga 22 sahaja layak memohon
  • Isteri kedua/ketiga/keempat layak memohon sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,500
Boleh semak laman perumahan Terengganu untuk melihat setiap jenis rumah yang ditawarkan.

9. Kelantan

Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) menyediakan rumah berharga sekitar RM80,000 hingga RM130,000.

Buat masa sekarang, tiada sebarang laman rasmi untuk skim ini,boleh hubungi kerajaan negeri untuk pertanyaan dan maklumat lanjut.

10. Kedah

Rumah Mesra Rakyat SPNB ditawarkan daripada harga bermula RM45,000 hingga RM65,000.

Syarat-syarat : 
  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 65 tahun
  • Pendapatan isi rumah kasar bulanan sekitar RM750 hingga RM3,000
  • Tanah yang mahu didirikan rumah jenis ini mestilah milik sendiri (yang tiada sebarang sekatan atau pun gadaian) ataupun tanah milik orang lain yang telah mendapat kebenaran dan persetujuan daripada tuan tanah
  • Luas tanah tersebut mesti sekurang-kurangnya 2,800 kaki persegi
  • Masih tiada rumah lagi, ataupun rumah yang sedia ada sudah usang dan rosak teruk.

11. Pulau Pinang

Kerajaan negeri Pulau Pinang menyediakan rumah mampu milik daripada RM42,000 sehingga RM300,000.

Syarat-syarat kelayakan adalah berbeza-beza mengikut kawasan dan jenis rumah yang dipilih. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang.

12. Perlis

Buat masa ini, sebarang maklumat mengenai rumah mampu milik di Perlis adalah di bawah rumah PR1MA sahaja.

13. Sabah

Kerajan negeri Sabah menawarkan Skim Pinjaman Perumahan (SPP) buat golongan pendapatan rendah, dengan nilai maksimum sebanyak RM50,000.

Syarat-syarat :
  • Warganegara Malaysia, dengan keutamaan diberikan kepada penduduk asal Sabah
  • Berumur 21 hingga 60 tahun
  • Bukan kakitangan kerajaan
  • Pendapatan isi rumah di antara RM750 hingga RM2,500
  • Pemohon belum mempunyai rumah sendiri
  • Peminjam mesti mempunyai tanah untuk tapak rumah yang akan digunakan sebagai cagaran
  • Peminjam wajib mengambil skim perlindungan insurans (takaful)

14. Sarawak

Rumah Mampu Milik (RMM) di Sarawak menawarkan rumah berharga RM50,000 hingga RM100,000.
Buat masa ini laman rasmi masih lagi dalam kemaskini, boleh hubungi Housing Development Corporation untuk maklumat lanjut.

15. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan

Residensi Wilayah adalah merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan. Hartanah dalam skim ni berharga RM300,000 ke bawah.

Syarat-syarat :
  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas
  • Telah tinggal di Wilayah Persekutuan selama tiga tahun
  • Gaji bulanan tidak melebih RM10,000. Bagi pasangan berkahwin, pendapatan isi rumah tidak melebihi RM15,000
  • Tidak boleh memiliki sebarang rumah di kawasan wilayah tersebut
  • Tidak boleh menjual rumah ini dalam tempoh 10 tahun pertama
  • Rumah ini haruslah digunakan untuk kediaman sendiri dan tidak boleh disewa melainkan dengan kebenaran kerajaan persekutuan
  • Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang tinggal berdekatan kawasan projek tersebut
sumber : propertyguru

Semoga bermanfaat. Apa apa pun, terpulang pada  kita samada nak beli atau sewa rumah. Beli rumah untungnya boleh dijadikan aset. Ataupun boleh jana pendapatan, rumah yang dibeli dijadikan rumah sewa.

Ikutkan dalam umur begini dah ada rumah pertama. Tapi rezeki belum berpihak pada kami. Tambah lagi terkesan dengan endemik COVID-19 ni, kena stabilkan kewangan dulu baru boleh cerita pasal beli rumah.

14 comments:

  1. Semoga impian untuk memiliki rumah pertama tu tercapai.

    ReplyDelete
  2. Yaaa, beli ler rumah sekarang... tapi mengikut bajet kewangan memasing .. Baru perasan, setiap negeri... lelain syarat membeli hal ehwal perumahan ek rupanya... tQ info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada bajet okay sangat beli rumah sekarang. Ye, betul setiap negeri berbeza syaratnya.

      Delete
  3. tak rugi kalau beli rumah ni. value akan naik setiap tahun. tp tu laa generasi sekarang pandang kereta je dulu bla dpt kerja. thanks 4 sharing fiza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Anies. Ada modal semua boleh jadi. Nak bagi settelkan kereta lepas tu kita fikirkan pasal rumah pulak.
      Sama² Anies.

      Delete
  4. Nak beli rumah suatu hari nanti ssebab nak ada tempat khas untuk kerja. Sekarang ni tempat kerja dekat sudut kecil dalam bilik , Rasa nak gi katil lagi tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok ada rumah sendiri, boleh buat ruang tu ikut yang kita nak. Semoga ada rezeki kita nanti dapat miliki rumah sendiri. Aamiin...

      Delete
  5. Terima kasih atas maklumat . Tapi tu la perlis tak ada utk mohom rumah pr1ma

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama². Eh, ada tu. cuma tak ada pilihan lain selain PR1MA.

      Delete
  6. Rumah mampu milik ini rasanya sama dengan program pemerintah di Indonesia, utk orang2 yg berpenghasilan tidak terlalu tinggi tapi ingin punya rumah. Syarat2nya pun hampir , palingan ditambah ada maksimal gaji. Jadi kalo gaji lebih dari sekian, tak boleh beli. Dia seharusnya mampu beli rumah yg lain.

    Kalo saya dan suami mungkin bisa dibilang beruntung. Kami tak pernah beli rumah, tapi mendapat warisan beberapa rumah dan apartmen dari mama mertua saat meninggal. Jadi rumah yg sekarang salah satunya dari beliau. Rumah dan aprtment yg lain kami sewakan , untuk tambahan income ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh macam tu pulak ye. Khas untuk berpendapatan rendah je lah. Alhamdulillah syukur macam tu tak perlu beli rumah. Beruntung sangat. Ada rumah untuk sewa boleh tambah belanja kan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.