Gadgets

4 Menu Air Berbuka Khairulaming : Limau Asam Boi, Susu Pisang Gula Melaka, Fresh Fruit Tea dan Buah Naga Laici

Nampak sedap 4 Menu Air Berbuka Khairulaming iaitu air limau asam boi, air susu pisang gula melaka, air fresh fruit tea dan air buah naga laici. 

Khairulaming memang terkenal dengan resipi serba ringkas dan menyelerakan. Nanti-nanti bolehlah cuba 4 menu air berbuka Khairulaming kongsikan resipinya tu.

4 Menu Air Berbuka Khairulaming

Resipi air limau asam boi

Bahan-bahan
Asam boi
5 biji limau kasturi | buang bijinya
8 sudu gula
1 liter air
Ais

Cara penyediaan

  1. Kisar kesemua bahan di atas kecuali asam boi. 
  2. Kemudian tapis
  3. Masukkan ais dalam jug dan masukkan asam boi serta limau kesturi
  4. Tuangkan air yang dikisar tadi
  5. Siap untuk dihidangkan

Resipi air susu pisang gula melaka

Bahan-bahan
1/2 kotak susu fresh milk
1 biji pisang
1-2 keping gula melaka
Sedikit garam
1/2 sudu esen vanilla
Ais

Cara penyediaan

  1. Lenyekkan pisang
  2. Cairkan gula melaka
  3. Tuangkan fresh milk ke dalam jug dan masukkan esen vanilla serta garam
  4. Kacau sebati dan tuangkan ke dalam gelas berisi ais
  5. Masukkan pisang yang dilenyek tadi
  6. Siap untuk dihidangkan

Resipi fresh fruit tea

Bahan-bahan
2 uncang tea
Oren
Buah laici
1/2 tin air laici (dalam tin)
Tembikai
Apel hijau
Lemon
4 sudu gula
Air secukupnya
3 biji limau kasturi
Ais

Cara penyediaan

  1. Potong buahan yang dipilih
  2. Rendam teh dalam air panas, bila dah kembang keluarkan uncang teh tersebut
  3. Masukkan gula dan kacau sebati
  4. Masukkan pula air laici tin tadi
  5. Perahkan limau kasturi, masukkan ais dalam jug dan buahan yang dipotong tadi
  6. Tuangkan air teh tadi, siap untuk dihidangkan

Resipi air buah naga laici

Bahan-bahan
2 biji buah naga
1 tin laici
Ais

Cara penyediaan

  1. Potong buah naga
  2. Masukkan dalam pengisar, tuangkan air laici tin tadi
  3. Kisar sehingga sebati
  4. Tuangkan dalam jug yang berisi ais. Masukkan buah laici tadi
  5. Siap untuk dihidangkan
sumber : resipi 4 menu air berbuka Khairulaming versi video

12 comments:

  1. Wak berbuka air panas
    Cuba tak nak air batu

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Tempting kan tengok air fresh fruit tea tu. Nanti bolehlah cuba.

      Delete
  3. Perghhhh nasib baik lerr tengok lepas Subuh 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...tengok dekat dekat berbuka telan air liur dulu. sabar sabar...

      Delete
  4. Semua nampak sedap..nampak refreshing tapi tu la...akak x minum ais plak....cubaan minum ais sabtu lepas buat akak sakit tekak sampai hari ni....siyes x leh la minum ais...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pantang tu kak. Jaga kesihatan bulan puasa ni.

      Delete
  5. Liamau asam boi dan fresh fruit tea tu menawan qalbu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terasa rasa masam manis tu kan. Memang menawan tengoknya.

      Delete
  6. Fresh Fruit Tea dengan limau asam boi tu menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fresh fruit tea tu memang menarik. Asam boi pun nampak sedap. Jenis minuman campuran citrus memang menyegarkan tekak.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.