Header Ads


Kad Raya Pertama 2022 Tanda Ingatan

Harini dapat kad raya pertama 2022. Tak lain tak bukan dari siapa lagi kalau bukan dari blogger Shida Radzuan. Setiap tahun bagi kad raya tanpa gagal. Dan tanpa gagal juga setiap tahun tempah design kad raya dengan saya. 

Tahun ni tema kad raya Shida blue black. Saya buat tulisan selamat hari raya tu warna gold nampak menyerlah sikit. Apa² pun terima kasih Shida untuk kad ucapan selamat hari raya tanda ingatan. 

Design Kad Raya 2022

Lama Shida tak update blog, sibuk dengan kerja hakiki. Bagus kan masih mengekalkan tradisi pemberian kad raya. Dulu dulu suka kumpul dan gantung kad raya. Lepas tu challenge siapa dapat lagi banyak kad raya. 

Dapat kad raya bunyi bunyi tu dah kira gempak dah tu. Rasanya inilah satu-satunya kad raya yang saya dapat tahun 2022. Kad raya pertama dan terakhir. Ke ada yang nak bagi kad raya lagi? 

Tahun ni saya cuma ambil beberapa tempahan design kad raya je. Ada untuk print dan juga digital. Yang musical pun tak sempat nak buat tahun ni. Mana yang sempat je lah.

10 comments:

  1. Cantik design kad raya tu. Dulu tak silap kad raya fizikal berubah jadi kad raya digital sempena perubahan teknologi kononnya. Last-last, versi digital tak ramai yang guna. 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Haa betullah tu, dulu baru lagi ramailah yang guna. sekarang ni guna sticker je sudah. hehehe...

      Delete
  2. bestnye dpt kad raya.. syu dah lama x dpt kad raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki dapat kad raya tahun ni. Tradisi bagi kad raya ni semakin tenggelam sikit sejak zaman digital ni.

      Delete
  3. bestnya dpt kad raya shida. tahun ni tak dpt langsung. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki dapat kad raya dari shida. Kot ada tu belum sampai lagi ke kan.

      Delete
  4. Alhamdulillah.. Shida masih mengekalkan tradisi.. Seronok terima kad raya kan Fiza..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.