Header Ads


Sambal Telur Dan Sayur Kailan Tumis

Masih lagi mengajukan soalan yang sama setiap hari pada suami tanpa jemu, "nak masak apa hari ni?". Mana boleh kita pening sorang nak fikir masak apa, kenalah ambil buah fikiran dia jugak. Tak gitu?

Masak telur lah, telur rebus goreng sambal jawabnya. Okay baiklah! Ulang menu berbuka 5 puasa haritu lah kita. Cuma kali ni digandingkan dengan sayur kailan tumis.

baca juga : resipi telur rebus goreng sambal

Okay jugak masak telur. Asyik masak binatang je. Masak telur binatang lah pulak. Sebenarnya diri sendiri tak ada idea nak masak apa. 

Sambal Telur Dan Sayur Kailan Tumis

Sayur kailan pun baru beli tapi tak berusik lagi. Eloklah kita tumiskan dia je dan campur sos tiram. Yang suka masakkan ringkas, bolehlah tiruvasi menu macam ni. Dah siap menu 22 puasa. Eh, dah 22 berpuasa dah. Kejap je, minggu depan dah raya.

Sabtu ahad ni pulun masing masing sakan membeli belah. Katanya nak park pun boleh jem sampai sejam! Balas dendam membeli belah persiapan raya nampaknya tu.

Nak shopping raya jugak tapi itulah, malas betul nak bersesak. Lagi lagi hjung minggu. Kena pergi hari waktu biasa lah nanti. Harap tak sesak lah.

8 comments:

  1. Sedapnya lahaiii... saat-saat akhir ni jadi mati idea ekkk nak masak apa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, tak tahu dah nak masak apa kak. Hantam sajalah mana yang idea yang terlintas dalam kepala

      Delete
  2. memang dua lauk tu kombinasi yang sepadan....confirm buat makan bertambah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik sepadan. Susah kalau tak match dengan lauk utama..tapi hantam saja asalkan ada sayur :)

      Delete
  3. sedap sambal telur goreng. ayah syu slalu buat dlu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lauk ni paling mudah dan menyelerakan bila tak ada idea nak masak apa :)

      Delete
  4. Sambal telur sentiasa akan menjadi kegemaran kita semua!!!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.