Header Ads


Emosi Betul Baca Buku Aku, Kamu Dan Kelab Ulat Buku : Dari Kentucky Ke Busan!

Buku Aku, Kamu Dan Kelab Ulat Buku : Dari Kentucky Ke Busan!, buku yang saya dapat bulan Januari tapi baru berkesempatan nak review bukunya. Maaf ye Madam Syaz, saya lambat review. Tajuk yang unik buat pembaca nak tahu apa isi dalamnya.

Mesti tertanya tanya kan apa kaitan Kentucky ke Busan tu. Baca Kentucky saya terbayangkan KFC bukan nama tempat. Hehe..ingat makan je tahu!

Buku Aku, Kamu Dan Kelab Ulat Buku : Dari Kentucky Ke Busan!

Pertamanya, saya sangat berbesar hati dan bangga dapat buku dari penulis buku sendiri. Siap dapat autograph lagi. 

Buku Aku, Kamu Dan Kelab Ulat Buku : Dari Kentucky Ke Busan!

Buku Aku, Kamu Dan Kelab Ulat Buku : Dari Kentucky Ke Busan! merupakan mini novel ketiga dari penulis Nursyazni Abdul Rahim. Dahulunya lebih dikenali dengan nama pena Syaz Eym. Terharu tau setiap kali buku baru keluar, kita antara yang dapat awal fresh from pencetak. 

baca juga :

Tajuk Buku : Aku, Kamu Dan Kelab Ulat Buku : Dari Kentucky Ke Busan!
Penulis : Nursyazni Abdul Rahim
Jumlah muka surat : 169
Jumlah bab : 25

Buku Aku, Kamu Dan Kelab Ulat Buku : Dari Kentucky Ke Busan!, covernya serba ringkas ada patung seorang budak lelaki ditutupi buku. Mungkin simbolik kepada watak utama buku ni. Dengan tulisan klasik showcard gothic yang mudah dibaca tapi menarik.

Mengingatkan saya tentang tulisan klasik dalam komputer dulu kala. Tulisan ceritanya pula menggunakan font comic sans ms bersaiz sederhana tak kecil sangat dan tak besar sangat sesuai untuk pembacaan kanak-kanak dan dewasa. 

Seperti yang dikatakan, buku ni sesuai untuk pembacaan peringkat usia. Buku sederhana tebal, saya habis membaca tanpa gangguan dan tanpa skip dalam masa 1 jam setengah. Ehhh ada gangguan sikit, encik suami bertanya dan kemudian bersembang seminit dua macam tu.

Tak tahu lah kenapa, mula mula baca automatik rasa cerita ni menarik dan tak sabar nak habiskan baca untuk tahu kesudahannya. Baca cerita ni macam kita pulak yang mengalaminya!. Sebab tu saya rasa terlalu emosi baca buku Buku Aku, Kamu Dan Kelab Ulat Buku : Dari Kentucky Ke Busan! Betul betul mengusik emosi saya.

Sinopsis Buku Aku Kamu Dan Kelab Ulat Buku Dari Kentucky Ke Busan

Kisah Nadim

Watak utamanya, Nadim seorang budak lelaki yang hidupnya serba mewah di bandar terpaksa berhijrah ke kampung tinggal bersama mak saudaranya kerana sesuatu berlaku tanpa diduga.

Banyak benda baru yang Nadim belajar. Bukan mudah ye nak adapt dengan suasana baru. Teringat kisah pindah sekolah dulu, nak cari kawan baru tu segan dan nak cari kawan yang ngam sekepala tu payah.

Tak rugi membaca!

Baca kisah Nadim, macam relate pulak dengan saya yang tak suka membaca buku. Saya anggap baca buku ni macam novel je. Rupanya tidak! Dulu saya suka baca komik dan majalah je. 

Cuma sekarang ni banyak membaca bahan bacaan elektronik. Ikut peredaran zaman lah katakan. Sedangkan baca buku fizikal ni lagi syok feel membaca tu.

Dalam buku ni mengajar kita membaca apapun tak kisah risalah, majalah dan sebagainya dapat memberikan sesuatu. Tak rugi membaca!

Terselit beberapa kisah fakta yang menarik. Dapat ilmu sekaligus. Tak lupa juga terselit kisah kisah dongeng dan ada pengajarannya yang boleh diambil.

Nak menangis!

Apa yang membuatkan saya rasa emosi sebab bukan mudah meneruskan kehidupan tanpa orang yang disayangi. Syukur jika ada orang yang masih menyayangi kita. Kita patut hargai orang yang ada dekat dengan kita. 

Apa yang berlaku semasa perhimpunan sekolah sangat sentap mendengarnya. Kalau saya mahu berjurai air mata. Tapi Nadim semangat dia kuat dan tetap positif. 

Ada pengajarannya disitu, orang yang berlagak dan sombong pasti akan dapat balasannya. 

Pengakhiran yang lagi buat bertambah emosi. Sesuatu yang Nadim tidak menyangkanya. Tak jadi nangis sebab lawak watak Ibad tu. Watak Ibad ni menceriakan keadaan. Begitulah dalam persahabatan, pasti ada sorang yang happy go lucky.

Buku Aku, Kamu Dan Kelab Ulat Buku : Dari Kentucky Ke Busan! membuatkan saya menyelami watak utama Nadim. Penulis berjaya mainkan emosi saya masuk dalam cerita Nadim. Aduh, rasa teringat ingat pulak ceritanya.

Ada satu typo saya jumpa iaitu malan, sepatutnya malang. Betul tak?

Mesti tertanya tanya kan apa kaitan dengan Kentucky Ke Busan? Itu kenalah baca sendiri.

Untuk pembelian Buku Aku, Kamu Dan Kelab Ulat Buku : Dari Kentucky Ke Busan!, sila hubungi Syazni Rahim.

Terima kasih untuk kiriman buku yang menarik dibaca. Semoga terus semangat berkarya dan menghasilkan karya karya menarik akan datang. 

22 comments:

  1. Akak pun terus klikpos Fiza ini untuk baca sinopsis buku.
    Tajuk menarik.

    ReplyDelete
  2. Kita plak sejak akhir2 ni susah betul nak baca buku...
    Banyak lagi novel2 tergendala tersusun rapi je tanpa diusik lagi...
    Adoiyaii makin dah berusia ni, makin berkarat hotak nak mentelaah baris2 ayat dalam sesebuah buku... sadis betul la!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila sibuk begitulah kan KakRet. Tak ada masa nak membelek buku. Itulah tu, makin hilang vocab..huhu...

      Delete
  3. Macam best plak yaa buku ni.. cuma tu laa memang lama tak beli buku ni.. baca pun banyak habiskan buku mana yang ada je ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ceritanya menarik. Kena baca santai santai baru syok. Kalau tak ada masa, baca sikit sikit kurang feel sikit.

      Delete
  4. Dulu Aini rajin baca buku novel..
    Ada yg dah baca separuh bertahun sudah tak sambung2 lagi..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..nak sambung tu yang malas tu. Mesti dah lupa ceritanya.

      Delete
  5. baca sinopsis dan Fiza describe tu memang menarik jalan ceritanya...nanti akak contact Syaz kalau nak dapatkan naskah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak tambah koleksi bacaan bolehlah beli kak. Menarik ceritanya.

      Delete
  6. Ada juga dua buku dari syaz tapi tak sempat lagi nak habiskan bacaan sebab tengah stuck dengan bacaan lain. Btw setiaop font emosi yang kak fiza gunakan ni gambar atau tulisan di blog ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, ada masa boleh baca. Nak membaca buku ni kena ada masa bertenang dan baca santai santai baru feel. Tu tulisan di blog. Dalam compose ada optional font kan.

      Delete
    2. Saya baru perasan ada features add fonts. Punya lah tak exploreee

      Delete
    3. A'ah..ada baru. Saya pun tak tahu bila wujud. Tahu tahu ada add fonts tu. Senang tak payah install dalam template. Boleh guna terus je :)

      Delete
  7. wah..memang best tu boleh one shot baca terus habis. saya pulak kalau membaca suka rilek-rilek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang sekali habis. Nak baca sikit sikit tu lambat nak habis. Nanti lupa pulak jalan ceritanya.

      Delete
  8. Alhamdulillah, terima kasih atas reviewnya, Fiza :)
    Percubaan pertama saya menulis buku cerita yang turut boleh dibaca oleh kanak-kanak :D

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.