Header Ads


Tauhu Tak Sumbat Dan Leftover Rendang Ayam

Menu 19 puasa, terpaling mudah nak siapkan. Memandangkan rendang ayam semalam masih ada baki sepinggan, tinggal siapkan hidangan sayur je lah. Sayur apa nak digandingkan dengan rendang tak tahu lah.

Tapi blogger Sal kata makan dengan lodeh. Nak melodeh tu yang malas tu. Jadi, buat tauhu sumbat versi tak sumbat. Kuah popia semalam pun ada baki lagi. Sementara panaskan lauk rendang ayam, potongkan 2 keping tauhu jadi 8 bahagian.

Sambil tu siapkan taugeh, buang hujung taugeh dan kemudian celurkan dengan air panas. Timun jepun kita sagat je bagi halus macam tu. Senang! Kalau buat versi sumbat memang sesuai sangat letak timun sagat macam tu.

baca juga : resipi tauhu sumbat kuah sambal manis

Tauhu Tak Sumbat

Selain dihidangkan dengan kuah sambal manis, ada orang suka makan tauhu sumbat dengan kuah kacang. Ikut selera masing-masing. 

Kalau dah buat sambal manis ni, kena buat stok lebih sikit. Sesuai untuk kuah popia dan sos untuk nasi ayam pun boleh. Kann...

Kuah kacang pulak kalau buat lebih boleh digandingkan dengan nasi impit, pecal dan lontong. Nak buat sate sendiri tu memang taklah.

18 comments:

  1. tauhu tk sumbat..cute..MIL akak br je buat aritu tauhu sumbat tp ltk timun je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..malas nak menyumbatnya kak. Okay je letak timun je. Pun sedap!

      Delete
  2. makaihhh.. rajinnya buang ekor taugeh tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..mood tengah rajin, sayang kalau tak guna kerajinan yang ada tu :)

      Delete
  3. Simple hidangan. Akak suka tauhu. Goreng camtu je. Takde tauge dan timun pun ok. Cicah sos. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah Kak Nur, simple simple je. Kalau suka tauhu, camtu pun sedap dah kan.

      Delete
  4. hehe. orang yang bagi cadangan tu pun melodeh setahun sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...ala, cakaplah seminggu sekali. Rajin jugak nanti nak membuatnya. Kenalah ikut mentor :)

      Delete
  5. Tiba tiba saya rasa kalau sayur taugeh goreng sedap juga makan dengan rendang. ada rasa rangup rangup kau taugeh dan rasa rendah yang berlemak (tak tahu nak describe rasa rendang macam mana sebab tak makan rendang lagi ni, dah lupa).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..macam tak kena dengan selera saya pulak tu. Tak lama lagi dapatlah makan rendang, seminggu lebih je lagi nak beraya.

      Delete
  6. Pelik juga gandingan tauhu tidak sumbat dengan rendang. Hehe sebab akak tidak suka makan rendang dengan nasi. Kena dengan nasi impit atau lemang.
    Hehe asal memenuhi selera Fiza dan suami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu rendang lefover tu nak digandingkan dengan sayur apa kak. Tauhu sumbat je lah mudah. Ohh macam tu, rendang kena makan dengan lemang, ketupat, nasi impit macam tu ye.

      Delete
  7. Akak selalu jer buat makan macam ni...goreng je tauhu, ada timun dan tauge....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang macam ni. Tulah kadang teringin bila tengok menu akak :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.