Telefilem Tanam Apa Tu Bang Aji

Tonton Telefilem Tanam Apa Tu Bang Aji, telefilem komedi di slot Cereka Ahad TV3 dan online strim di platform Tonton pada 17 April 2022, jam 10:00 malam lakonan Kazar Saisi, Rosnah Johari, Chacha Maembong, Amir Mirza, Oktovia Manrose, Jaja Iliyes dan ramai lagi.

Ulang siaran telefilem ini pada 15 Disember 2023, hari Jumaat di TV9 dan juga online strim di Tonton jam 8:30 malam.

Telefilem Tanam Apa Tu Bang Aji Cerekarama TV3

TELEFILEM TANAM APA TU BANG AJI

Waktu siaran : Ahad, 17 April 2022, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Cereka Ahad TV3
Pengarah : Riza Baharudin
Pembantu : Faralezadiela
Produksi : A. Aida Production Sdn. Bhd

PELAKON DAN WATAK

Menampilkan barisan pelakon seperti Kazar Saisi, Rosnah Johari, Chacha Maembong, Amir Mirza, Oktovia Manrose, Jaja Illiyes, Aishah Atan dan ramai lagi.
  • Kazar Saisi sebagai Abang Aji
  • Rosnah Johari sebagai Cik Ja
  • ChaCha maembong sebagai Ika
  • Amir Mirza sebagai Naruto
  • Oktovia Manrose sebagai Noni
  • Jaja Iliyes sebagai Nina

SINOPSIS TANAM APA TU BANG AJI

Telefilem Tanam Apa Tu Bang Aji mengisahkan tentang Abang Aji yang baru pencen. Isterinya sibuk dengan hal perniagaan meninggalkan dia berseorangan. Dia memulakan hobi bercucuk tanam di persekitaran rumahnya.

Melihat sayurnya mula membuahkan hasil, Abang Aji berkongsi kegembiraan di media sosial. Jiran yang lalu di tepi rumah selalu menyapa dan bertanya, tanam apa tu Abang Aji? Abang Aji pun tidak lokek berkongsi pengalaman dan ilmu bercucuk tanam.

Noni, anak ke dua Abang Aji juga menunjukkan minat dan kagum dengan kebolehan abahnya menanam sayur sehingga menjadi.

6 comments:

  1. Tak pernah lak tengok cerita ni..
    Tapi macam kelakar je jalan cerita.. Suka tengok Kazar berlakon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum lagi ditayangkan. Hari ahad nanti. Suka jugak Kazar berlakon. Dari sinopsis macam kelakar cerita dia.

      Delete
  2. Ada pula wanita-wanita berminat dengan Bang Aji hanya sebab bercucuk tanam.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.