Header Ads


Nasi Beriani Gam Ori Kali Ketiga Di Bulan Ramadhan

Bila datang hari malas masak. Kita order nasi beriani gam ori kali ketiga di bulan Ramadhan. Sejak beberapa hari ni nak makan ikan bakar tapi tak dapat. Bila nak order kedai dah tutup. Awal nau tutup. Takut kalut nak berbuka ke macamana?

Takpelah, rezeki makan nasi beriani lagilah kita. Menjamu seleralah nasi beriani tanpa jemu. Sesekali memang tak jemu. Hari hari jemu jugak kan. Apa² pun bersyukur ada rezeki untuk berbuka. Harini dapat ayam lembut sikit.

Nasi Beriani Gam Ori

Dapat nasi pun banyak harini. Dalam pinggan tu separuh dari bekas polystyrene. Separuh lagi tak larat nak masuk perut. Simpan buat sahur pun boleh. Nasi banyak tapi tak setanding lauknya. Lauk dah habis, nasi ada lagi. Campur nasi putih buat nasi goreng pun boleh.

Tengok ramai dah sampai kampung. Syoknya! Kalau boleh pejam mata, buka mata je dah sampai kampung. Bab nak mengemas barang yang malas tu. Kenalah ada checklist sebelum balik kampung beraya. Risau ada yang tertinggal.

Naya pak karim kalau baju ghaya tinggai.


6 comments:

  1. Alhamdulillah rezeki makan beriani, lepas raya kut dapat makan ikan bakar, betul la nak mempacking satu, tak leh decide satu, perosok semua hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buat sendiri ikan bakar tu nanti agaknya baru dapat merasa. Itulah tu, sekali berbondong bondong begnya.hehehe...

      Delete
  2. Nampak menarik ayam dia.. Nasi banyak lauk sikit, cam tak best pula.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam beriani dia boleh tahan sedap jugak. Dah banyak kali repeat, rasa maintain sedap. Itulah tu, kalau lauk sikit nasi terlebih tak best jugak.

      Delete
  3. banyak jgk nasi dia. ingatkan yg dlm pinggan tu je, rupanya tu baru separuh.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.