Header Ads


Tumis Udang Pedas Campur Kacang Panjang

Ayam sudah, ikan sudah, sotong pun sudah. Giliran udang pulak jadi menu berbuka hari ke 15 puasa. Ehhh, dah 15 puasa? Dah separuh bulan kita berpuasa. Diam tak diam, cepat betul masa berlalu. Beberapa hari akan masuk fasa ketiga memburu Malam Lailatul Qadar.

Menu berbuka hari kelima belas puasa, masak menu 2 in 1 lagi. Tumis udang pedas campur kacang panjang. Tumis cili api, bawang putih dan bawang merah sampai naik bau dan garing, masukkan udang. Dah separuh masak masukkan kacang panjang. Kacau kacau dan siap!

Kacang suka masak sekejap je biar rangup. Suka tumis garing hangus sikit baru sedap. Lagi satu, silalah tumbuk kalau nak lagi sedap rasa lauk kampung.

Last minit berbuka pun boleh masak kalau menu ringkas macam ni.
Tumis Udang Campur Kacang Panjang

Buang siap siap kepala dan ekornya. Senang nak makan. Gabungan udang dan kacang panjang ni selain ditumis boleh juga masak lemak udang campur kacang panjang. Pun senang dan sedap.

14 comments:

  1. Replies
    1. Ohh lagi sedap eh Anies. Ikan masin apa sedap? Campur atau makan asing?

      Delete
  2. Makin hari blur ekk nak masak apa.. semua binatang dah di masaknya hahahaha
    Ada udang, nanti nak buat gak laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, apa binatang je nak masak lepas ni. Kalau suka menu simple simple bolehlah masak macam ni.

      Delete
  3. Setuju masak lemak pun sedap. Masak kering begini pun sedap juga sebenarnya.

    ReplyDelete
  4. ini namanya menu sekali harung kan? senang lauk 2 in 1 mcm ni.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah sekali harung je masak senang. Kita fikir yang senang² je KakMim.

      Delete
  5. Sedap juga udang digabungkan dengan kacang panjang .

    ReplyDelete
  6. Makan waktu sahur dengan nasi putih panas dah cukup dan sedap sangat dah

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.